.
Pada mulanya, beliau menerima tentangan hebat dari kedua ibu bapanya sendiri, mereka sangat sedih dan merasakan kemasukkannya kedalam Islam sebagai satu keputusan yang salah. Ibunya menangis kerana sedih dan bapanya sangat kecewa dengan keputusannya memeluk Islam. Ini ditambah lagi dengan latar belakang mereka yang merupakan penganut tegar agama Kristian.
.
Pada mulanya, dia memutuskan untuk tidak memberitahu sesiapapun tentang keputusan besar yang telah diambil, dan ingin mempelajari dan membiasakan diri dengan perubahan ini dahulu.
.
Pencarian mengenai agama berlaku Beberapa bulan sebelum mengucapkan syahadah, hanya dengan sekali membaca terjemahan Al-Quran, Isabelle terus jatuh cinta dan memutuskan untuk memeluk Islam.
.
Dia merasakan sangat tersentuh dengan lenggok bahasa yang digunakan dalam Al-Quran, dan setelah membacanya, dia hampir pasti bahawa tidak mungkin Al-Quran ditulis oleh manusia. tambahnya lagi, setiap ilmu dan perkongsian yang terdapat didalam Al-Quran, mustahil datang dari mana-mana manusia.
.
Di sini timbullah perasaan kagum kepada “Penulis Kitab (Al-Quran), dia merasakan Al-Quran berbicara kepada setiap individu, dan secara peribadi merasakan setiap kali membaca Al-Quran, seakan-akan Allah sedang secara langsung berbicara dengannya.
.
Dia merasakan Al-Quran sangat mudah dibaca, difahami, dan dia sangat tersentuh dengan segala isi kandungan di dalamnya. Baginya walaupun perasaan ini merupakan satu perasaan yang sukar dinyatakan dengan kata-kata, tetapi sangat memberi kesan kepada jiwa. Di saat itu, dia hanya mampu menangis dan terus menangis tanpa henti.
.
Melanjutkan ceritanya setelah membaca Al-Quran, Dia merasakan ada satu perasaan yang belum pernah dialami sebelum ini. Tidak pernah terlintas sebelum ini di fikirannya ada sebuah Kitab seperti ini. Pada awalnya, dia menyangka yang Al-Quran tidak ada bezanya dari kitab Bible. Baginya Al-Quran merupakan sebuah Kitab yang sangat memberi inspirasi dan mengandungi kebenaran. Kesemua ini menambahkan lagi keyakinan bahawa mustahil Al-Quran datang dari akal manusia.
.
Setelah menjadi seorang Muslim, jemaah wanita dari sebuah masjid yang berdekatan dari rumahnya sangat memberi dukongan dan bantuan. Sekarang Isabelle telah berkahwin dengan seorang lelaki Algeria dan mempunyai 3 anak.
.
Setelah tidak lama selepas memeluk Islam, Issabell terus memakai hijab. Mengimbau kenangan sewaktu pertama kami memakainya, ramai kawan-kawanya terkejut dan bertanya apakah yang telah berlaku pada dirinya. Yang bagusnya, Isabell langsung tidak mempedulian apa jua tanggapan orang lain kepadanya, dan gembira menjalani kehidupan seharianya.
.
Menceritakan pengalamannya setelah memeluk Islam dan bertudung, usaha mendapatkan pekerjaan melalui kesukaran. Banyak permohonan dibuat ke pelbagai tempat, ini termasuk ke jawatan yang lebih rendah dari kelayakan akademiknya. Pada waktu itu, apa juga jenis pekerjaan sanggup diterimanya, asalkan pekerjaan dimana dia dapat menutup aurat. Malangnya, semua permohonan ditolak.
.
Pada mulanya, dia takut untuk bekerja sendiri, dan hanya mengharapkan pekerjaan dari majikan, mungkin waktu itu, Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk dirinya.
.
Sekarang dengan pekerjaan sebagai seorang peguam di firma sendiri, katanya dia kini bebas melakukan solat di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Melanjutkan ceritanya, Isabell mengingatkan bahawa sebagai seorang Muslim, kita mestilah menjadi contoh tauladan melalui perilaku akhlak yang baik.
.
Pada saat ini, hubungan dengan ibunya juga sudah baik, ibunya sering melawat mereka sekeluarga saban minggu.
.
Kini baginya, Islam itu adalah jalan hidup, setiap ayat Al-Quran tambahnya adalah penting dan indah, tetapi secara peribadi merasakan dekat dengan dua ayat Al-Quran paling disukainya;
.
Pertama dari Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud,
.
“Sesungguhnya hanya agama yang diterima disisi Allah, ialah Islam”,
.
dan ayat ke 56 dari Surah Az-Zariat, dimana Allah berfirman yang maksudnya,
.
“tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembahKu”.
.
Begitulah mengakhiri ceritanya.
.
Persoalanya di sini, bagaimana pula kita yang juga tidak memahami Al-Quran dan Bahasa Arab. Pernah tak sekurang-kurangnya sekali kita khatam membaca terjemahan Al-Quran? Semoga kisah Isabelle ini menginspirasi kita untuk lebih mengenali Allah melalui Al-Quran.
.
Diharap kisah yang ringkas ini, dapat memberi kesan yang positif ke dalam hidup setiap kita semua, dan jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, sila muat turun Aplikasi CEPAT QURAN secara percuma sekarang di App Store dan Google Play.
.
Feel free to ‘share’ kisah ini, semoga ianya memberi insipirasi pada pembacanya dan dakwah hasanah kepada penulis dan pengirimnya.
.
“Seronoknya Cinta Al-Quran”
.
No comments:
Post a Comment