Sunday 18 June 2017

Mari Mengaji Mari Membaca, Selangkah Kita Mengenal Agama

Indah bunga pada warnanya
Indah wajah pada serinya 
Indah pekerti pada budinya 
Indah Al-Quran pada tajwidnya
.
.
Tempat menuntut dipanggil madrasah
Kalau diterjemah ertinya sekolah
Diawali dengan ucapan Bismillah
Kalam teragung kurnian Allah
.
Pergi berdua menuju pekan
Sampai disimpang membawa haluan
Di malam Al-Qadr Al-Quran di turunkan
Sebagai pedoman yang tiada keraguan
.
Islam tersebar ke Nusantara
Dulu Malaya kini Malaysia
Jibril datang sebagai pengantara
Keatas Muhammad kepada manusia
.
Alat penimbang namanya neraca
Menimbang pahala dan juga dosa
Menyeru manusia agar membaca
Dengan Nama Allah yang Maha Esa
.
Melayu campur Cina dipanggil nyonya
Sedangkan manusia semunya sama
23 tahun tempoh turunnya
Sempurnalah Islam sebagai ugama
.
Disangka berlian rupanya kaca
Ilmu dan kejahilan tidaklah sama
Mari mengaji mari membaca
Selangkah kita mengenal agama
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Pendaftaran Kelas Al-Quran Baharu Julai

Alhamdulillah
Hari ini Fatehah Learning Centre menerima lagi kehadiran ahli keluarga baharu dalam usaha memperkemaskan bacaan Al-Quran.
.
Yang lebih manisnya ada yang datang mendaftar satu keluarga, ada yang suami-isteri & ada yang perseorangan. 
.
Kami di FLC mendoakan keluarga ini, pasangan & individu ini dipermudahkan jalan ke syurga
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh kelas Quran sila click link dibawah ðŸ“²

Thursday 15 June 2017

Cukup-cukuplah Berprasangka Buruk, dan Sebaliknya

Cukup-cukuplah berprasangka buruk, dan sebaliknya
.
Fikir yang baik-baik, Cakap yang baik-baik, Minta yang baik-baik, Sangka yang baik-baik..
InshaAllah......Yang datang nanti, Semua yang baik-baik...
.
.
Sebagaimana kita ketahui, bahawa berburuk sangka kepada orang lain adalah akhlak yang tercela dan dilarang dalam agama. Allah berfirman yang bermaksud:
.
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
.
Al-Hujurat : 12)
.
Jangan lupa bahawa mungkin orang yang kita berprasangka buruk itu lebih baik dari kita, sebagaimana firman Allah juga dalam surah Al-Hujurat ayat ke 11 yang bermaksud:
.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".
.
Al-Hujurat: 11
.
Terkadang kita lupa apabila satu jari menunding kearah orang lain, yang selebihnya kembali kearah diri sendiri.
.
Oleh itu,
.
Fikir yang baik-baik, Cakap yang baik-baik, Minta yang baik-baik, Sangka yang baik-baik..
InshaAllah......Yang datang nanti, Semua yang baik-baik...
.
Semoga kehidupan kita semua baik-baik sahaja
.
.
.
#FollowFBFatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Tuesday 13 June 2017

Rahsia Kesihatan Yang Luar Biasa Melalui Solat

Rahsia kesihatan Yang Luar Biasa Melalui Solat
.
.
Solat lima waktu merupakan perintah yang wajib. 
.
Kekhusyukkan dalam menjalankan solat sangat penting untuk mendapatkan manfaat baik secara agama mahupun perubatan.
.
Namun ada pula yang cepat-cepat agar solat segera selesai.
.
Dua gerakan yang biasanya dilakukan secara kilat adalah saat rukuk dan sujud.
.
Padahal dua gerakan ini memiliki manfaat besar dari segi perubatan.
.
Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk memperlama gerakan rukuk dan sujud, kerana perbuatan tersebut dapat menggugurkan dosa.
.
Ternyata tidak hanya dari segi agama saja gerakan yang lama dan khusyuk ini memberikan manfaat. Dari segi kesihatan pun, terbukti memperlama gerakan rukuk dan sujud juga memiliki manfaat besar.
.
Rukuk yang sempurna seperti di lihat apabila kita meletakan gelas di punggung maka tidak akan tumpah sebab antara kepala dan tulang belakang atau punggung sejajar.
.
Selain itu, posisi rukuk yang sempurna ini juga bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan posisi punggung sebagai penahan tubuh dan pusat saraf dan posisi jantung sejajar dengan otak sehingga bahagian tengah badan kita boleh mengalirkan darah dengan sempurna.
.
Posisi tangan tertumpu pada lutut ini sangat bermanfaat untuk merelaksasikan pada otot-otot bahu sampai ke bawah. Menurut penelitian posisi rukuk ini juga sangat bermanfaat untuk melatih urin sehingga terhindar dari penyakit prostat.
.
Sementara itu, sujud juga menjadi gerakan dalam solat yang memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia.
.
Menongeng dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai. Posisi sujud ini berguna juga untuk mengepam saluran darah ke bahagian leher dan ketiak.
.
Posisi jantung di atas otak menyebabkan daerah ini kaya dengan kandungan oksigen yang boleh mengalir secara maksimal ke otak.
.
Aliran tersebut sangat berpengaruh terhadap daya fikir seseorang. Oleh sebab itu, ada baiknya melakukan sujud dengan tuma’ninah, yakni tidak tergesa-gesa agar darah mencukupi kapasitinya ke otak.
.
Posisi yang demikian ini menghindarkan seseorang dari gangguan sawan. Khusus bagi wanita pula, rukuk mahupun sujud yang lama memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
.
Semoga Rahsia kesihatan melalui solat ini memberi kebaikan untuk semua
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.



