Thursday 30 March 2017

Al-Quran & Sunnah: Kompas Kita

Kita ikut Al-Quran
.
Segala perintah dan jauhi larangan
.
Jua Rasulullah sebagai teladan
.
InshaAllah jauh dari kesesatan
.
:-)
.
Sekiranya anda berminat untuk belajar dan memperelokkan bacaan Al-Quran di samping memupuk rasa cinta kepada Al-Quran, boleh hubungi
.
01115054812
01115054812
01115054812

.
Mari bersama menuju rasa Cinta Kepada Al-Quran
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang




Andainya Manusia Tahu.

Andainya Manusia Tahu.
.
.
Andainya manusia tahu
.
Bahawa sesungguhnya
.
Pelaburan yang dilakukan pada
.
Setiap usaha
.
Dan
.
Setiap tenaga
.
Dan
.
Setiap detik
.
Dan
.
Setiap harta
.
Yang dilaburkan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH & kerana ALLAH adalah satu pelaburan yang SANGAT MENGUNTUNGKAN, sudah pasti mereka bukan sahaja akan melakukan pelaburan tersebut, malahan MENGGANDAKAN PELABURAN
.
Andainya manusia tahu
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Tidur Awal Boleh Bangun Awal

Tidur Awal Boleh Bangun Awal.
.
Tidur awal bukannya sebab nak bangun awal pergi kerja.
.
Sentiasa pasangkan niat untuk bangun awal supaya dapat Solat Subuh berjemaah di surau atau masjid.
.
Tidur yang cukup boleh menyihatkan badan serta mencergaskan otak.
.
Tidur juga merupakan mati kecil.
.
Jadi apa salahnya kita bersiap sedia untuk menghadapi kematian yang kecil ini dengan melazimi beberapa amalan yang mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.
.
.
.


Al-Quran Ada 'Sesuatu'

Al-Quran Ada 'Sesuatu'
.
Ada 'sesuatu' yang tiada dalam mana-mana buku, majalah hatta ensiklopedia sekali pun
.
Mana ada sebuah buku yang apabila kita dengar orang lain membacanya,
.
Hati kita berasa nyaman dan tenang...
.
Hanya Al-Quran sahaja yang mampu melakukan itu
.
Jom, baca Al-Quran bersama :-)
.
Hubungi
01115054812
.
Kami ingin bersama-sama anda dalam mencapai ketenangan tersebut.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.


Rilek Sungguh Belajar Mengaji. Sempoi Habisss..

Rilek Sungguh Belajar Mengaji. Sempoi Habisss..
.
"Ustaz, takde exam ke? 🤔"
.
"Nak ke? 😏"
.
"Ehh, tanye jee. Okey je mana-mana. 😬"
.
"Takde pun. Kita takde exam. Kita belajar macam biasa je. Datang kelas, belajar bagi betul-betul faham, dan balik buat ulangkaji serta latihan kat rumah. 😉"
.
"So, kat sini memang takde exam langsung lah ustaz? 😁"
.
"Ye, takde pun.. Bukan ke exam ni buat kita jadi stress??
Nak kena paksa otak ingat satu-satu yang dah belajar. Nak cover semua tajuk. Lepas tu nak kena muntahkan semua dalam exam pulak. Kadang-kadang tu apa yang kita study tak masuk exam. Ada jugak yang tetiba tak ingat bila nak jawab soalan. Yang ni memang betul-betul stress."
.
"Betul tu ustaz. Rasanya lagi stress dari nak siapkan kerja lepas office hour.😂🤣"
.
"Hmmm agaklahh kannn...
Haaaa sebab tu jugak kita letak tagline FLC ni, "Kelas Mengaji Senang Dan Tenang". Belajar mengaji santai je. Tak payah nak stress. Kalau tak faham terus tanya ustaz dalam kelas. Kalau ade persoalan kat rumah, tanya je dalam group Whatsapp."
.
"A'ahh ye lahh. Ade satu lagi tu kalau tak silap, 'Seronoknya Cinta Al-Quran', Betul kan ustaz?.
.
"Ye betul.. Bila dah rasa rilek, tenang belajar mengaji tu, barulah timbulnya rasa suka, rasa seronok belajar al-Quran ni. Lama-lama nanti akan hadirlah rasa cinta kepada al-Quran dalam diri kita."
.
_______________
❤️ Ayuh bersama-sama kami semarakkan rasa Cinta Kepada Al-Quran ❤️
.
Untuk mengetahui perjalanan kelas Al-Quran yang unik dan berkesan di Fatehah Learning Centre,
bolehlah hubungi
.
01115054812
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang


QALQALAH

QALQALAH
.
Qalqalah ialah suara pantulan
.
yang lahir secara sendiri (bukan dibuat-buat)
.
apabila salah 1 dari 5 huruf Hijaiyah di sukun kan (tanda mati)
.
secara umum ianya terbahagi kepada 2
1. Qalqalah Suqro
.
2. Qalqalah Kubro
.
ada juga pendapat yang mengatakan ianya
.
terbahagi kepada 3/4 kategori
.
gambar di bawah menunjukkan Huruf Qalqalah
.
& contohnya
.
untuk mendapat kan sebutan yang sebenar
.
dapatkan nasihat guru Al-Quran berdekatan anda
.
atau boleh Hubungi kami untuk penerangan lanjut
.
01115054812
01115054812
01115054812


Muhasabah hingga istiqamah.

