Saturday 31 December 2016

Kelas Fardhu Ain & Al Quran (KAFA) Rendah di Fatehah Learning Centre

Tenangnya hati ibu ayah jika anak SERONOK & CINTAKAN Al-Quran

Kelas Fardhu Ain & Al Quran (KAFA) Rendah di Fatehah Learning Centre
.

.
4 KELEBIHAN UTAMA KELAS KAFA DISINI:
.
1) Pembelajaran Maksimum : Suasana Kelas dihadkan dalam jumlah Pelajar yang kecil untuk memaksimakan pengajian
.
2) Anak Semangat Belajar : Kelas yang berhawa dingin, bersih dengan udara segar, dilengkapi internet, projector & sound system yang jelas. Dijemput hadir untuk rasainya sendiri.
.
3) Anak Seronok Cinta Al-Quran: Kami terapkan nilai seronok cintakan Al-Quran sebagai tambah nilai untuk keperibadian terbaik buat anak-anak.
.
4) Sukatan Pelajaran yang ditetapkan oleh JAKIM/JAWI
.

.
Sekiranya tidak keberatan, mohon war-warkan kepada kawan-kawan yang ada anak yang akan darjah 1 tahun 2017.
.
Mari merebut peluang ini kerana Pengambilan pelajar adalah TERHAD.
.
Alamat:
FATEHAH LEARNING CENTRE,
27-2, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5,Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

(5 mins berjalan kaki dari Stesen LRT Sri Rampai)
.
ATAU
.
Boleh taip Fatehah learning Centre di aplikasi Waze atau Google Maps.
300 meter dari Pusat Wangsa Walk
.
Telefon / WhatsApp:
.
012-243 7962 (Farhan)
03-4131 9057 (Pejabat)

.
Sekian, terima kasih.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
.
.
.






Thursday 29 December 2016

PENDAFTARAN PELAJAR BARU KELAS AL-QURAN JAN

Alhamdulillah FLC menerima ahli keluarga baharu untuk kemasukan bulan January 2017 bagi kelas Al-Quran
.
Kepada yang berminat menyertai mereka dalam kembara mencari redho Allah bolehlah menghubungi pihak Kami 
.
01115054812
01115054812
01115054812

.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.



Wednesday 28 December 2016

Testimoni tentang Kelas Al-Quran Fatehah Learning Centre

"Alhamdulillah
.
Selepas 3 bulan belajar di sini
.
Bacaan Al-Quran menjadi lebih baik

.
Dari segi makhraj huruf
.
Dan hukum tajwid"

.
Cik Zulaikha - Kepong
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Alangkah Ruginya Orang yang Tak Membaca Al-Quran

Alangkah Ruginya Orang yang Tak Membaca Al-Quran, dan selalu beralasan tak punya masa untuk membaca Al-Quran, RUGI..
.
Buku-buku lain dibaca tapi Al-Quran tak dibaca? RUGI...
.
Hari-Hari dengar muzik tapi Al-Quran tak Dibaca? RUGI
.
Sibuk Berniaga tapi tak sempat membaca Al-Quran, RUGI
.
Sibuk Bekerja tapi Tak ada Masa Untuk Membaca Al-Quran, RUGI
.
Sibuk Berpolitik Tak Pernah Baca Al-Quran, RUGI
.
Pandai Menyanyi, Karaoke, Dangdut, Joget-Joget, Tapi Tak Pandai baca Al-Quran, RUGI
.
Pandai ilmu ilmu Akademik tapi Tak Pandai Baca Al-Quran, RUGI.
Boleh Membaca Quran, Tetapi tak Nak Membaca Al-Quran, RUGI
.
Tak Tahu Membaca Al-Quran, dan Tak Nak Belajar Membaca Al-Quran
.
RUGI, RUGI, RUGI, RUGI, RUGI, RUGI SEKALI
.
RUGI DUNIA dan RUGI AKHIRAT
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.


Tuesday 20 December 2016

Monday 12 December 2016

Penantian yang Pasti

عن بريدة بن الحصيب رضي الله عنه قال: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إني كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروها
Maksud: Dari Buraidah B. Al-Hushaib radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Dulu aku pernah melarang kamu untuk menziarahi kuburan, tetapi sekarang ziarahilah. (Hadis Riwayat Muslim)
.
Nabi Muhammad saw menganjur kita untuk menziarahi perkuburan di atas beberapa sebab.
1 - Mengingati akhirat (mati),
2 - di dalamnya terdapat 'ibrah (pelajaran), dan
3 – dapat melembutkan hati.
.
.
Bukan sahaja menziarahi tanah perkuburan, malahan setiap kali melintasinya atau hanya sekadar memandang van jenazah, dengan sendirinya pemikiran kita tersentak.
.
Inilah kepastian yang semua kita akan lalui, samada yang menulis ini, atau yang membaca tulisan ini.
.
Persoalan yang lebih besar lantas timbul, bukan bagaimana kita akan mati, tetapi bagaimana persedian kita menghadapi mati.
.
Sekiranya ia datang hari ini atau malam ini.....adakah kita bersedia?
.
Saban hari kita menerima berita, tentang kematian si fulan & si fulan 
.
Suatu hari nanti orang lain pula akan menerima berita tentang kematian kita
.
Bagaimana agaknya nasib kita dalam kubur kelak, kehidupan alam barzakh adalah cerminan kehidupan alam akhirat.
.
Memang benarlah pesan Nabi,
Disebalik kematian ada pengajaran
Disebalik kematian ada persoalan
Disebalik persoalan ada amalan
Disebalik amalan ada ganjaran
Disebalik ganjaran ada pilihan
Ku harapkan syurga sebagai balasan

