Sunday 22 January 2017

#27 Kesalahan Lazim Pada Bacaan Surah Al-Fatihah yang Dilakukan Ketika Solat

1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."
.
2. Sabdu pada kalimah tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
.
3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".
.
4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"
.
5. Sebutan huruf tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.
.
6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
.
7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."
.
8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"
.
9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".
.
11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
.
12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
.
13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.
.
15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".
.
16. Huruf tidak disabdukan.
.
17. Huruf ditukar menjadi huruf
.
18. Huruf ditukar menjadi huruf . Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
.
19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
.
20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
.
21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf
.
22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".
.
23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
.
24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
.
25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.
.
27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat
.
.
Semoga bermanfaat
.
.
Untuk mengetahui kelas Al-Quran@FLC Boleh tel / whatsapp ke
.
01115054812 taip (kelas Quran-nama anda)
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Friday 20 January 2017

Penambahan Pelajar Kelas Al-Quran Fatehah Learning Centre

Alhamdulillah
Di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini FLC menerima lagi ahli keluarga baru yang akan memperbaiki bacaan Al-Quran dari awal
.
Kami mendoakan semoga permulaan perjalanan yg suci ini diberkati Allah 
.
.
Berminat ingin sertai beliau?
.
Tel/whatsapp ke 01115054812 taip (kelas Quran-nama anda)
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

Thursday 19 January 2017

Kelebihan Istimewa Hari Jumaat

.Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: 
.
"Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”
.
(HR. Muslim)
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Wednesday 18 January 2017

Mutiara kata Imam Al-Ghazali

.
-yg singkat itu "WAKTU"
.
-yg menipu itu "DUNIA"
.
-yg dekat itu "KEMATIAN"
.
-yg besar itu "NAFSU"
.
-yg berat itu "AMANAH"
.
-yg sulit itu "IKHLAS"
.
-yg mudah itu "BERBUAT DOSA"
.
-yg susah itu "SABAR"
.
-yg sering itu "LUPA BERSYUKUR"
.
-yg mendorong ke neraka itu "LIDAH"
.
-yg berharga itu "IMAN"
.
-yg menenteramkan hati itu "BERZIKIR"
.
-yg ditunggu Allah S.W.T Itu "TAUBAT"
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Al-Quran Akan Berhujah Untuk Membela Pembacanya

Al-Quran akan berhujah di depan Allah untuk membela pembaca yang beramal dengannya. 
.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
.
Akan dihadapkan manusia di hadapan Allah di Hari Qiamat dengan al-Quran yang diamalkannya dimulai oleh Surah Al-Baqarah kemudian Surah Ali ‘Imran. Kedua-duanya akan berhujah mewakili pembaca yang beramal dengannya.
.
(Hadis riwayat Muslim)
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Jangan Malu Untuk Belajar Mengaji Al-Quran



JANGAN malu-malu
JANGAN segan-segan 
.
.
Mungkin ada diantara kita menghadapi salah satu dari cabaran ini?
.
✘ Siang hari sibuk mencari rezeki, akhirnya tiada masa untuk mengaji?
.
✘ Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu?
.
✘ Tengok orang lain baca Al-Quran lancar sahaja, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut?
.
✘ Best je tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri ini hanya mampu melihat?
.
.
.
JANGAN risau dulu… inshaAllah Fatehah Learning Centre boleh membantu😊
.
✔ Kaedah yang digunakan sangat cepat dapat dan anti-lupa
.
✔ Jadual kelas tidak mengganggu waktu kerja anda
.
✔ Boleh ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan dengan pasangan dan anak-anak
.
✔ Mengaji tiada exam dan tekanan
.
.
Berminat nak sertai kelas Al-Quran di FLC? 
.
Hubungi segera 
.
01115054812
01115054812
01115054812

