Tuesday 19 September 2017

TESTIMONI KELAS AL-QURAN - CIK SHARINI TALIB

"Saya bersyukur sebab masih berpeluang
.
Mempelajari ilmu Al-Quran

.
Banyak yang saya belajar
.
Cara menyebut huruf yang selama ini,
.
Tidak tahu cara sebenar menyebutnya
.
Curi-curilah masa untuk mencari ilmu Al-Quran in
i"
.
Sharini Talib - Dutamas, Kuala Lumpur
.
.
Anda ingin sertai kelas di sini seperti beliau?
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila klik link di bawah ðŸ“²
www.wasap.my/601116217797
& taip - kelas Quran & nama penuh anda ðŸ“²
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

Thursday 14 September 2017

Kelas Al-Quran Kini Dibuka

.
#Bestnyer kalau dapat lancar baca Al-Quran
.
.
Anda mempunyai salah satu dari cabaran ini?
.
✘ Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji?
.
✘ Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu?
.
✘ Tengok orang lain baca Al-Quran lancar sahaja, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut?
.
✘ Best je tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri ini hanya mampu melihat?
.
✘ Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu, tapi tak mampu?
.
.
JANGAN risau dulu… InshaAllah Fatehah Learning Centre boleh membantu ðŸ˜Š
.
 Kaedah yang digunakan sangat cepat dapat dan anti-lupa
.
 Jadual kelas tidak mengganggu waktu kerja anda
.
 Boleh ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan dengan pasangan dan anak-anak
.
 Mengaji tiada exam dan tekanan
.
.
Di Fatehah Learning Centre kami percaya bahawa syurga Allah boleh dicapai melalui Seronoknya mempelajari & mengamalkan Al-Quran
.
Oleh itu untuk menimbulkan rasa Cinta membaca Al-Quran, kami menggunakan kaedah yang cepat dapat dan anti-lupa. Di samping pendekatan yang senang & suasana belajar yang tenang, Kami juga memberi rakaman-rakaman video yang terbukti membantu.
.
Dalam mencapai impian anda dalam menggapai syurga, Kami ingin bersama-sama anda dalam perjalanan murni ini.
.
Dengan ini, Kami menjemput orang ramai di luar sana bersama-sama mendapatkan rasa Seronoknya Cinta Al-Quran di Fatehah Learning Centre, Kelas mengaji senang & tenang
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre, sila klik link di bawah ðŸ“²
& taip - kelas Quran & nama penuh anda ðŸ“²
.
Kami doakan anda dan seluruh ahli keluarga anda menjadi ahli syurga di akhirat nanti dan sentiasa dalam redha Allah di dunia ini.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Monday 11 September 2017

[INFO TAJWID] . Makhraj Al-Lisan / Lidah ( الْÙ„ِّسَان )

[INFO TAJWID]
.
Makhraj Al-Lisan / Lidah ( الْÙ„ِّسَان )
.
Terdapat 18 huruf yg keluar dari makhraj Lisan atau Lidah ini ( ق ك ي ش ج ض ل ن ر ت د ط ث ذ ظ ص ز س )
.
Makhraj Lidah ini pula terbahagi kepada 10 bahagian:
.
1) Pangkal Lidah dekat kerongkong menyentuh bahagian ‘anak tekak’ : ( Ù‚ )
.
2) Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang : ( Ùƒ )
.
3) Tengah Lidah ditekan ke lelangit atas : ( Ø´ ج ÙŠ ) 
.
4) Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas (bahagian dalam) : ( ض )
.
5) Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (bahagian dalam) : ( Ù„ )
.
6) Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf Lam : ( Ù† )
.
7) Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan sehingga terlihat lidah bahagian belakang : ( ر )
.
8) Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah : ( ص ز س )
.
9) Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas :
( ت ط د )
10) Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas : ( ذ ث ظ )
_______________
Ingin ketahui ilmu-ilmu tajwid yang lain dengan teknik yang mudah dan berkesan, bolehlah ikuti pengajian Kelas Asas Al-Quran bertempat di Fatehah Learning Centre, Wangsa Maju.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre,
.
sila klik link di bawah ðŸ“²
.
www.wasap.my/601116217797
.
& taip - kelas Quran & nama penuh anda ðŸ“²
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang


Ilmu dan Syurga

Kita semua menjadi saksi bahawa apa yang Rasulullah s.a.w. katakan makin hari makin benar.
.
Nabi kata, akhir zaman nanti manusia jadi huru-hara, ilmu semakin berkurang dan menghilang.
.
Allah tarik ilmu bukan dengan cara menghapuskan Al-Quran, atau lupa ilmu.
.
Akan tetapi, Allah tarik ilmu sikit demi sedikit dengan mematikan ulama'.
.
Jadi, selagi berkesempatan, pergilah mengembara ke merata tempat untuk menuntut ilmu.
.
Pasangkan niat untuk penuhkan ilmu di dada.
.
Kerana ilmu, seseorang itu diangkat menjadi mulia di kalangan masyarakat.
.
.

