Wednesday 26 October 2016

Semalam Punya Cerita


Semalam punya cerita
.
Bergambar kenangan dengan pelajar yang join intake September lepas, dah tamat buku asas. Lepas ni masuk buku Tajwid
.
Terima kasih juga kerana pakat bawa makanan...mmg terbaik
Semoga ukhwah ini kekal hingga ke Syurga
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
.
.
.


Tuesday 25 October 2016

Jambatan Perhubungan

Membina perhubungan adalah sama 
.
dengan membina banggunan
.
Kedua-duanya mengambil masa
.
Batu bata harus di ikat satu persatu
.
Memutuskan hubungan juga semudah
.
Meruntuhkan sebuah banggunan
.
Tidak memerlukan masa yang lama
.
Hanya dengan sebutir 'bom'
.
Boleh meruntuhkan banggunan perhubungan
.
Ingatlah firman Allah dalam surah Hujurat ayat 10

Thursday 20 October 2016

DOA PAGI JUMAAT

Berdoalah kepada Allah
.
Kerana Allah sukakan hambaNya 
.
Yang meminta-minta
.
Salam jumaat
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
.
.
.


BERGEMBIRALAH

Bergembiralah
.
Jadilah seorang yang Unik 
.
Berbanggalah dengan kehidupan ini
.
& Jangan pedulikan suara-suara sumbang
.
Kerana kecemerlangan lahir dari kerja kuat
.
Bebaskan diri mu, Dan janganlah hidup dalam sia-sia
.
Masa itu berlalu sepantas cahaya
.
Buatlah keputusan untuk bermula
.
dan Jangan bertangguh lagi
.
Tiada orang yang berjaya tanpa percubaan selepas percubaan
.
Umur yang Kamu berbangga dengan nya
.
Adakah orang melihat kamulah penciptanya?
.
Berpautlah pada impian
.
Dan jadilah pahlawan pada umur ini
.
dia yang mengharapkan kemulian dari yang Maha Mulia
.
Tidak Kamu melihatnya kebudakan seperti hamba
.
dialah seorang yang berani & tidak gentar
.
Bergembiralah kerana Tuhan
.
Maka Dia akan memberikan pada mu,
Apa yang diinginkan hati mu
.
Serahkanlah hidupmu kepada Tuhan
.
Maka Dia akan memberikan yang terbaik untuk mu

3 Perkara yang Perlu Kita Tahu Bila Jumpa Lafz Al-Jalalah (Allah) dalam Quran (Siri Akhir)

1. Hukum bacaan (At-Tafkhim/At-Tarqiq)
2. Panjang Mad pada huruf LAM yang kedua
3. Bagaimana bacaan ketika Waqof pada Lafz Al-Jalalah
.
Dalam entry Sebelum ini, telah saya kongsikan
.
Hukum bacaan Lafz Al-Jalalah & situasi ianya
.
Di baca Tebal & Nipis
.
Manakala Panjang Mad pada Lam yang kedua
.
pada kalimah Allah
.
Walaupun diberi tanda baris atas 1 harakat
.
Tetapi ianya di baca dengan 2 HARAKAT
.
Point yang terakhir ialah,
.
Apabila di Waqof kan pada kalimah Allah
.
Adalah menjadi kesalahan jika di hentikan
.
Dengan 1 Harakat
.
Yang sebetulnya, Lafz Al-Jalalah mestilah
.
Di waqofkan dengan 2/4/6 Harakat.
.
.
Penjelasan pada point yang pertama & kedua juga
.
Di guna pakai pada kalimah Allahumma
.
Boleh lihat gambar yg disertakan
.
.
Semoga perkongsian ini memberi Menafaat
.
Dapatkan nasihat Guru Al-Quran berdekatan anda
.
Atau boleh hubungi Kami untuk mendapatkan
.
Penjelasan lanjut
.
01115054812
01115054812
01115054812

.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
.
.
.

Wednesday 19 October 2016

JANGAN BERSEDIH

Jika Kamu dilanda kemiskinan
Orang lain Ada yang dirantai hutang

.
Jika Kamu tak punya kasut
Orang lain ada yang tak punya kaki

.
Jika sekarang kamu sakit
Orang lain Ada yang menderita kesakitan bertahun-tahun

.
Jika Anak kamu meninggal
Orang lain Ada yang kehilangan lagi ramai

.
Jika kamu telah melakukan dosa
Bertaubatlah

.
Jika kamu telah melakukan kesilapan
Perbetulkanlah

.
Pintu taubat sentiasa terbuka

.
Lautan pengampunan sangatlah luas

.
Jadi janganlah bersedih

.
Biarkan yang berlalu terus berlalu

.
Apa yang di takdirkan pasti Akan kamu temui

.
Dengan bersedih tidak Akan merubah apa-apa

.
Jadi janganlah bersedih

.
Kesedihan merosakkan kehidupan mu
Menghancurkan kegembiraan mu

.
Lakukan lah perubahan

.
Jadi Jangan bersedih

.
Doa itu perisai mu
Solat itu isyarat mu
Sujud itu cara mu

.
Jadi janganlah bersedih

.
Lihatlah, betapa luasnya Bumi

.
Betapa indahnya taman-taman & hutan-hutan

.
Betapa bersinarnya bintang-bintang

.
Betapa gembiranya burung berterbangan

.
Betapa gembiranya ikan berenangan

.
Semuanya bergembira, sedangkan kamu bersedih

.
Jadi janganlah bersedih

.
Kamu punya air untuk di minum
Udara yang segar untuk di hirup
Kaki untuk berjalan
Tempat untuk tidur

.
Jadi kenapa perlu bersedih

.
Selepas Malam yang panjang
Pasti datang matahari yang menyinar

.
Kehidupan Akan memberi mu senyuman
Jadi bersedialah untuk itu

.
Kehidupan sebenar ialah kehidupan yang
Dilalui dalam kegembiraan

.
Jadi atasilah hari-hari sedih mu

.
Ketenangan pemikiran adalah harta sebenar

.
Lihatlah orang dibawah mu
& Jangan lihat orang diatas mu
Kerana ia membuat Redho Allah menjauhi mu

.
Wahai saudara ku

.
Ramai lagi orang diluar sana yang lebih susah dari kamu
Yang melalui lebih banyak kepayahan

.
Pujilah Allah
Syukurilah Allah
Keatas segala nikmat yang dinikmati

.
Jadi saudara ku,
janganlah bersedih, kerana Allah bersama mu

.
Mungkin hujan lebat sekarang
Tapi ia tidak selama-lamanya

.

.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
.

.

.

3 Perkara yang Perlu Kita Tahu Bila Jumpa Lafz Al-Jalalah (Allah) dalam Quran (Siri 1)

.
1. Hukum bacaan (At-Tafkhim/At-Tarqiq)
2. Panjang Mad pada huruf LAM yang kedua
3. Bagaimana bacaan ketika Waqof pada Lafz Al-Jalalah

Di kesempatan ini saya hanya Akan kongsikan point yang pertama
iaitu Hukum & cara bacaan setiap kali kita
.
Bertemu dengan perkataan Allah di dalam Al-Quran

.
Disana terdapat 2 Hukum bacaan;
.
At-Tafkhim (Tebal) & At-Tarqiq (Nipis)

.
1. Lafz Al-Jalalah di baca At-Tafkhim dalam 2 situasi
A. Apabila sebelumnya datang huruf yang berbaris Fathah (atas)
.
B. Apabila sebelumnya datang huruf yang berbaris Dhommah (depan)

.
Lafz Al-Jalalah hanya di baca At-Tarqiq (Nipis) apabila
.
Datang sebelumnya huruf yang berbaris Kasroh (bawah)

.
Boleh lihat gambar dibawah sebagai contoh

.
Nantikan Siri Akhir 3 Perkara yang Perlu Kita Tahu Bila Jumpa Lafz Al-Jalalah (Allah) dalam Quran di entry saya yang Akan datang

.
Untuk dapatkan sebutan sebenar boleh dapatkan
.
Guru Al-Quran berdekatan anda atau hubungi Kami

.
01115054812
01115054812
01115054812




Kami Ingin Bantu Anda Rasa SERONOK dan YAKIN Membaca Al-Quran.

Siang hari sibuk bekerja, end up tiada masa untuk mengaji.
• Boleh baca, tapi hukum Tajwid tak tahu
• Tengok orang lain baca Al-Quran smooth jer, tapi kita baca merangkak-rangkak.
• Bestnyer tengok orang lain baca Al-Quran tapi kita hanya mampu melihat.
• Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu tapi tak mampu

JANGAN risau dulu…sebab Fatehah Learning Centre boleh membantu
.
Kaedah yang digunakan sangat cepat dapat dan anti-lupa
• Jadual kelas tidak mengganggu waktu kerja anda
• Boleh ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan dengan pasangan dan anak-anak
• Mengaji tiada exam dan tekanan

Kelebihan membaca tak payah cakaplah. Ada 1001 kelebihan yang semua kita maklum.
Antaranya ialah:

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu". Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.
Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Untuk melihat testimony boleh klik link
http://bit.ly/1tkLfdW
http://bit.ly/1ZIQRcs

Bonus Istimewa
- Bagi yang mendaftar bulan ini, diberi 50% potongan, yuran pendaftaran bernilai RM 100 Ringgit

Berminat ingin menyertai kami dan kawan-kawan yang lain untuk Rasa Seronok dan Cintakan Al-Quran
.
Daftar sekarang, TEMPAT TERHAD
.
Boleh call
03-41319057 (Pejabat)
012-2437962 (Farhan)

.
Atau whatsapp
012-2437962 (Farhan)
.
Kami doakan anda dan seluruh ahli keluarga anda menjadi ahli syurga di akhirat nanti dan sentiasa dalam redha Allah di dunia ini.


