Tuesday 6 June 2017

Solat Tarawih.....Rugi Tak Buat

Solat Tarawih......rugi tak buat
.
.
Rebutlah kesempatan selagi ada
.
Bagi yang berpeluang menunaikan solat tarawih, lakukanlah selagi berpeluang dan berkelapangan, jangan sampai kita membiarkan bulan Ramadhan berlalu tahun demi tahun tanpa kita mendirikan malamnya tanpa tarawih
.
Ramai Muslimin & Muslimat diluar sana yang nak sangat solat tarawih, tetapi tidak berpeluang atas desakan kerja.
.
Ramai Doctor dan jururawat yang terpaksa berkerja malam
.
Ramai pekerja shift malam & pekerja kilang yang tidak berkesempatan
.
Ramai anggota polis, tentera & anggota keselamatan yang terpaksa menjaga keselamatan diwaktu malam
.
Cuma jika tidak dapat lakukan berjemaah di Masjid, cuba "curi-curi" masa untuk lakukan bersendirian
.
Sebaiknya jangan lansung ditinggalkan, kerana Ramadhan tahun hadapan, belum pasti kita berkesempatan
.
Tarawih itu maksudnya rehat
Hukum solatnya Sunat Mua'kad
Biar letih biar penat
Demi keuntungan Dunia Akhirat
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


No comments:

Post a Comment