Kelas Tarannum di Fatehah Learning Centre

#Ketekunan dalam belajar, adalah kunci kejayaan
.
Sesi kelas #Tarannum yang pertama yang berlangsung Sabtu lepas
.
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah ðŸ“²

Selamat Datang ke Fatehah Learning Centre

Selamat datang ke Fatehah Learning Centre
.
Antara beberapa #pencinta Al-#Quran yang mendaftar semalam
.
Semoga Al-Quran menjadi syafaat kepada kita semua di akhirat nanti
.
Anda ingin bersama-sama mereka?
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah ðŸ“²

Puan Azlina Mendaftar ke Kelas Al-Quran@FLC

#Tahniah kepada Puan #Azlina kerana mendaftar ke kelas Al-Quran@FLC
.
Terima kasih memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing pengajian Al-Quran
.
Kemahiran kami ialah membimbing pengajian Al-Quran untuk pelbagai peringkat.
.
Yang penting bukan dimana level anda bermula, tetapi niat & usaha akan menjadi saksi bahawa anda telah berusaha
.
.
#Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah ðŸ“²


Pelajar Baharu September Kelas Al-Quran

Tahniah kepada Puan Siti Ajar dan Intan Sazalina kerana telah berjaya mendaftar ke kelas Al-Quran@FLC
.
Kami mendoakan semoga Allah menerima segala usaha kita di dunia ini sebagai amal soleh & di mudahkan pengajian
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila klik link dibawah 📲

www.wasap.my/601116217797

& taip - klinik Al-Fatihah & nama  penuh anda 📲
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.



Hasil Kajian ke atas Pembaca/Pendengar Al-Quran

SEORANG penyelidik di sebuah klinik di Florida, Amerika Syarikat (AS), Dr. Al Qadhi dalam kajiannya berjaya membuktikan bahawa dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seseorang itu akan dapat merasakan perubahan pada dirinya.
.
Perubahan itu melibatkan penurunan tekanan darah, kesedihan berkurangan dan memperoleh ketenangan jiwa. Kajian itu disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung dan regangan otot.
.
Hasil ujian itu, beliau membuat kesimpulan, bacaan ayat-ayat al-Quran mempunyai kesan besar sehingga 97 peratus untuk menenangkan fikiran dan menyembuhkan penyakit.
.
Kesimpulan itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kajian lain yang dilakukan oleh doktor berbeza. Misalnya, kajian oleh Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston, AS.
.
Terlibat dengan kajian itu adalah lima sukarelawan iaitu tiga lelaki dan dua wanita. Kelima-lima mereka tidak memahami bahasa Arab dan tidak diberitahu akan diperdengarkannya bacaan ayat-ayat al-Quran.
.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali itu dibahagikan kepada dua sesi, iaitu diperdengarkan ayat-ayat al-Quran dan petikan dalam bahasa Arab yang bukan daripada kitab suci itu.
.
Hasilnya, sebanyak 65 peratus responden memaklumkan merasa tenang ketika mendengar bacaan al-Quran berbanding 35 peratus yang menyatakan mendapatkan ketenangan apabila dibacakan ayat-ayat yang bukan daripada kitab suci berkenaan.
.
Al-Quran juga dikatakan boleh memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi.
.
Menurut beberapa penyelidikan yang dijalankan sebelum ini, bayi berusia dua hari yang diperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran akan tersenyum dan menjadi lebih tenang.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

#Kekuatan sepotong #lidah

#Kekuatan sepotong #lidah
.
Ianya tidak panas , tapi cukup kuat untuk mencairkan sekeping hati yang keras & mati
.
Ianya tidak bertulang, tapi cukup kuat untuk menghancurkan sekeping hati yang duka & sepi
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

TANDA WAQAF

TANDA WAQAF
.
Dalam membaca Al-Quran, ketika berhenti atau mengakhiri sebuah bacaan, kita harus memperhatikan tanda waqaf.
.
Tujuan utama berhenti bacaan pada tanda waqaf yang betul adalah untuk menyempurnakan maksud yang ingin disampaikan Allah melalui 'ayat-ayat cinta-Nya'.
.
Sering kali kita menemukan tanda-tanda waqaf di dalam Al-Quran, namun masih ramai yang belum faham tentang perbezaan setiap tanda waqaf.
.
.
Ingin ketahui hukum-hukum tajwid yang lain dengan teknik yang mudah dan berkesan, bolehlah ikuti pengajian Kelas Asas Al-Quran bertempat di Fatehah Learning Centre, Wangsa Maju.
.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre,
sila click link dibawah  ðŸ“²
www.wasap.my/601116217797
& taip - kelas Quran & nama penuh anda  ðŸ“²
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