Tuesday 18 October 2016

Bacaan Huruf Rahsia di Permulaan Surah

Bacaan Huruf Rahsia di Permulaan Surah
.
Al-Quran mengandungi 114 Surah & di antara
.
Surah-Surah ini terdapat 29 Surah
.
Yang dimulakan dengan kata-kata Huruf Rahsia
.
Bagi yang baru nak mempelajari Al-Quran
.
Memang agak sukar untuk menyebutnya
.
.
Jadi cara bacaan nya
.
Adalah dengan menyebut Huruf tersebut
.
Sepertimana ia di tulis & di sukun kan (tanda mati)Huruf terakhir
.
Secara umumnya, setiap Huruf yang Ada tanda Mad ~
.
Di baca 6 harakat
.
Boleh lihat gambar yang disertakan untuk
.
Mengetahui beberapa contoh panjang harakat bacaan.
.
Kepada yang kurang pasti
.
Kami nasihatkan supaya
.
Boleh dapatkan nasihat guru Al-Quran
.
Berdekatan anda Atau boleh hubungi Kami
01115054812
01115054812
01115054812

Bagaimana tahap bacaan Al-Quran kita?

Bagaimana tahap bacaan Al-Quran kita?

.
Di mana kita sekarang?

.
Fikir sejenak...

.
.

#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
.

.
.



3 Hukum & Cara Bacaan Huruf Ra' (Siri Akhir)

3 Hukum & Cara Bacaan Huruf Ra' (Siri Akhir)
.
Menurut riwayat Hafs
.
Ada 3 hukum & cara bacaan
.
1. At-Tafkhim (Tebal)
.
2. At-Tarqiq (Nipis)
.
3. Harus At-Tafkhim Atau At-Tarqiq
.
Dalam post entry sebelum ini saya telah kongsikan situation
.
Dimana Ra' di baca At-Tafkhim (Tebal) & At-Tarqiq (Nipis)
.
Di Siri Akhir ini saya kongsikan Hukum & Cara bacaan Ra'
.
Yang di boleh kan di baca dengan kedua-dua wajah bacaan
.
Iaitu Tebal & Nipis
.
Ra' dibaca At-Tafkhim atau At-Tarqiq pada 2 situasi berikut;
.
1. Ketika Ra' bertanda sukun di tengah kalimah
Sebelumnya Ada huruf yang berbaris di bawah
Selepasnya (ra') datang huruf isti'la' yang berbaris bawah
.
2. Apabila Ra' di Akhir kalimah yang di sukun kan
Sebelumnya huruf isti'la' yang bertanda sukun
Dan sebelum huruf isti'la' tersebut ialah Ada huruf Dari satu kalimah yang berbaris bawah
.
Boleh lihat gambar yang disertakan untuk melihat contoh
.
Inilah keunikan Al-Quran
.
Perbahasan didalamnya penuh dengan keindahan Tajwid
.
Harapan & Impian Kami agar semua umat Islam
.
Khususnya di Malaysia dapat membaca Al-Quran
.
Dengan Tajwid yang tepat
.
.
Bagi mereka yang masih kurang faham
.
Hukum & cara bacaan Huruf Ra',
.
Sila dapatkan guru Al-Quran berdekatan anda
.
Atau boleh hubungi Kami
.
01115054812

PENDAFTARAN BAHARU KELAS NOVEMBER

Alhamdulillah hari ini FLC menerima 4
.
Lagi pendaftaran baharu untuk Kelas
.
Yang Akan bermula November ini
.
Semoga Setiap langkah yang kita ambil hari ini
.
Akan menjadi langkah-langkah
.
menuju syurga Allah

.
Kepada mereka di luar sana yang
.
Ingin sertai mereka Boleh
.
Hubungi Kami

.
.
.





