Wednesday 14 March 2018

Hasil Kajian ke atas Pembaca/Pendengar Al-Quran


SEORANG penyelidik di sebuah klinik di Florida, Amerika Syarikat (AS), Dr. Al Qadhi dalam kajiannya berjaya membuktikan bahawa dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seseorang itu akan dapat merasakan perubahan pada dirinya.
.
Perubahan itu melibatkan penurunan tekanan darah, kesedihan berkurangan dan memperoleh ketenangan jiwa. Kajian itu disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung dan regangan otot.
.
Hasil ujian itu, beliau membuat kesimpulan, bacaan ayat-ayat al-Quran mempunyai kesan besar sehingga 97 % untuk menenangkan fikiran dan menyembuhkan penyakit.
.
Kesimpulan itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kajian lain yang dilakukan oleh doktor berbeza. Misalnya, kajian oleh Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston, AS.
.
Terlibat dengan kajian itu adalah lima sukarelawan iaitu tiga lelaki dan dua wanita. Kelima-lima mereka tidak memahami bahasa Arab dan tidak diberitahu akan diperdengarkannya bacaan ayat-ayat al-Quran.
.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali itu dibahagikan kepada dua sesi, iaitu diperdengarkan ayat-ayat al-Quran dan petikan dalam bahasa Arab yang bukan daripada kitab suci itu.
.
Hasilnya, sebanyak 65 % responden memaklumkan merasa tenang ketika mendengar bacaan al-Quran berbanding 35 peratus yang menyatakan mendapatkan ketenangan apabila dibacakan ayat-ayat yang bukan daripada kitab suci berkenaan.
.
Al-Quran juga dikatakan boleh memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi.
.
Menurut beberapa penyelidikan yang dijalankan sebelum ini, bayi berusia dua hari yang diperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran akan tersenyum dan menjadi lebih tenang.
.
.
#Fatehah
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.

Tuesday 13 March 2018

Kelas Asas Quran April kini dibuka


Ibu Ayah, Ramadhan 2 bulan lagi, Jom buat persediaan dengan belajar mengaji Al-Quran di Fatehah Wangsamaju 
.
InsyaAllah kami bimbing anda sampai mahir, asalkan ada keinginan ingin belajar 
.
Kelas Al-Quran anjuran Fatehah Learning Centre (FLC) terbukti MUDAH untuk belajar mengaji Al-Quran dari asas permulaan mengenal huruf sehingga LANCAR dan MAHIR dalam ilmu tajwid. 
.
SISTEM TERSUSUN diharap membentuk keupayaan secara bertahap hingga mahir dalam membaca Al-Quran, disediakan khusus bagi membantu individu berkerjaya dan sibuk di siang hari. 
.
Berlainan dari kelas lain, kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre menggunakan kaedah KUNCI KATA bersifat CEGAH LUPA, mudah difahami dan diikuti khususnya di saat pelajar terlupa sebutan huruf. Selain itu kaedah ini selari dengan pengajaran bahasa Arab di mana setiap huruf TERUS DIBERIKAN BARIS melalui struktur kata dan kalimat.
.
.
HADAPI SALAH SATU CABARAN DI BAWAH????👇
.
Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji. Last2 tugasan kerja semakin bertambah, tahap membaca Quran masih sama.
.
✘ Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu. Lagi banyak baca, lagi banyak salah. akhirnya takut salah, langsung tak dibaca.
.
✘ Tengok orang lain baca Al-Quran lancar jer, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut. 
.
✘ Suka tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri sendiri hanya mampu melihat, tapi sampai bila?
.
✘ Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu, tapi tak mampu. harap nanti setelah kita meninggal, adalah pahala disedekahkan zuriat keturunan kita melalui pembacaan Al-Quran.
.

