[INFO TAJWID]
.
Makhraj Al-Jauf / Rongga Mulut ( الْجَوْفَ )
.
.
Bagi makhraj huruf ini, ia merupakan makhraj khusus untuk huruf-huruf Mad yang dikeluarkan melalui Rongga Mulut.
.
.
Huruf-huruf Mad ada 3; ( ا و ي )
.
.
Dan untuk menjadikan ketiga-tiga huruf tersebut sebagai huruf mad, mestilah cukup syarat-syarat berikut:
1) Huruf " aliff " sukun atau yang kosong tanpa apa-apa baris, dan sebelumya adalah huruf yang berbaris fathah (atas).
2) Huruf " wau " sukun atau yang kosong tanpa apa-apa baris, dan sebelumya adalah huruf yang berbaris dhommah (depan).
3) Huruf " ya " sukun atau yang kosong tanpa apa-apa baris, dan sebelumya adalah huruf yang berbaris kasrah (bawah).
.
.
Contoh terdapat dalam potongan ayat : ( نُوحِيهَا )
.
.
Makhraj ini hanya khusus untuk bacaan mad, atau bacaan panjang sahaja.
_______________
Ingin ketahui ilmu-ilmu tajwid yang lain dengan teknik yang mudah dan berkesan, bolehlah ikuti pengajian Kelas Asas Al-Quran bertempat di Fatehah Learning Centre, Wangsa Maju.
.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre,
sila klik link dibawah 📲
& taip - kelas Quran & nama penuh anda 📲
No comments:
Post a Comment