Fatehah Learning Centre Berterusan Menerima Pendaftaran Kelas Ambilan Julai

Alhamdulillah
Di hari & bulan yang mulia ini, Fatehah Learning Centre berterusan menerima pendaftaran bagi kelas Al-Quran ambilan Julai nanti.
.
Bagi yang Nak dapatkan rasa Seronok & yakin sewaktu membaca Al-Quran , kelas ini adalah untuk anda
.
.
Anda mempunyai salah satu dari cabaran ini?
.
✘ Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji?
.
✘ Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu?
.
✘ Tengok orang lain baca Al-Quran lancar sahaja, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut?
.
✘ Best je tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri ini hanya mampu melihat?
.
✘ Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu tapi tak mampu?
.
.
JANGAN risau dulu… InshaAllah Fatehah Learning Centre boleh membantu ðŸ˜Š
.
 Kaedah yang digunakan sangat cepat dapat dan anti-lupa
.
 Jadual kelas tidak mengganggu waktu kerja anda
.
 Boleh ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan dengan pasangan dan anak-anak
.
 Mengaji tiada exam dan tekanan
.
.
Di Fatehah Learning Centre kami percaya bahawa syurga Allah boleh dicapai melalui Seronoknya mempelajari & mengamalkan Al-Quran
.
Oleh itu untuk menimbulkan rasa Cinta membaca Al-Quran, kami menggunakan kaedah yang cepat dapat dan anti-lupa. Di samping pendekatan yang senang & suasana belajar yang tenang, Kami juga memberi rakaman-rakaman yang terbukti membantu.
.
Dalam mencapai impian anda dalam menggapai syurga, Kami ingin bersama-sama anda dalam perjalanan murni ini.
.
Dengan ini, Kami menjemput orang ramai di luar sana bersama-sama mendapatkan rasa Seronoknya Cinta Al-Quran di Fatehah Learning Centre, Kelas mengaji senang & tenang
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre, sila klik link di bawah ðŸ“²
www.wasap.my/601115054812
& taip - kelas Quran & nama penuh anda ðŸ“²
.
Kami doakan anda dan seluruh ahli keluarga anda menjadi ahli syurga di akhirat nanti dan sentiasa dalam redha Allah di dunia ini.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.




Wanita Membaca Al-Quran Sewaktu Haid: HARAM atau HARUS



Wanita membaca Al-Quran sewaktu haid: HARAM atau HARUS
.
.
.
Dalam masalah ini, terdapat dua pandangan.
.
.
Pertama :HARAM, jumhur Fuqaha’. Mereka melarang wanita membaca al-Qur’an ketika dalam keadaan haid dan sedang berjunub berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar RA
.
لاَ تَÙ‚ْرَØ£ الْØ­َائِضُ Ùˆَلاَ الْجُÙ†ُبُ Ø´َÙŠْئًا Ù…ِÙ†َ الْÙ‚ُرْآنِ
.
“Tidak dibolehkan wanita dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Qur’an.”
.
Riwayat al-Tirmizi 
.
Hadith ini dhaif di sisi sebahagian ahli ilmu kerana sebahagian riwayatnya Ismail bin Ayyash dari golongan Hijjaz dan riwayatnya daripada mereka adalah dhaif.
.
.
Kedua : HARUS. Inilah pendapat ulama’ Malikiyyah mengikut riwayat yang sahih iaitu dibolehkan untuk memegang al-Qur’an bagi wanita yang haid dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan tujuan MENGAJAR &a BELAJAR
.
Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yang sedang berjunub. Ini kerana, hari-hari kedatangan haid itu berlangsung dalam tempoh yang lama. Maka, jika mereka dilarang membaca al-Qur’an, dibimbangi hafazan/pelajaran al-Qur’an mereka akan terluput. Sedangkan, berzikir kepada Allah SWT adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.
.
Ianya juga memberi kemudahan kepada pusat pengajian untuk meneruskan pengajarannya sehingga tidak melupai hafazan/pelajaran disebabkan terhenti bacaan kerana haid.
.
Inilah juga pendapat tokoh ulama’ silam seperti Imam al-Bukhari, Imam Ibn Jarir al-Tabari, Ibn al-Munzir, al-Zahiryyah, al-Syaukani, al-San’ani, al-Sya’bi, pendapat Imam al-Syafi’i dalam qaul qadim yang telah dinukilkan oleh Abu Thaur.
.
.
Kesimpulannya
membaca al-Qur’an dan menghafaznya ketika dalam haid adalah DIBOLEHKAN berdasarkan sebab-sebab yang telah diterangkan. 
.
.
Alhamdulillah kebelakangan ini semakin ramai Muslimin & Muslimat yang mengambil tindakan untuk memperbaiki kualiti bacaan Al-Quran
.
#KHUSUS kepada yang Nak rasa SERONOK dan YAKIN membaca Al-Quran.
.
Anda mempunyai salah satu dari cabaran ini?
.
✘ Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji?
.
✘ Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu?
.
✘ Tengok orang lain baca Al-Quran lancar sahaja, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut?
.
✘ Best je tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri ini hanya mampu melihat?
.
✘ Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu tapi tak mampu?
.
.
Jangan risau.....
Di Fatehah Learning Centre Kami percaya bahawa syurga Allah boleh dicapai melalui Seronoknya mempelajari & mengamalkan Al-Quran
.
Oleh itu untuk menimbulkan rasa Cinta membaca Al-Quran, Kami menggunakan kaedah yang cepat dapat dan anti-lupa. Disamping pendekatan yang senang & suasana belajar yang tenang, Kami juga memberi rakaman-rakaman yang terbukti membantu.
.
Dalam mencapai impian anda dalam menggapai syurga, Kami ingin bersama-sama anda dalam perjalanan murni ini.
.
Dengan ini, Kami menjemput orang ramai di luar sana bersama-sama mendapatkan rasa Seronoknya Cinta Al-Quran di Fatehah Learning Centre, Kelas mengaji senang & tenang
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre, sila klik link di bawah ðŸ“²
www.wasap.my/601115054812
& taip - kelas Quran & nama penuh anda ðŸ“²
.
Kami doakan anda dan seluruh ahli keluarga anda menjadi ahli syurga di akhirat nanti dan sentiasa dalam redha Allah di dunia ini.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