.
JANGAN risau dulu… FATEHAH LEARNING CENTRE sedia MEMBANTU😄
.
 Kaedah baru ini menggunakan pendekatan KUNCI KATA, mudah difahami dan diikuti, rangkumam kunci kata ini telah banyak membantu pelajar kami.
.
Kaedah ini bersifat
CEGAH-LUPA, sekiranya pelajar susah mengingati huruf, KUNCI KATA menjadi tempat rujukan huruf. Sangat sesuai untuk belajar DARI ASAS HINGGA MAHIR tajwid.
.
 Jadual kelas tak mengganggu waktu kerja. Jadual kelas Al-Quran di FLC disusun khusus bagi individu berkerja di siang hari dan nak lapangkan masa hujung minggu dengan family. jadi
KELAS WAKTU MALAM penyelesaiannya.
.
 Jom ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan. Sekiranya di Dunia lagi bersama-sama memupuk Cinta
TUHAN dan Cinta Al-Quran. diharap bersama-sama di syurga nanti, InsyaAllah.
.
 Mengaji tiada exam dan tekanan.
.
Paling best, semua pelajar diberikan
KELAS QURAN ONLINE sebagai tempat rujukan dan latihan dirumah.
.
Di Fatehah Learning Centre kami percaya bahawa Syurga dapat dicapai melalui Seronoknya mempelajari & mengamalkan Al-Quran
.
Oleh itu untuk menimbulkan rasa Cinta membaca Al-Quran, kami menggunakan kaedah mudah dan cepat. Di samping pendekatan senang & suasana tenang, kami juga memberi rakaman-rakaman video untuk membantu pelajar.
.
Izinkan kami bersama-sama dalam perjalanan murni menuju dan menggapai SYURGA ini.
.
Dengan ini, Kami menjemput orang ramai di luar sana bersama-sama mendapatkan rasa SERONOKNYA CINTA AL-QURAN di Fatehah Learning Centre, Kelas mengaji senang & tenang
.
DAFTAR SEKARANG untuk dapatkan bonus tambahan bernilai RM590 secara PERCUMA :
1. Kelas Quran Online
2. eQuran Mushaf Rasm Uthmani
3. ebook Ringkasan Nota Tajwid lengkap

.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre, sila KLIK link di bawah ðŸ“²
& taip - KELAS QURAN & NAMA PENUH ðŸ“²
.
Untuk yang tidak sempat hadiri kelas bersemuka boleh ikuti Kelas Quran Online 
Layari: www.cepatquran.com
.
"Akhirnya, doakan semua kita sentiasa di dalam redhaNya dan menjadi penghuni syurga di Akhirat nanti. …..Aamin ya Rab.."
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Tuesday 6 March 2018

Kelas Quran: Makhraj Al-Lisan / Lidah


[INFO TAJWID]
.
Makhraj Al-Lisan / Lidah ( الْÙ„ِّسَان )
.
Terdapat 18 huruf yg keluar dari makhraj Lisan atau Lidah ini ( ق ك ي ش ج ض ل ن ر ت د ط ث ذ ظ ص ز س )
.

Makhraj Lidah ini pula terbahagi kepada 10 bahagian:
.
1) Pangkal Lidah dekat kerongkong menyentuh bahagian ‘anak tekak’ : ( Ù‚ )
.
2) Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang : ( Ùƒ )
.
3) Tengah Lidah ditekan ke lelangit atas : ( Ø´ ج ÙŠ ) 
.
4) Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas (bahagian dalam) : ( ض )
.
5) Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (bahagian dalam) : ( Ù„ )
.
6) Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf Lam : ( Ù† )
.
7) Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan sehingga terlihat lidah bahagian belakang : ( ر )
.
8) Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah : ( ص ز س )
.
9) Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas : 
( ت ط د )
.
10) Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas : ( ذ ث ظ )
_______________
Ingin ketahui ilmu-ilmu tajwid yang lain dengan teknik yang mudah dan berkesan, bolehlah ikuti pengajian Kelas Asas Al-Quran bertempat di Fatehah Learning Centre, Wangsa Maju.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre,
.
sila klik link di bawah ðŸ“²
.
www.wasap.my/601116217797
.
& taip - kelas Quran & nama penuh anda ðŸ“²
.
.
.
#Fatehah
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang

Monday 5 March 2018

Info Tajwid Al-Quran: Qolqolah (Suara Pantulan)

Info Tajwid: Qolqolah (Suara pantulan)
.

Ingin ketahui ilmu tajwid yang lain dengan teknik mudah & berkesan, bolehlah ikuti Kelas Asas Al-Quran bertempat di Fatehah Learning Centre, Wangsa Maju.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre,
.
sila klik link di bawah ðŸ“²
.
www.wasap.my/601116217797
.
& taip - kelas Quran & nama penuh anda ðŸ“²
.
#Fatehah
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang