Friday 28 July 2017

QALQALAH

QALQALAH
.
Qalqalah ialah suara pantulan atau lantunan yang lahir secara sendiri (bukan dibuat-buat).
.
Pantulan ini berlaku apabila salah satu dari 5 huruf Hijaiyah berbaris mati.
.
Secara umum qalqalah terbahagi kepada 2;
1. Qalqalah Sughra
Bermaksud Pantulan Kecil. Ia berlaku pada huruf qalqalah berbaris mati yang asli, samada dipertengahan perkataan atau ayat.
.
2. Qalqalah Kubra
Bermaksud Pantulan Besar. Ia berlaku pada huruf qalqalah berbaris mati yang asli atau dimatikan huruf qalqalah tersebut kerana berhenti bacaan.
Qalqalah Kubra hanya berlaku di akhir perkataan atau ayat sahaja.
.
Namun ada juga pendapat yang mengatakan ianya terbahagi kepada 3 kategori. Yang ketiganya adalah Qalqalah Akbar.

[INFO TAJWID]. IZHAR MUTLAQ

[INFO TAJWID]
.
IZHAR MUTLAQ
.
Izhar bermaksud jelas. Manakala mutlaq bermaksud nyata dan terang.
.
Apabila huruf Nun Mati ( نْ ) bertemu dengan huruf ي atau و dalam satu perkataan, maka wajib dijelaskan sebutan Nun Mati tersebut, tanpa diidghamkan.
.
Terdapat 4 perkataan sahaja untuk hukum Izhar Mutlaq di dalam Al-Qur'an; seperti yang dinyatakn di dalam gambar.
.
Nama lain bagi Izhar Mutlaq adalah Izhar Wajib.
Jadi lepas ni janganlah tertukar antara Idgham Bi Ghunnah dengan Izhar Mutlaq.

Ahli Keluarga Baharu Kelas Al-Quran FLC

Selamat datang kepada ahli keluarga terbaru FLC
.
Semoga niat & usaha kita dalam mendekatkan diri kepada Allah dipermudahkan.
.
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah 📲

Video Adik Batrisya Membaca Al-Quran

Alhamdulillah 
.
Adik Batrisya bermula dgn hanya mengenal huruf & tidak boleh membaca huruf bersambung walaupun 2 huruf, hari ini sudah boleh membaca Al-Quran.
.
Alhamdulillah 
.
Kami doakan adik Batrisya suatu hari nanti dapat menjadi guru Al-Quran & memberi sumbangan kepada perkembangan Islam
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Tuesday 25 July 2017

NAMA-NAMA AL-QUR'AN SERTA MAKSUD

[ NAMA-NAMA AL-QUR'AN SERTA MAKSUD ]
.
1) AZ-DZIKR (PEMBERI PERINGATAN)
Allah menyebut nama Az-Dzikr di antaranya dalam surat Al Hijr: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Az-Dzikr, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya” (Surah Al-Hijr: 9).
.
2) AL-FURQAN (PEMBEZA)
Disebut sebagai Al Furqan (Pembeza) kerana Al Quran membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Allah menyebut nama ini dalam firmanNya: “Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Qur’an) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.” (Surah Al-Furqan: 1).
.
3) AL KITAB (BUKU)
Nama Al Kitab Allah gunakan dalam awal surah Al Baqarah: “Inilah Al Kitab yang tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa” (Surah Al-Baqarah: 2).
.
4) AL-QUR'AN (BACAAN/ YANG MENGUMPULKAN)
Nama ini merupakan nama yang paling utama dan digunakan oleh Allah di banyak tempat, seperti contoh dalam dua ayat ini :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Quran kepadamu (wahai Muhammad) dengan beransur-ansur.” (Surah Al-Insan: 23).
.
“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.” (Surah Yusuf: 2).
.
5) AT-TANZIL (YANG DITURUNKAN)
Nama ini Allah gunakan dalam firmanNya (yang artinya): “Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam” (Surah As-Syu’ara’: 192).

Rasa Cinta Al-Quran di Usia Muda

Bersama menyemai rasa Cinta Al-Quran di usia muda di Halamanda Gombak
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang



Al-Quran Inspirasi Hidup

Al-Quran Inspirasi Hidup
.
Jom sertai kami 1 Ogos ini, kelas Al-Quran bermula dari asas bacaan
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah 📲

Sunday 23 July 2017

SERONOKNYA CINTA AL-QUR'AN

SERONOKNYA CINTA AL-QUR'AN
.
Adakah Al-Qur'an itu satu bacaan yang sesuai untuk sesetengah golongan sahaja?
.
Jawapannya adalah TIDAK SAMA SEKALI !!
.
Untuk Ahli Maksiat : Perasaannya seperti setiap Ayat-Ayat Cinta dari Allah memberikan Nasihat dan Harapan kepada mereka.
.
Untuk Orang Soleh : Perasaannya seperti Al-Qur'an ingin Menguatkan lagi keimanan untuk Tetap berada di atas jalan yang Benar.
.
Untuk Orang Yang Ditimpa Musibah : Al-Qur'an sebagai Penghibur hati, menghilangkan Keresahan dan memberikan Kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
.
Untuk Orang Yang Ditindas Atau Dizalimi : Al Quran memujuk hatinya untuk sentiasa Bersabar dengan setiap ujian.
.
Untuk Orang Kaya : Al-Qur'an mengajar mereka erti Kesyukuran dan Tawadduk.
.
Bukan setakat itu sahaja, bahkan Al-Qur'an sangat sesuai untuk semua peringkat umur, dan dalam semua keadaan.
.
Bacalah Al-Qur'an, fahami setiap maksud yang terkandung di dalamnya.
.
Percayalah, memang ada mesej yang hendak Allah sampaikan kepada diri kita melalui Ayat-Ayat CintaNYA.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Pendaftaran Pelajar Baharu Kelas Al-Quran Ogos

