Tuesday, 13 June 2017

Wanita Membaca Al-Quran Sewaktu Haid: HARAM atau HARUS



Wanita membaca Al-Quran sewaktu haid: HARAM atau HARUS
.
.
.
Dalam masalah ini, terdapat dua pandangan.
.
.
Pertama :HARAM, jumhur Fuqaha’. Mereka melarang wanita membaca al-Qur’an ketika dalam keadaan haid dan sedang berjunub berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar RA
.
لاَ تَقْرَأ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ
.
“Tidak dibolehkan wanita dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Qur’an.”
.
Riwayat al-Tirmizi 
.
Hadith ini dhaif di sisi sebahagian ahli ilmu kerana sebahagian riwayatnya Ismail bin Ayyash dari golongan Hijjaz dan riwayatnya daripada mereka adalah dhaif.
.
.
Kedua : HARUS. Inilah pendapat ulama’ Malikiyyah mengikut riwayat yang sahih iaitu dibolehkan untuk memegang al-Qur’an bagi wanita yang haid dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan tujuan MENGAJAR &a BELAJAR
.
Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yang sedang berjunub. Ini kerana, hari-hari kedatangan haid itu berlangsung dalam tempoh yang lama. Maka, jika mereka dilarang membaca al-Qur’an, dibimbangi hafazan/pelajaran al-Qur’an mereka akan terluput. Sedangkan, berzikir kepada Allah SWT adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.
.
Ianya juga memberi kemudahan kepada pusat pengajian untuk meneruskan pengajarannya sehingga tidak melupai hafazan/pelajaran disebabkan terhenti bacaan kerana haid.
.
Inilah juga pendapat tokoh ulama’ silam seperti Imam al-Bukhari, Imam Ibn Jarir al-Tabari, Ibn al-Munzir, al-Zahiryyah, al-Syaukani, al-San’ani, al-Sya’bi, pendapat Imam al-Syafi’i dalam qaul qadim yang telah dinukilkan oleh Abu Thaur.
.
.
Kesimpulannya
membaca al-Qur’an dan menghafaznya ketika dalam haid adalah DIBOLEHKAN berdasarkan sebab-sebab yang telah diterangkan. 
.
.
Alhamdulillah kebelakangan ini semakin ramai Muslimin & Muslimat yang mengambil tindakan untuk memperbaiki kualiti bacaan Al-Quran
.
#KHUSUS kepada yang Nak rasa SERONOK dan YAKIN membaca Al-Quran.
.
Anda mempunyai salah satu dari cabaran ini?
.
✘ Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji?
.
✘ Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu?
.
✘ Tengok orang lain baca Al-Quran lancar sahaja, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut?
.
✘ Best je tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri ini hanya mampu melihat?
.
✘ Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu tapi tak mampu?
.
.
Jangan risau.....
Di Fatehah Learning Centre Kami percaya bahawa syurga Allah boleh dicapai melalui Seronoknya mempelajari & mengamalkan Al-Quran
.
Oleh itu untuk menimbulkan rasa Cinta membaca Al-Quran, Kami menggunakan kaedah yang cepat dapat dan anti-lupa. Disamping pendekatan yang senang & suasana belajar yang tenang, Kami juga memberi rakaman-rakaman yang terbukti membantu.
.
Dalam mencapai impian anda dalam menggapai syurga, Kami ingin bersama-sama anda dalam perjalanan murni ini.
.
Dengan ini, Kami menjemput orang ramai di luar sana bersama-sama mendapatkan rasa Seronoknya Cinta Al-Quran di Fatehah Learning Centre, Kelas mengaji senang & tenang
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre, sila klik link di bawah 📲
www.wasap.my/601115054812
& taip - kelas Quran & nama penuh anda 📲
.
Kami doakan anda dan seluruh ahli keluarga anda menjadi ahli syurga di akhirat nanti dan sentiasa dalam redha Allah di dunia ini.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

No comments:

Post a Comment