Wednesday 7 June 2017

3 Cara Dahsyat Meningkatkan Keimanan

3 Cara Dahsyat Meningkatkan Keimanan
.
Syaikh Prof. Abdur Razzaq bin Abdul Muhsin Al-Badr hafizhahullah di dalam kitabnya Asbab Ziyadatil Iman wa Nuqshanihi menyebutkan setidaknya terdapat tiga cara dahsyat dalam meningkatkan keimanan.
.
.
1. Mempelajari ilmu yang bermanfaat, di antaranya adalah membaca Al-Qur`an dan mentadaburinya, mempelajari nama dan sifat Allah Ta’ala, memperhatikan keindahan agama Islam, membaca sirah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan membaca sirah Salafus soleh.
.
2. Memperhatikan ayat-ayat (tanda-tanda kebesaran) Allah 
.
3. Bersungguh-sungguh dalam beramal soleh, baik dengan hati, lisan, maupun anggota tubuh lahiriyah, termasuk berdakwah di jalan Allah Ta’ala dan menjauhi sebab-sebab yang mengurangi keimanan.
.
.
Jom re-charge Iman
.
.
.
#Fatehah_Learning_Centre
#Seronoknya_Cinta_AlQuran
#Kelas_Mengaji_Senang_Dan_Tenang
.
.
.


Tuesday 6 June 2017

Solat Tarawih.....Rugi Tak Buat

Solat Tarawih......rugi tak buat
.
.
Rebutlah kesempatan selagi ada
.
Bagi yang berpeluang menunaikan solat tarawih, lakukanlah selagi berpeluang dan berkelapangan, jangan sampai kita membiarkan bulan Ramadhan berlalu tahun demi tahun tanpa kita mendirikan malamnya tanpa tarawih
.
Ramai Muslimin & Muslimat diluar sana yang nak sangat solat tarawih, tetapi tidak berpeluang atas desakan kerja.
.
Ramai Doctor dan jururawat yang terpaksa berkerja malam
.
Ramai pekerja shift malam & pekerja kilang yang tidak berkesempatan
.
Ramai anggota polis, tentera & anggota keselamatan yang terpaksa menjaga keselamatan diwaktu malam
.
Cuma jika tidak dapat lakukan berjemaah di Masjid, cuba "curi-curi" masa untuk lakukan bersendirian
.
Sebaiknya jangan lansung ditinggalkan, kerana Ramadhan tahun hadapan, belum pasti kita berkesempatan
.
Tarawih itu maksudnya rehat
Hukum solatnya Sunat Mua'kad
Biar letih biar penat
Demi keuntungan Dunia Akhirat
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Saturday 3 June 2017

Suasana Kelas Al-Quran Pengambilan Jun

Alhamdulillah
Suasana dalam kelas Al-Quran ambilan Jun yang bermula semalam
.
Kepada yang ingin sertai mereka atau sertai ambilan Julai yang akan bermula bulan hadapan , boleh hubungi kami 
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah ðŸ“²
www.wasap.my/601115054812
& taip - kelas Al-Quran & nama penuh anda ðŸ“²
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.