Alhamdulillah
Pagi ini FLC menerima lagi pendaftaran untuk sertai kelas Asas Al-Quran yang akan bermula Ogos ini
.
Sekiranya anda ingin sertai kawan-kawan yang lain dalam misi Cinta Al-Quran ini Boleh hubungi kami 
.
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah 📲
www.wasap.my/601115054812
& taip - kelas Al-Quran & nama penuh anda 📲
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

AL-QURAN DAN WAKTU YANG BERLALU

Masa yang berlalu, tidak akan pernah kembali
.
.

Monday 17 July 2017

Sayangnya Allah pada kita :-)

Tidak terhitung banyaknya pertolongan Allah bagi setiap hambaNya.
Namun tidak semua menyedarinya.

Jom renungi bersama...


Preview Online kelas Asas Al-Quran@Fatehah Learning Centre

Preview Online kelas Asas Al-Quran@Fatehah Learning Centre
nantikan rakaman penuh buku Asas & Tajwid. InshaAllah akan dilancarkan selewat-lewatnya Januari 2018
.

Hukum menutup aurat #Wanita

Hukum menutup aurat #Wanita
.
Al-Ahzab 59
.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
.
.
Wahai kaum Muslimah, seperti mana Kamu menjaga kulit Kamu yang lembut itu di dunia, jagalah juga ia dari bakaran api neraka.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.


3 Musuh kejayaan yang MESTI diperangi



3 Musuh kejayaan yang MESTI diperangi 
.
#MALU - satu perasaan yang perlu kita buang sejauh-jauhnya kalau nak belajar sesuatu, khususnya dalam belajar Al-Quran, pepatah Melayu pun ada kata "Malu bertanya sesat di jalan" 
.
jadi solusinya, berjumpalah & bertanyalah pada yang mahir 
.
.
#EGO - Antara punca utama kegagalan seseorang adalah keegoan yang tinggi
.
untuk bedepan dengan keegoan ini ialah dengan kita membuka diri untuk menerima nasihat dan teguran, insyaAlah perlahan-lahan keegoan ini dapat dikawal
.
.
#MALAS - satu penyakit yang hanya diri sendiri dapat ubati, jangan dilayan sangat perasaan malas
.
dalam mengatasi sifat malas ini, tiada jalan lain iaitu dengan kita dapatkan 'mood' dengan memikirkan balasan yang akan kita terima di akhirat nanti. atau kita pilih untuk kekal malas dan akhrinya kita juga akan rugi.
.
.
sekiranya tembok Malu, Ego & Malas ini dapat kita tembusi, insyaAllah kejayaan menanti dan yang pasti perasaan yakin & seronok membaca Al-Quran akan hadir  
.
Untuk dapatkan banyak lagi Tips MUDAH & SENANG untuk membuatkan anda rasa SERONOK & YAKIN membaca Al-Quran dengan tajwid yang tepat boleh LIKE page

Qolqolah (Suara pantulan)

Info Tajwid: Qolqolah (Suara pantulan)
.
.


Keluarga Baharu Kelas Al-Quran Ogos



Alhamdulillah 
.
Hari ini FLC menerima ahli keluarga baru untuk sertai kelas Al-Quran peringkat Asas yang akan bermula Ogos ini 
.
Sekiranya ada yang ingin sertai beliau dan kawan-kawan yang lain, boleh hubungi no. Dibawah 
.
01115054812
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Hukum-hukum Hamzah Wasal dalam Al-Quran

Kaedah dan cara untuk menyebut perkataan-perkataan yang bermula dengan Hamzah Wasal.
.
Kongsikan untuk manfaat bersama.. 
.
.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.






Kehidupan Satu Perjuangan



Kehidupan satu Pejuangan
.
.

Maqraj Huruf bacaan Al-Quran

Info Tajwid: #Maqraj Huruf bacaan Al-Quran
.
.






Sunday 16 July 2017

Istiqamah Membaca Al-Quran di Luar Ramadhan



Teruskan istiqamah dalam membaca Al-Quran di bulan Syawal.
.
Bukan hanya di bulan Ramadhan.

Penyertaan Pelajar Baharu Kelas Al-Quran Ogos

Alhamdulillah
FLC menerima Penyertaan terbaru untuk sertai kelas Al-Quran yang akan bermula 1 Ogos ini
.
Semoga Allah permudahkan segala urusan 
.
Pendaftaran masih dibuka Bagi yang berminat
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah 📲
www.wasap.my/601115054812
& taip - klinik Kelas Al-Quran & nama penuh anda 📲
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.