Wednesday 22 March 2017

Pendaftaran Kelas Al-Quran April 2017 kini dibuka

Pendaftaran Kelas Al-Quran April 2017 kini dibuka 
.
#KHUSUS kepada yang Nak rasa SERONOK dan YAKIN membaca Al-Quran.
.
Anda mempunyai salah satu dari cabaran ini?
.
Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji?
.
Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu?
.
Tengok orang lain baca Al-Quran lancar sahaja, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut?
.
Best je tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri ini hanya mampu melihat?
.
Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu tapi tak mampu?
.
.
JANGAN risau dulu… inshaAllah Fatehah Learning Centre boleh membantu 😊
.
Kaedah yang digunakan sangat cepat dapat dan anti-lupa
.
Jadual kelas tidak mengganggu waktu kerja anda
.
Boleh ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan dengan pasangan dan anak-anak
.
Mengaji tiada exam dan tekanan
.
.
Di Fatehah Learning Centre Kami percaya bahawa syurga Allah boleh dicapai melalui Seronoknya mempelajari & mengamalkan Al-Quran
.
Oleh itu untuk menimbulkan rasa Cinta membaca Al-Quran, Kami menggunakan kaedah yang cepat dapat dan anti-lupa. Disamping pendekatan yang senang & suasana belajar yang tenang, Kami juga memberi rakaman-rakaman yang terbukti membantu.
.
Dalam mencapai impian anda dalam menggapai syurga, Kami ingin bersama-sama anda dalam perjalanan murni ini.
.
Dengan ini, Kami menjemput orang ramai diluar sana bersama-sama mendapatkan rasa Seronoknya Cinta Al-Quran di Fatehah Learning Centre, Kelas mengaji senang & tenang
.
Berminat ingin menyertai kami dan kawan-kawan yang lain untuk Rasa Seronok dan Cintakan Al-Quran?
.
Daftar sekarang, TEMPAT TERHAD.
.
Boleh Telefon
03-41319057 (Pejabat)
011-15054812
012-2437962

.
Atau Whatsapp
011-15054812
012-2437962

.
Alamat Pusat Pendidikan
Fatehah Learning Centre
27-2 Jalan Wangsa Delima 2A, 53300 Seksyen 5
Kuala Lumpur

.
Kami doakan anda dan seluruh ahli keluarga anda menjadi ahli syurga di akhirat nanti dan sentiasa dalam redha Allah di dunia ini.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.



Majlis Khatam Al-Quran Fatehah Learning Centre pada 16 Mac 2017

Alfu Mabruk
Antara yang hadir ke majlis khatam Al-Quran pada 16 Mac yang lalu.
.
Akhirnya kesabaran berbalas
.
Tahniah diatas kesungguhan & istiqamah
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.


Penambahan pelajar Baharu Kelas Al-Quran Fatehah Learning Centre.

Alhamdulillah
Hari ini FLC menerima pendaftaran untuk kelas Al-Quran@FLC.
.
Kami doakan segala urusan pembelajaran ini, dipermudahkan Allah
.
Sekiranya ada yang ingin bersama puan ini dalam misi Cinta Al-Quran ini boleh hubungi
.
01115054812
.
.
.

UJIAN DAN MUSIBAH

UJIAN DAN MUSIBAH
Tipulah kalau diri tak pernah dibebani masalah dan ujian yang berat.
.
Setiap kesulitan dan musibah yang menimpa pasti ada jalan keluarnya. Berputus asa itu bukanlah solusi yang terbaik bagi seorang Muslim.
.
Bersangka baiklah dengan Allah...
Percayalah bahawa setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersirat dan tersurat. Secara tidak langsung akan mendekatkan lagi diri kita kepada Sang Pencipta.
.
Allah datangkan ujian kerana Dia rindukan hambaNya. Dia sayangkan kita.
.
Ada orang yang kaya harta dan berduit, tetapi miskin dari sudut kesihatan. Ada juga yang sihat tak pernah sakit, tapi kain baju jarang sekali ditukar baru. Makan pula kena catu.
.
Kerana apa?
.
Sudah pasti kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui akan kebaikan untuk setiap hambaNya.
.
Jadilah orang yang makin banyak ujian dan musibah mendatang, makin dekat dirinya kepada Allah.
.
Dan jangan berasa selesa bila berada dalam kesenangan. Kerana itulah musibah terbesar bila diri semakin lupakan Tuhan.
.
___________________
Ayuh bersama-sama kami semarakkan rasa Cinta Kepada Al-Quran.
.
Untuk mengetahui perjalanan kelas Al-Quran yang unik dan berkesan di Fatehah Learning Centre,
bolehlah hubungi
.
01115054812
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang


TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT

TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT
Imam al-Ghazali telah menggariskan 6 cara untuk khusyuk dalam solat:
.
1. HUDHUR AL-QALB (HADIRKAN HATI)
👉 Hendaklah berusaha membuang semua perkara duniawi yang tidak berkaitan dengan solat dan tidak ada hubungan dengan Allah.
.
2. TAFAHHUM (MEMAHAMI)
👉 Memahami segala makna yang dilafazkan dalam solat seperti makna bacaan surah al-Fatihah, bacaan ketika rukuk, dan lain-lain.
.
3. AT-TA'DZIM (MENGAGUNGKAN ALLAH)
👉 Berasa diri kita sangat kerdil dan hina di depan Allah yang Maha Agung.
.
4. AL-HAIBAH (MERASA GERUN TERHADAP ALLAH)
👉 Hadirkan rasa takut dan gerun kita kepada Allah.
.
5. AR-RAJAA' (BERHARAP KEPADA ALLAH)
👉 Sentiasa menaruh harapan agar amalan solat kita akan diterima oleh Allah.
.
6. AL-HAYA' (MALU)
👉 Hadirkan rasa malu kepada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri kita.
.
.
.
Sekiranya anda berminat untuk belajar dan memperelokkan bacaan al-Quran, bolehlah hubungi
.
01115054812
.
Jomm Semarakkan Rasa Cinta Kepada Al-Quran.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang


Sunday 12 March 2017

Atas Permintaan Ramai, Kami membuka 4 lagi Pendaftaran Terakhir. Daftar Sekarang!

Berbaki 4 kekosongan
Alhamdulillah Klinik Al-Fatihah & Pengenalan Al-Barqy 18 Mac 2017 mendapat sambutan yang amat baik.
.
Atas permintaan ramai, Kami membuka 4 lagi pendaftaran terakhir.
.
✌️️Pendaftaran TERHAD & PERCUMA
.
❤️❤️❤️️Bersemperna kempen Seronoknya Cinta Al-Quran, Fatehah Learning Centre Wangsamaju akan menganjurkan klinik Al-Fatihah untuk perbaiki & mengenal pasti kesalahan lazim pada surah Al-Fatihah setiap Hari sabtu minggu ketiga setiap bulan
.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️️Disamping itu anda juga akan dapat kenali satu kaedah pengajian Al-Quran yang cepat, unik & menarik.
.
Untuk mendaftar & mengetahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah 📲
www.wasap.my/601115054812
& taip - klinik Al-Fatihah & nama penuh anda 📲
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

Thursday 9 March 2017

Tiada Tuhan Selain Allah

Tiada Tuhan selain Allah
.
Sebelum usaha jangan mengalah 
.
Biar gagal mahupun kalah 
.
Kepada Allah kita berserah
.
.
Tergapai-gapai mencari arah
.
Jangan kecewa & jangan marah
.
Andai diri terasa lemah
.
Mohonlah kepada yang Maha Pemurah
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Jom Istiqamah Dalam Amalan

Jom istiqamah dalam amalan
.
Istiqomah menurut bahasa ertinya tetap teguh, terus menerus, konsisten atau teguh pendirian.
Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: 
.
"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Wednesday 8 March 2017

Solat Berpuluh Tahun, Tapi Tak Perasan Banyak Kesalahan Pada Bacaan Surah Al-Fatihah Ketika Solat?

👉Solat dah berpuluh tahun, tapi tak perasan banyak lakukan Kesalahan pada bacaan surah Al-Fatihah ketika solat? 🤔🤔🤔
.
Jom revise balik bacaan kita & kenali 27 Kesalahan lazim pada bacaan surah Al-Fatihah. 😁😁😁
.
👇🏾
.
1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."
.
2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
.
3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".
.
4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"
.
5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.
.
6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
.
7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."
.
8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"
.
9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".
.
11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
.
12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
.
13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.
.
15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".
.
16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.
.
17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
.
18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
.
19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
.
20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
.
21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".
.
23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
.
24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
.
25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.
.
27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat
.
Ini baru teori, Kalau nak praktikal, Jom sertai Klinik Al-Fatihah 👍👍👍
.
✌️️Pendaftaran TERHAD & PERCUMA✌️
.
❤️❤️❤️️Bersemperna kempen Seronoknya Cinta Al-Quran, Fatehah Learning Centre Wangsamaju akan menganjurkan klinik Al-Fatihah untuk perbaiki & mengenal pasti kesalahan lazim pada surah Al-Fatihah setiap Hari sabtu minggu ketiga setiap bulan
.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️️Disamping itu anda juga akan dapat kenali satu kaedah pengajian Al-Quran yang cepat, unik & menarik.
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah 📲
www.wasap.my/601115054812
& taip - klinik Al-Fatihah & nama penuh anda 📲
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.