.
Sesungguhnya Kematian itu satu kepastian
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Saturday 10 December 2016

RAHSIA & KEHEBATAN BISMILLAH

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Rahsia &Kehebatan Bismillah
.
Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi (yakni Malaikat) dan alam yang rendah (yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di muka bumi)
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Sabda Rasulullah s.a.w.: “Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiim.” (Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. )
.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, ‘Akbar’ seperti putih mata dengan hitamnya. Begitulah dekatnya.”
.
Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah.
.
Sabda Baginda s.a.w. lagi: “Ismullahil-A’zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Qur’an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain.” ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )
.
Bersabda Nabi s.a.w.: “Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiim, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah ‘Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya.”
.
Dari Abu Na’im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.a.:
“Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiim, mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata: “Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu.” Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah.”
.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya.”
.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim dan laa haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan.”
.
Dari al-Waqii dan atas-Tsa’labi dari Ibnu Mas’ud r.a.:
“Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilan belas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai.”
.
Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas’ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000
darjat.”
.
Bersabda Nabi s.a.w.: “Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu, barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah.”
.
Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan sama ada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita.
.
Dari Anas bin Malik bersabda Nabis.a.w.:
“Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanir rahiim selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya.”
.
Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: “Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan mereka.”
.
Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segala perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan, nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim.”
.
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.bersabda:
“Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang.”
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim dan berdoa, “Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami”, maka jika
.
sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk selama-lamanya.”
.
Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta’ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam Al-Qur’anul kariim manakala 1 berada di sisi Allah.
.
Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim itu ada sembilan belas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilan belas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlah dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah
.
.
.
.


TESTIMONI PELAJAR KELAS AL-QURAN FATEHAH LEARNING CENTRE

"Alhamdulillah 
.
Saya jumpa Fatehah Learning Centre ini
.
Banyak yang saya improve
.
Terutama dari segi hukum tajwid"
.
Encik Emir - 22 tahun 
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

Sunday 4 December 2016

Kelas Al-Quran Peringkat Asas Januari Kini Dibuka.

#KHUSUS kepada yang Nak rasa SERONOK dan YAKIN membaca Al-Quran.
.
Anda mempunyai salah satu dari cabaran ini?
.
✘ Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji?
.
✘ Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu?
.
✘ Tengok orang lain baca Al-Quran lancar sahaja, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut?
.
✘ Best je tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri ini hanya mampu melihat?
.
✘ Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu tapi tak mampu?

.
.
JANGAN risau dulu…sebab Fatehah Learning Centre boleh membantu 😊
.
✔ Kaedah yang digunakan sangat cepat dapat dan anti-lupa
.
✔ Jadual kelas tidak mengganggu waktu kerja anda
.
✔ Boleh ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan dengan pasangan dan anak-anak
.
✔ Mengaji tiada exam dan tekanan
.
✔. Kelebihan membaca tak payah cakaplah. Ada 1001 kelebihan yang semua kita maklum.

.
Antaranya ialah:
.
💡 Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat
.
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
.
💡 Kedua : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
.
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)
.
💡 Ketiga : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.
.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)
.
.
Untuk melihat testimoni pelajar boleh klik link
.
http://bit.ly/1tkLfdW
http://bit.ly/1ZIQRcs
.
.
Jika berminat, yuran pendaftaran hanya RM200.
Tetapi bagi yang mendaftar sekarang, Kami berikan
#Bonus Istimewa
.
#Potongan50% kepada yang mendaftar bulan ini..bermakna, yuran pendaftaran hanya serendah RM100 sahaja.
.
#Percuma Buku Asas Al-Quran bernilai RM25
.
#Percuma Buku Tajwid Al-Quran bernilai RM30
.
#Percuma rakaman Buku Asas & Buku Tajwid atas talian yang bernilai RM300
.
Berminat ingin menyertai kami dan kawan-kawan yang lain untuk Rasa Seronok dan Cintakan Al-Quran?
.
Daftar sekarang, TEMPAT TERHAD.
.
Boleh Telefon
03-41319057 (Pejabat)
012-2437962 (Farhan)

.
Atau Whatsapp
012-2437962 (Farhan)
.
Alamat 
Pusat Pendidikan
Fatehah Learning Centre
27-2 Jalan Wangsa Delima 2A, 53300 Seksyen 5
Kuala Lumpur

.
Kami doakan anda dan seluruh ahli keluarga anda menjadi ahli syurga di akhirat nanti dan sentiasa dalam redha Allah di dunia ini.
Jika tidak keberatan mohon kongsikan bersama rakan/keluarga yang ingin belajar membaca Al-Quran. Terima kasih.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.