Monday 17 October 2016

3 Hukum & Cara Bacaan Huruf Ra' (Siri 2)

3 Hukum & Cara Bacaan Huruf Ra' (Siri 2)
.
Menurut riwayat Hafs
.
Ada 3 hukum & cara bacaan
.
1. At-Tafkhim (Tebal)
.
2. At-Tarqiq (Nipis)
.
3. Harus At-Tafkhim Atau At-Tarqiq
.
Dalam post entry sebelum ini saya telah kongsikan situation
.
Dimana Ra' di baca At-Tafkhim (Tebal)
.
Di Siri ini saya kongsikan Hukum & Cara bacaan At-Tarqiq (Nipis)
.
Ra' dibaca At-Tarqiq (Nipis) pada 6 situasi berikut;
.
1. Ketika Ra' berbaris di bawah
.
2. Ketika Ra' Bertanda sukun (mati)
Sebelumnya huruf berbaris bawah
Selepasnya (ra') tiada huruf isti'la'
.
3. Ra' yang di sukun kan kerana waqof (Berhenti)
Huruf sebelumnya berbaris Bawah
.
4. Ra' yang di sukun kan kerana waqof
Huruf sebelunya adalah Huruf Mad 'ya' atau Lin
.
5. Ra' bertanda sukun di akhir kalimah
Huruf sebelumnya berbaris di Bawah
Datang selepasnya (Ra') Kalimah yang bermula dengan Huruf isti'la'
.
6. Ra' yang di sukun kan kerana Waqof
Sebelumnya huruf yang bertanda sukun
Huruf yg ke3 terakhir berbaris bawah
.
Boleh lihat contoh pada gambar yang disertakan
.
Untuk lebih mengetahui bagaimana sebutan sebenar
.
Ra' yang di baca Tebal/Nipis boleh rujuk
.
Guru Al-Quran berdekatan anda Atau hubungi Kami
.
Untuk konsultasi
.
01115054812
.
Nantikan Siri 3 (akhir) Hukum & cara bacaan Ra'
Dalam Siri itu saya Akan kongsikan dalam
.
Situasi yang bagaimana Ra' di boleh kan dibaca
.
Dengan tebal atau nipis
.

.
Kalau anda merasa sukar memahami
.
Jangan bimbang, kerana itu tandanya
.
Otak anda sedang dalam proses memahami pengajian
.
Dan itu adalah tanda yang positif



KITA SEMUA TIDAK TERLEPAS DARI MEMBUAT SILAP

"Setiap anak Adam senantiasa berbuat salah & sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah yang senantiasa bertaubat"
Riwayat At-Tirmizi & Ibn Majah

PENDAFTARAN BAKAL PELAJAR UNTUK KELAS NOVEMBER.

Alhamdulillah semakin ramai yang terbuka
.
Hati untuk memperbaiki mutu bacaan Al-Quran
.
Hari Ni FLC menerima 4 pendaftaran baru, 2 secara online & 2 lagi yg dtg ke Centre
.
Semoga Allah membantu kalian dalam mendekatkan diri kepada Allah melalui Al-Quran




Harap semua Baik-baik saja

Harap semua Baik-baik saja

3 Hukum & Cara Bacaan Huruf Ra' (Siri 1)

3 Hukum & Cara Bacaan Huruf Ra' (Siri 1)
.
Menurut riwayat Hafs
.
Ada 3 hukum & cara bacaan
.
1. At-Tafkhim (Tebal)
.
2. At-Tarqiq (Nipis)
.
3. Harus At-Tafkhim Atau At-Tarqiq
.
Di Siri ini saya kongsikan Hukum & Cara bacaan pertama dahulu
.
Ra' dibaca At-Tafkhim (tebal) pada 5 tempat berikut;
1. Ketika Ra' berbaris di Atas atau hadapan
.
2. Huruf ra' yang bertanda sukun (mati)
sebelumnya huruf yang berbaris Atas atau
Hadapan
.
3. Huruf ra' yang bertanda sukun
Sebelumnya huruf berbaris bawah &
Selepasnya datang huruf isti'la'
.
4. Huruf ra' bertanda sukun yang sebelumnya Hamzah Wasal
.
5. Ketika ra' di akhir kalimah yang berhenti mendatang (di sukun kan)
Sebelum nya huruf yang bertanda sukun atau huruf Mad selain 'ya'
Dan huruf ketiga terakhir berbaris Atas atau Bawah
.
Boleh lihat gambar yang di sertakan untuk lebih memahami
.
InsyaAllah dimasa akan datang pihak Kami Akan sediakan
Video tutorial untuk semua tajuk Tajwid yang di kongsikan
.
Atau untuk lebih memahami dapatkan guru Quran berdekatan anda atau boleh hubungi Kami
.
012-2437962
012-2437962
012-2437962

Nantikan Siri ke2 & ke 3 Hukum & Cara bacaan Huruf Ra' di posting yang Akan datang
.
Jom ngaji
.
.


Thursday 13 October 2016

Aktiviti Pendaftaran Pelajar ke Kelas November

Para pelajar sedang memberi fokus pada
.
Pengajian masing-masing & Antara yang
.
Mendaftar untuk Kelas Al-Quran intake November nanti
.
Kepada yang berminat bersama-sama
.
Dengan mereka, boleh hubungi / WhatsApp kami
.
Pendaftaran masih dibuka
.
012-2437962
012-2437962