.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

Alhamdulillah..Pendaftaran Baharu Bakal Pelajar Al-Quran Intake Feb 2017

Alhamdulillah
Ucapan terima kasih kami kepada semua warga Fatehah Learning Centre yang berterusan memberi kepercayaan kepada kami 
.
Hari ini Fatehah Learning Centre menerima lagi pendaftaran baharu dari pelajar yang akan join intake Februari 
.
Kepada yang berminat untuk sertai mereka, jangan segan & malu hubungi kami 
.
01115054812
01115054812
01115054812

.
.
"Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama"
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

Tuesday 17 January 2017

Seorang Pelajar Al-Quran Kami Berjaya Menembusi 'Tembok'

Alhamdulillah
.
Seorang ahli keluarga FLC yang baru mendaftar hari ini telah berjaya menembusi tembok yang telah menghalang sebelum ini. Tahniah kami ucapkan.
.
InsyaAllah dengan semangat & keazaman yang tinggi, akan berhasil jua nanti.
.
Kami doakan Allah permudahkan usaha tuan 
.
.
.
Di sini saya kongsikan 3 Tembok halangan yang mesti dirobohkan untuk dapatkan rasa YAKIN & SERONOK membaca Al-Quran 
.
#MALU - satu perasaan yang perlu kita buang sejauh-jauhnya kalau nak belajar sesuatu, khususnya dalam belajar Al-Quran, pepatah Melayu pun ada kata "Malu bertanya sesat di jalan" 
.
jadi solusi nya, berjumpalah & bertanyalah pada yang mahir 
.
.
#EGO - Antara punca utama kegagalan seseorang adalah keegoan yang tinggi
.
untuk bedepan dengan keegoan ini ialah dengan kita membuka diri untuk menerima nasihat dan teguran, insyaAlah perlahan-lahan keegoan ini dapat dikawal
.
.
#MALAS - satu penyakit yang hanya diri sendiri dapat ubati, jangan dilayan sangat perasaan malas
.
dalam mengatasi sifat malas ini, tiada jalan lain iaitu dengan kita dapatkan 'mood' dengan memikirkan balasan yang akan kita terima di akhirat nanti. atau kita pilih untuk kekal malas dan akhrinya kita juga akan rugi.
.
.
sekiranya tembok Malu, Ego & Malas ini dapat kita tembusi, insyaAllah kejayaan menanti dan yang pasti perasaan yakin & seronok membaca Al-Quran akan hadir :) 
.
..
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#kelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Monday 16 January 2017

Pendaftaran Kelas Al-Quran Pengambilan Februari 2017

SubhanaAllah & Alhamdulillah
.
Hari ini seorang hafizah mendaftar untuk sertai kelas Asas Al-Quran di FLC, bila ditanya kenapa, katanya "Nak betul kan tajwid sbb waktu hafal dulu baca laju (macam keretapi)"
.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada kita
.
Ingin sertai beliau? Hubungi no. ini
.

Pendaftaran Kelas Al-Quran Kanak-kanak (Sabtu 10 pagi - 12 tengahari)

Alhamdulillah
.
Fatehah Learning Centre menerima lagi pendaftaran untuk kelas Al-Quran kanak-kanak (jadual: Sabtu 10 pagi - 12 tengahari)
.
Beruntung adik ni, kerana mempunyai ibu yang merancang demi kejayaan dunia & akhirat. 
.
Kami doakan adik menjadi anak yang soleh dan berbakti pada ibu ayah
.
Kalau ada parents di luar sana nak anak mereka sertai kelas Al-Quran dengan adik ini, boleh hubungi kami
.
011-15054812

011-15054812
011-15054812
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Al-Quran & Masa Lapang

Jangan cari masa lapang untuk baca Al-Quran
.
Tapi bacalah Al-Quran untuk mencari kelapangan masa
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.


