Tuesday 20 February 2018

Mengaji Al-Quran: Rahsia dapat khatam Al-Quran...SETIAP HARI???

Anda nak tahu Rahsia dapat pahala khatam Al-Quran" setiap hari?
.
.
Mungkin akan ada yang terfikir, 
.
"Betul ke Boleh khatam Quran setiap hari?"
.
.
Bertenang :-)
.
.
Sama-sama kita renung & amalkan perkongsian hadis di bawah
.
Selepas ni jangan biarkan hari-hari kita berlalu tanpa amalkan pesanan Nabi di bawah
.
.
Inilah rahsia kelebihan surah Al-Ikhlas
.
Keterangan tentang surat al-Ikhlas yang nilainya sepertiga al-Quran bersumber dari hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
.
Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu menceritakan,
.
Di suatu malam, ada seorang sahabat yang mendengar temannya membaca surat al-Ikhlas dan diulang-ulang.
.
Pagi harinya, sahabat ini melaporkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dengan nada sedikit meremehkan amalnya.
.
Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, surat al-Ikhlas itu sama nilai dengan sepertiga al-Quran.
.
(HR. Bukhari dan Ahmad).

.
.
Dalam hadis lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya kepada para sahabat,
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِى لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ


Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?”. 

Mereka bertanya, "Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran?"

Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan,
(قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) يَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.” 


(HR. Muslim 1922).
.
.
Jadi sekarang kalau nak dapat pahala sekali khatam Al-Quran, bacalah surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 3 kali sehari
.
Mudah kan?
.
Jangan angguk saja 😄
.
Jom amalkan & kongsikan dengan ahli keluarga & rakan-rakan, semoga semua dapat pahala khatam Al-Quran setiap hari
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Sunday 18 February 2018

Hukum Bacaan Di Dalam Al-Quran

Hukum Bacaan Di Dalam Al-Quran
.
Cara Bacaan Imalah (memiringkan atau mencondongkan)
.
Cara merubah bacaan "RO" menjadi "RE" (seperti "E" dalam kata sate).
.
Dalam Al-Quran, hukum Imalah yang dibaca dengan kaedah ini ada pada 1 tempat, iaitu;
.
1. Surat Hud ayat 41: pada perkataan yang berkenaan Ada tanda diamond/ potong wajik 
.
Boleh lihat gambar yang disertakan untuk melihat contoh
.
.
.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu Tajwid dan juga tentang waktu serta perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre, sila KLIK link di bawah 📲
.
www.wasap.my/601116217797
.
& taip - KELAS QURAN & NAMA PENUH 📲
.
Akhirnya, doakan semua kita sentiasa di dalam redhaNya dan menjadi penghuni syurga di Akhirat nanti. …..Aamin ya Rab..
.
.
#Fatehah
#SeronoknyaCintaAlQuran
www.cepatquran.com



Tuesday 6 February 2018

Pendaftaran kelas Pengajian Asas Al-Quran Mac 2018 kini dibuka



Sudah lama berazam untuk belajar mengaji Al-Quran? 
.
.
Kelas Al-Quran kaedah Al-Barqy anjuran Fatehah Learning Centre (FLC) terbukti MUDAH untuk belajar mengaji Al-Quran dari asas permulaan mengenal huruf sehingga LANCAR dan MAHIR dalam ilmu tajwid. SISTEM TERSUSUN diharap membentuk keupayaan secara bertahap hingga mahir dalam membaca Al-Quran, disediakan khusus bagi membantu individu berkerjaya dan sibuk di siang hari. 
.
Berlainan dari kelas lain, kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre menggunakan kaedah KUNCI KATA bersifat CEGAH LUPA, mudah difahami dan diikuti khususnya di saat pelajar terlupa sebutan huruf. Selain itu kaedah ini selari dengan pengajaran bahasa Arab dimana setiap huruf TERUS DIBERIKAN BARIS melalui struktur kata dan kalimat.
.
.
HADAPI SALAH SATU CABARAN DI BAWAH????👇
.
Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji. Last2 tugasan kerja semakin bertambah, tahap membaca Quran masih sama.
.
✘ Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu. Lagi banyak baca, lagi banyak salah. akhirnya takut salah, langsung tak dibaca.
.
✘ Tengok orang lain baca Al-Quran lancar jer, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut.
.
✘ Suka tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri sendiri hanya mampu melihat, tapi sampai bila?
.
✘ Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu, tapi tak mampu. harap nanti setelah kita meninggal, adalah pahala disedekahkan zuriat keturunan kita melalui pembacaan Al-Quran.

.
.
JANGAN risau dulu… FATEHAH LEARNING CENTRE sedia MEMBANTU 😄
.
 Kaedah baru ini menggunakan pendekatan KUNCI KATA, mudah difahami dan diikuti, rangkumam kunci kata ini telah banyak membantu pelajar kami.
.
Kaedah ini bersifat CEGAH-LUPA, sekiranya pelajar susah mengingati huruf, KUNCI KATA menjadi tempat rujukan huruf. Sangat sesuai untuk belajar DARI ASAS HINGGA MAHIR tajwid.
.
 Jadual kelas tak mengganggu waktu kerja. Jadual kelas Al-Quran di FLC disusun khusus bagi individu berkerja di siang hari dan nak lapangkan masa hujung minggu dengan family. jadi KELAS WAKTU MALAM penyelesaiannya.
.
 Jom ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan. Sekiranya di Dunia lagi bersama-sama memupuk Cinta TUHAN dan Cinta Al-Quran. diharap bersama-sama di syurga nanti, InsyaAllah.
.
 Mengaji tiada exam dan tekanan.
.
Paling best, semua pelajar diberikan KELAS QURAN ONLINE sebagai tempat rujukan dan latihan dirumah.

.

Di Fatehah Learning Centre kami percaya bahawa Syurga dapat dicapai melalui Seronoknya mempelajari & mengamalkan Al-Quran
.
Oleh itu untuk menimbulkan rasa Cinta membaca Al-Quran, kami menggunakan kaedah mudah dan cepat. Di samping pendekatan senang & suasana tenang, kami juga memberi rakaman-rakaman video untuk membantu pelajar.
.
Izinkan kami bersama-sama dalam perjalanan murni menuju dan menggapai SYURGA ini.
.
Dengan ini, Kami menjemput orang ramai di luar sana bersama-sama mendapatkan rasa SERONOKNYA CINTA AL-QURAN di Fatehah Learning Centre, Kelas mengaji senang & tenang
.
DAFTAR SEKARANG untuk dapatkan bonus tambahan bernilai RM590 secara PERCUMA :
1. Kelas Quran Online
2. eQuran Mushaf Rasm Uthmani
3. ebook Ringkasan Nota Tajwid lengkap

.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre, sila KLIK link di bawah 📲
& taip - KELAS QURAN & NAMA PENUH 📲
.
Akhirnya, doakan semua kita sentiasa di dalam redhaNya dan menjadi penghuni syurga di Akhirat nanti. …..Aamin ya Rab..
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.