Wednesday 6 September 2017

Aku #musafir #jalanan

Aku musafir jalanan 
.
Aku bermusafir mencari hakikat sebenar cinta & kehidupan 
.
Tercari-cari makna dan arah tujuan, aku teruskan perjalanan 
.
Siang berganti malam, hari berganti bulan, belum sampai noktah kehidupan
.
Terkadang aku terfikir, adakah aku yang berjalan atau aku yang diperjalankan?
.
Sesekali aku toleh kebelakang, demi belajar erti kesilapan, aku teruskan pengharapan
.
Akhirnya aku temui kompas kehidupan, aku genggam & aku peluk dalam dakapan, ini rupanya Al-Quran
.
Bila aku berjalan bertemankan Al-Quran, akhirnya aku temui Tuhan, Dialah Penyebab segala kehidupan
.
Diri kerdil ini aku persiapkan, demi menghadapi hari kebangkitan, Hari yang tiada berguna penyesalan, cuma yang ada hanya keadilan
.
Aku teruskan perjalanan sehingga sampai noktah pengakhiran.
.
Catatan ringkas ini aku nukilkan, untuk ingatan buat pedoman, bagi diriku musafir jalanan.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.


#7 Rahsia Penting nak Seronok Belajar Tajwid Al-Quran akhirnya terbongkar

#2 kelas yang akan bermula 7&9 September ini 
.
#7 Rahsia Penting nak Seronok Belajar Tajwid Al-Quran akhirnya terbongkar

.
.
Menjadi seorang yang bukan berbangsa Arab, memang menjadi cabaran nak belajar Tajwid, apatah lagi nak timbulkan rasa Seronoknya Cinta Al-Quran. Tapi jangan rasa pelik, orang Arab sendiri pun ramai yang tak mahir Tajwid Al-Quran ni, so jangan bimbang, anda tidak keseorangan.
.
.
Disini saya kongsikan 7 rahsia penting nak seronok belajar Tajwid & Cinta Al-Quran
.
1. Perbaharui Niat
.
Nak sebut huruf Arab dengan Makraj tepat ni memang mencabar, kadang-kadang rasa lemah semangat nak belajar datang setelah bersusah payah mencuba, tapi tetap gagal. 
.
Diwaktu begini, ingatkan kembali apa tujuan asal kita belajar. Kalau niat asalnya kerana mencari REDHA ALLAH, tidak pantas untuk kita rasa lemah & berputus asa dari mendapatkan redho Allah. Memang tak berbaloi.
.
.
2. Jangan takut buat silap
.
Ramai yang menyangka 'haram' baca Quran kalau salah Tajwid, sebenarnya ia hanya akan menjadi haram kalau kita tahu bacaan kita salah, Tapi tak ada usaha nak betulkan & tak pergi belajar. Jadi selagi kita dalam proses belajar nak baiki bacaan maka hukumnya tidak lah 'haram'. 
.
Jangan takut nak baca Quran walaupun belum mahir, jawapanya senang saja, Kalau tak cuba langsung , macam mana nak pandai.
.
.
3. Latihan berterusan 
.
Teruskan membuat latihan sebutan Makraj & sifat huruf. Jangan hadkan atau tentukan masa atau tempat tertentu kalau nak buat latihan, teruskan saja. 
.
Sambil masak, mengemas, lipat baju, waktu rehat di tempat kerja atau memandu pun boleh. 
.
Tengok budak baru nak belajar cakap, dia main sebut je, tanpa pedulikan apa orang cakap, dia dalam dunianya sendiri, lama-lama betul & pandai lah.
.
.
4. Dengar & Ulang 
.
Dengarlah sebanyak mungkin bacaan Al-Quran. Zaman sekarang ni semua mudah, boleh dapatkan dari YouTube atau mana-mana sumber. 
.
Untuk yang baru nak mula, carilah Qari-qari yang bacaannya perlahan & jelas supaya mudah ikut. Nak best lagi sambil buka Mushaf Al-Quran.
.
.
5. Satu hukum Tajwid pada satu masa 
.
Setiap kali belajar sesuatu hukum tajwid, pastikan buat latihan & ulang kaji hukum tersebut. 
.
Ini lebih baik dari belajar banyak jenis hukum pada satu masa, last2 satu pun tak ingat. Yang lebih teruk ia dibimbangi akan buat anda rasa 'down' & nak 'give up'.
.
.
6. Gunakan dalam percakapan harian 
.
Sebagai contoh bila dah belajar sebutan sebenar huruf A'in, gunakan sebutan sebenar bila sebut perkataan seperti Assalamua'laikum atau A'bdullah. 
.
Dan bila dan belajar huruf Ha (ada orang kata ha pedas), gunakan sebutan yang sebenar bila sebut Muhammad atau Alhamdulillah.
.
.
7. Kesabaran 
.
Rahsia terakhir ni sangat penting. Nak dapatkan sesuatu kenalah sabar sikit. Seperti kata pepatah 
.
"yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang". 
.
Jadi bersabarlah & teruskan usaha.
.
.
Diharap perkongsian ini bermenafaat buat semua. 
.
Yang baik itu dari Allah, yang lemah & kurang itu dari kejahilan saya sendiri.
.
.
Kalau ada yang nak tahu tentang aktiviti kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut 
.
01116217797
.
Jom....apa tunggu lagi 
.
Boleh kongsikan dengan kawan-kawan. Semoga sama-sama kita dapat manfaat dunia dan akhirat.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.