Wednesday 17 September 2014

Perkhidmatan Kami / Our Services


Kami mempunyai kepakaran dalam pengurusan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman, berkelayakan dan mempunyai tauliah dari pihak berkuasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan labuan dalam kursus dan kelas pengajian yang ditawarkan di Fatehah Learning Centre. Kursus dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:


1. Kelas Al-Qur’an


Disediakan untuk peringkat permulaan, pertengahan dan lanjutan. Bagi yang ingin mempelajari dari peringkat yang paling awal, anda akan diperkenalkan dengan kaedah yang cepat melalui integrasi huruf Arab dan bahasa Melayu. Kaedah ini bersesuaian untuk semua peringkat umur. Dibimbing oleh guru yang berkelayakan, mahir dan mempunyai tauliah mengajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. 



2. Kelas Tarannum: 


Khas bagi mereka ingin mempelajari ilmu dan kaedah seni suara dalam mengalunkan bacaan Al-Qur’an yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi bacaan khususnya bacaan al-Qur’an. Dibimbing oleh tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang Tarannum.



3. Kursus bahasa Arab: 


Kami menyediakan cara terbaru dan terbukti berkesan. InsyAllah memberi anda keyakinan bercakap Arab dalam masa singkat, tanpa memerlukan hafalan. Hanya memerlukan anda mendengar dan menyebut. Dibimbing oleh guru yang berkelayakan, mahir dan berpengalaman.



4. Kelas Al-Qur’an kerumah anda: 


Kelas ini disediakan untuk mereka yang mempunyai sebab tertentu yang memerlukan pengajian dijalankan dirumah anda. Kelas ini juga terbuka kepada semua peringkat pembelajaran samada permulaan, pertengahan mahupun lanjutan bacaan Al-Qur’an. Tenaga pengajar yang mahir, berkelayakan dan mempunyai tauliah akan datang terus kerumah anda. 


Hubungi Ust Mohd Izwan untuk sebarang pertanyaan / 

WhatsApp 
01115054812 atau email kepada 



fatehahlearningcentre@gmail.com atau boleh terus like 



page kami di Facebook , Fatehah learning Centre untuk 



keterangan lanjut. 
Buat pengetahuan Fatehah Learning 

Centre terletak di Wangsa Maju berhampiran dengan NZ 

Restoran dan Burger King.