BACAAN AL-QURAN YANG MENGUBAH HIDUPKU
Kisah ini bermula bila mana pada suatu hari, bacaan Al-Quran bukan lagi satu suara yang janggal bagi ku. Tiba-tiba hatiku terpanggil ke arah alunannya, perasaan ingin mendengar aku bertambah, lagi dan lagi. Akhirnya aku membuat keputusan membeli CD supaya dapat didengar bila-bila masa saja.
Pada waktu itu aku belum lagi memeluk Islam.
MENDENGAR ALUNAN AL-QURAN
Waktu itu dalam bulan Ramadhan, setiap malam aku dapat mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca dalam solat terawih. Semenjak 10 tahun yang lalu, aku telah tinggal berhampiran dengan sebuah masjid. Tetapi bunyi yang datang dari arah masjid tidak pernah aku hiraukan. aku bekerja di sebuah Univeristy Katolik Kristian, suami ku juga bukan seorang Muslim, dan kami tinggal di Negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.
Walaupun bulan Ramadhan telah berlalu, aku masih berterusan mendengar Al-Quran. Entah kenapa, alunannya memberi aku ketenangan jiwa. Setiap kali ada masa lapang, aku pasti mendengarnya. Aku langsung tidak memahami apa yang dibacakan, tetapi sebutan-sebutan hurufnya menenangkan hatiku. Aku merasa aman. Selepas seharian penat bekerja, inilah aktiviti yang pasti aku lakukan.
SENDIRIAN BERSAMA ALLAH
Saat itu waktu malam yang sunyi, perasaanku bertambah kuat untuk mendengar keindahan alunan Al-Quran, dan ianya tidak dapat dibendung lagi. Terasa seperti aku ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang membaca dan mendengar Al-Quran.Aku ingin merasai “perhubungan” dengan Dia, Pemilik “susunan kata-kata” yang telah sekian lama aku dengar. Aku ingin merasa tenang dalam hidupku, aku ingin Al-Quran mengisi hidup-hidupku.
Di dalam kesunyian malam itu, Allah telah membuka seluasnya hatiku kepadaNya.
SATU RAHSIA
Sepanjang dua tahun, aku masih merahsiakan “perhubunganku” dengan Allah, tidak ada seorang pun tahu. Aku risau kalau-kalau, “perhubungan” dengan Allah ini akan dihalang oleh kata-kata atau pandangan orang lain.
Aku ingin “hubungan” suci ini bertambah kuat dan bertambah erat, supaya nanti, tiada kata-kata atau komen yang buruk, dan tiada pandangan sinis dapat menjadi penghalang di antara aku dan Tuhanku. Aku merahsiakan solatku, secara diam-diam aku belajar membaca Al-Quran dari internet. Melalui pembacaan, aku belajar tentang Tuhan dan Agama baruku.
“PERHUBUNGAN” YANG KUAT DENGAN ALLAH
Kini setelah dua tahun telah berlalu, aku merasakan “hubunganku” dengan Allah tidak dapat diganggu gugat lagi. Dengan bantuan hidayah Allah, aku terasa semakin kuat. Aku mula mencari seorang guru agama di sebuah sekolah.
Setiap Sabtu dan Ahad aku akan pergi bertemunya dan belajar beberapa buku-buku agama. Aku mula belajar dari asas, dari bagaimana untuk bersuci, cara yang betul untuk solat dan pengajian akhlak sesama manusia.
BELAJAR TENTANG ALLAH DAN ISLAM.
Semenjak suamiku membuat keputusan untuk tidak menerima Islam, aku mendaftar ke sebuah sekolah agama. Walaupun begitu aku masih terus berusaha untuk membuatkan dia percaya kepada Islam, sehingga kami pernah pergi ke sesi kaunseling, tetapi akhirnya, aku terpaksa memohon penceraian, kerana dia tetap tidak mahu menerima Islam.
Sepanjang tinggal dan belajar di sekolah agama tersebut, aku banyak berkenalan dengan pelajar-pelajar Muslim yang lain, kebanyakkannya lebih muda dariku, tetapikecintaan kepada Allah telah menghubungkan dan menyatukan kami.Kesemua kami ingin lebih mengenaliNya, dan bagaimana untuk lebih dekat denganNya.Aku pelajari bacaan Al-Quran dan Tajwid, aku juga menghafal sebahagian kecil Al-Quran. Setiap perkara baru yang aku pelajari, serasa membawa aku lebih dekat kepada Tuhanku.
PERMULAAN BERHIJAB
Bermula dari pengajian tersebut, dari situlah aku mula memakai tudung setiap hari,Alhamdulillah, syukur kepada Allah.
Kini, hatta di tempat kerja, rakan sepejabat menerima kuputusan, penampilan dan cara kehidupan baruku. Alhamdulillah, Allah telah mebuka hati mereka dan membuatkan mereka menerimaku dengan cara hidup baru ku ini.
Hari ini, tiada yang lebih menggembirakan aku, selain pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan mendengar bacaan Al-Quran ketika berdiri dalam solat. Waktu-waktu sebeginilah aku merasai “Hadiah Terindah” yang Allah pernah berikan kepada ku dan kepada manusia keseluruhannya, iaitu Al-Quran. Aku rasa inilah “Hadiah Terbesar” dari Allah untuk kita.
Mengakhiri ceritanya.
…………….
Jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, jangan bertangguh lagi, muat turun secara percuma sekarang Aplikasi CEPAT QURAN di App Store dan Google Play.
Artikel ini adalah terjemahan dari tulisan Claudia Azizah yang bertajuk “The Recitation of Quran Changed My Life” mengenai Katrin, seorang wanita berbangsa German yang tinggal dan bekerja di Indonesia.
Diterjemah oleh Qadam Al-Quran –
Mohd Izwan Ahmad.
Feel free to share artikel ini, semoga ianya memberi inspirasi kepada ramai lagi, dan menjadi usaha dakwah kita semua.
No comments:
Post a Comment