Jangan Jadi Seperti Rumah Buruk yang Binasa

Kalau diperumpamakan diri kita sebagai sebuah rumah sudah tentu kita nak rumah yang cantik & bersih
.
Untuk dapatkan rumah yang cantik & bersih, rumah tersebut mestilah sentiasa dikemas & dicuci, Kalau nak lagi bagus letak perfume sikit
.
Begitulah juga pentingnya penjagaan hati,
jangan dibiarkan kosong,
Jangan dibiarkan kotor
& jangan dibiarkan rosak
.
Untuk memastikan ia tidak kosong & binasa, marilah sama-sama kita amalkan seperti saranan Nabi Muhammad seperti dibawah;
.
• 
''Sesungguhnya orang yang tiada apa-apa di dalam dadanya sedikit pun daripada Al-Qur'an itu adalah umpama rumah buruk yang binasa.''

Aku Musafir Jalanan

Aku bermusafir mencari hakikat sebenar cinta & kehidupan 
.
Tercari-cari makna dan arah tujuan, aku teruskan perjalanan 
.
Siang berganti malam, hari berganti bulan, belum sampai noktah kehidupan
.
Terkadang aku terfikir, adakah aku yang berjalan atau aku yang diperjalankan?
.
Sesekali aku toleh kebelakang, demi belajar erti kesilapan, aku teruskan pengharapan
.
Akhirnya aku temui kompas kehidupan, aku genggam & aku peluk dalam dakapan, ini rupanya Al-Quran
.
Bila aku berjalan bertemankan Al-Quran, akhirnya aku temui Tuhan, Dialah Penyebab segala kehidupan
.
Diri kerdil ini aku persiapkan, demi menghadapi hari kebangkitan, Hari yang tiada berguna penyesalan, cuma yang ada hanya keadilan
.
Aku teruskan perjalanan sehingga sampai noktah pengakhiran.
.
Catatan ringkas ini aku nukilkan, untuk ingatan buat pedoman, bagi diriku musafir jalanan.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Sunday 15 January 2017

Pendaftaran suami isteri ke Kelas Al-Quran FLC

Alhamdulillah
Fatehah Learning Centre menerima pendaftaran baharu dari pasangan suami & isteri ini.
.
Kami doakan mereka bukan sahaja berkongsi kelas & berkongsi rumah tangga di dunia ini, bahkan berkongsi istana di syurga Allah di akhirat nanti
 .
Bagi yang ingin sertai mereka untuk kelas Al-Quran intake Februari nanti, boleh hubungi kami 
.
01115054812
01115054812
01115054812

.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Friday 13 January 2017

7 Rahsia Penting nak Seronok Belajar Tajwid & Cinta Al-Quran akhirnya terbongkar

Tapi ingat, Rahsia ini hanya khas untuk yang belum mahir & belum rasa seronok baca Al-Quran. 
.
Kalau anda bukan orang yang dimaksudkan JANGAN BACA
.
.
Menjadi seorang yang bukan berbangsa Arab, memang menjadi cabaran nak belajar Tajwid, apatah lagi nak timbulkan rasa Seronoknya Cinta Al-Quran. Tapi jangan rasa pelik, orang Arab sendiri pun ramai yang tak mahir Tajwid Al-Quran ni, so jangan bimbang, anda tidak keseorangan.
.
.
Di sini saya kongsikan 7 rahsia penting nak seronok belajar Tajwid & Cinta Al-Quran
.
1. Perbaharui Niat
.
Nak sebut huruf Arab dengan Makraj tepat ni memang mencabar, kadang-kadang rasa lemah semangat nak belajar datang setelah bersusah payah mencuba, tapi tetap gagal. 
.
Diwaktu begini, ingatkan kembali apa tujuan asal kita belajar. Kalau niat asalnya kerana mencari REDHO ALLAH, tidak pantas untuk kita rasa lemah & berputus asa dari mendapatkan redho Allah. Memang tak berbaloi.
.
.
2. Jangan takut buat silap
.
Ramai yang menyangka 'haram' baca Quran kalau salah Tajwid, sebenarnya ia hanya akan menjadi haram kalau kita tahu bacaan kita salah, Tapi tak ada usaha nak betulkan & tak pergi belajar. Jadi selagi kita dalam proses belajar nak baiki bacaan maka hukumnya tidak lah 'haram'. 
.
Jangan takut nak baca Quran walaupun belum mahir, jawapanya senang saja, Kalau tak cuba langsung , macam mana nak pandai.
.
.
3. Latihan berterusan 
.
Teruskan membuat latihan sebutan Makraj & sifat huruf. Jangan hadkan atau tentukan masa atau tempat tertentu kalau nak buat latihan, teruskan saja. 
.
Sambil masak, mengemas, lipat baju, waktu rehat di tempat kerja atau memandu pun boleh. 
.
Tengok budak baru nak belajar cakap, dia main sebut je, tanpa pedulikan apa orang cakap, dia dalam dunianya sendiri, lama-lama betul & pandai lah.
.
.
4. Dengar & Ulang 
.
Dengarlah sebanyak mungkin bacaan Al-Quran. Zaman sekarang ni semua mudah, boleh dapatkan dari YouTube atau mana-mana sumber. 
.
Untuk yang baru nak mula, carilah Qari-qari yang bacaannya perlahan & jelas supaya mudah ikut. Nak best lagi sambil buka Mushaf Al-Quran.
.
.
5. Satu hukum Tajwid pada satu masa 
.
Setiap kali belajar sesuatu hukum tajwid, pastikan buat latihan & ulang kaji hukum tersebut. 
.
Ini lebih baik dari belajar banyak jenis hukum pada satu masa, last2 satu pun tak ingat. Yang lebih teruk ia dibimbangi akan buat anda rasa 'down' & nak 'give up'.
.
.
6. Gunakan dalam percakapan harian 
.
Sebagai contoh bila dah belajar sebutan sebenar huruf A'in, gunakan sebutan sebenar bila sebut perkataan seperti Assalamua'laikum atau A'bdullah. 
.
Dan bila dan belajar huruf Ha (ada orang kata ha pedas), gunakan sebutan yang sebenar bila sebut Muhammad atau Alhamdulillah.
.
.
7. Kesabaran 
.
Rahsia terakhir ni sangat penting. Nak dapatkan sesuatu kenalah sabar sikit. Seperti kata pepatah 
.
"yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang". 
.
Jadi bersabarlah & teruskan usaha.
.
.
Diharap perkongsian ini bermenafaat buat semua. 
.
Yang baik itu dari Allah, yang lemah & kurang itu dari kejahilan saya sendiri.
.
.
Kalau ada yang nak tahu tentang aktiviti kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut 
.
01115054812
.
Jom....apa tunggu lagi 
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Pendaftaran Pelajar Baharu ke Kelas Al-Quran FLC

Alhamdulillah, Fatehah Learning Centre berterusan menerima kepercayaan untuk membimbing bacaan Al-Quran ahli keluarga besar FLC yang baru mendaftar
.
Kepada mereka yang berniat memperbaiki mutu bacaan Al-Quran, Boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut
.
01115054812
01115054812
01115054812

.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.


Tuesday 10 January 2017

Pantun Al-Quran

.
Tempat menuntut dipanggil madrasah
Kalau diterjemah ertinya sekolah
Diawali dengan ucapan Bismillah
Kalam teragung kurnian Allah
.
Pergi berdua menuju pekan
Sampai di simpang membawa haluan
Di malam Al-Qadr Al-Quran di turunkan
Sebagai pedoman yang tiada keraguan
.
Islam tersebar ke Nusantara
Dulu Malaya kini Malaysia
Jibril datang sebagai pengantara
Ke atas Muhammad kepada manusia
.
Alat penimbang namanya neraca
Menimbang pahala dan juga dosa
Menyeru manusia agar membaca
Dengan Nama Allah yang Maha Esa
.
Melayu campur Cina dipanggil nyonya
Sedangkan manusia semunya sama
23 tahun tempoh turunnya
Sempurnalah Islam sebagai ugama
.
Disangka berlian rupanya kaca
Ilmu dan kejahilan tidaklah sama
Mari mengaji mari membaca
Selangkah kita mengenal agama
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.