Showing posts with label Kelas Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Kelas Al-Quran. Show all posts

Monday, 16 March 2020

PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN DI WANGSA MAJU KINI DIBUKA

(PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN DI WANGSA MAJU KINI DIBUKA)
.
.
Assalamualaikum
.
.
Dalam video pendek ni, saya nak kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh pelajar kami.
.
Sebelum bersama dengan kami,
.
Ramai yang mengadu rasa RISAU, takut-takut Solat tak diterima Allah, kerana tak yakin dengan bacaan Al-Quran khususnya surah Al-Fatihah
.
Ada juga yang menceritakan kesedihan mereka bila ada orang tersayang meninggal Dunia, tak dapat nak hadiahkan bacaan Al-Quran.
.
Tak kurang juga mak ayah yang Ceritakan rasa malu bila anak-anak tanya tentang hukum Tajwid, Tapi tak dapat nak jawab.
.
Ada seorang abang ni, mengadu rasa malu akibat dari tak pandai baca Quran, malu nak jadi imam solat kepada isteri dan anak-anak
.
Yang paling kami terasa, ada yang kongsikan rasa TAKUT apa nak jawab kepada Allah di Akhirat nanti, bila ditanya “Kenapa tak usaha nak belajar mengaji Al-Quran?”
.
.=======
Kaedah yang nak saya kongsikan ini sangat sesuai bagi mereka yang
.
Nak belajar mengaji Al-Quran dari Asas.
.
Tak Lancar dan tak yakin membaca Al-Quran
.
Dan Tak ingat hukum-hukum Tajwid.
Di Pusat pengajian Al-Quran Fatehah Learning Centre
Kami Menggunakan Kaedah Pengajian yang mudah dan cepat untuk semua lapisan umur.
.
Setiap pelajar diberikan buku Asas dan Tajwid
Guru pembimbing yang bersanad, bertauliah dan berpengalaman.
Suasa kelas yang SELESA dan berhawa dingin.
DAN yang paling BEST, semua pelajar diberikan akses ke pengajian Online sepanjang hayat, sebagai tempat rujukan dan latihan.
.
Daftar sekarang untuk bonus pengecualian yuran pendaftaran dan pengajian Online secara percuma.
.
Anda Hanya bayar harga 2 buah buku dan yuran pengajian sahaja.
.
Jadi apa tunggu lagi, Jom tingkatkan kualiti bacaan Al-Quran bersama kami.
Seronoknya Cinta Al-Quran
.
Assalamualaikum.
.
.


Sunday, 15 March 2020

Jadikan Pandemik #COVID-19 sebagai Peringatan untuk kita kembali kepada Allah.

Jadikan Pandemik #COVID-19 sebagai Peringatan untuk kita kembali kepada Allah.
.
.
Disebalik virus COVID-19 yang sedang tular seluruh Dunia dan perubatan moden belum menjumpai vaksin tepat untuknya, Sebagai umat Islam jangan sesekali kita lupa kepada Allah, Tuhan yang Berkuasa memberikan Kesembuhan dan Kemudharatan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.
.
.
Tanpa izin Allah, tak da apa berlaku di atas Bumi ni. Jadi, mohonlah perlindungan dengan namaNya.
.
Meskipun pergerakan kita yang terbatas sepanjang Pandemik COVID-19 ini, tapi kami ada penyelesaian bagi Sahabat Pencinta Al-Quran yang boleh mengaji Al-Quran terus dari Rumah.
.
Jom sama-sama kita belajar mengaji Al-Quran dari Asas hingga Mahir Tajwid dengan menggunakan kaedah yang Cepat dan Mudah.
.
Kami akan poskan kepada Anda sebuah Buku Asas, Buku Tajwid, serta dapatkan rakaman kedua-dua buku tersebut, juga Rakaman 30 juz Al-Quran dan banyak lagi Keistimewaan sebagai Ahli Cepat Quran.
.
Jangan bimbang, tiada yuran bulanan atau tahunan, Yuran keahlian hanya dikenakan sekali seumur hidup. Dan anda dapat belajar mengaji Al-Quran dari Asas, hingga akhir hayat. In sya Allah.
.
KLIK link dibawah untuk ketahui lanjut dan Mendaftar.
.
http://cepatquran.wasap.my
.
.
Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah melindungi kita semua dari segala bahaya. Aamiin.
.

.

Monday, 8 July 2019

SEORANG PEGUAM WANITA GERMAN MEMELUK ISLAM HANYA DENGAN SEKALI MEMBACA AL-QURAN.

Kisah ini berlaku dalam hidup seorang wanita di Frankfurt German, bernama Isabelle Wachter yang memeluk agama Islam pada tahun 2006. Menceritakan kisahnya yang pertama kali mengucapkan syahadah pada usia 24 tahun, yang sebelum itu merupakan seorang penganut agama Kristian Katolik. 
.
Pada mulanya, beliau menerima tentangan hebat dari kedua ibu bapanya sendiri, mereka sangat sedih dan merasakan kemasukkannya kedalam Islam sebagai satu keputusan yang salah. Ibunya menangis kerana sedih dan bapanya sangat kecewa dengan keputusannya memeluk Islam. Ini ditambah lagi dengan latar belakang mereka yang merupakan penganut tegar agama Kristian.
.
Pada mulanya, dia memutuskan untuk tidak memberitahu sesiapapun tentang keputusan besar yang telah diambil, dan ingin mempelajari dan membiasakan diri dengan perubahan ini dahulu.
.
Pencarian mengenai agama berlaku Beberapa bulan sebelum mengucapkan syahadah, hanya dengan sekali membaca terjemahan Al-Quran, Isabelle terus jatuh cinta dan memutuskan untuk memeluk Islam.
.
Dia merasakan sangat tersentuh dengan lenggok bahasa yang digunakan dalam Al-Quran, dan setelah membacanya, dia hampir pasti bahawa tidak mungkin Al-Quran ditulis oleh manusia. tambahnya lagi, setiap ilmu dan perkongsian yang terdapat didalam Al-Quran, mustahil datang dari mana-mana manusia.
.
Di sini timbullah perasaan kagum kepada “Penulis Kitab (Al-Quran), dia merasakan Al-Quran berbicara kepada setiap individu, dan secara peribadi merasakan setiap kali membaca Al-Quran, seakan-akan Allah sedang secara langsung berbicara dengannya.
.
Dia merasakan Al-Quran sangat mudah dibaca, difahami, dan dia sangat tersentuh dengan segala isi kandungan di dalamnya. Baginya walaupun perasaan ini merupakan satu perasaan yang sukar dinyatakan dengan kata-kata, tetapi sangat memberi kesan kepada jiwa. Di saat itu, dia hanya mampu menangis dan terus menangis tanpa henti.
.
Melanjutkan ceritanya setelah membaca Al-Quran, Dia merasakan ada satu perasaan yang belum pernah dialami sebelum ini. Tidak pernah terlintas sebelum ini di fikirannya ada sebuah Kitab seperti ini. Pada awalnya, dia menyangka yang Al-Quran tidak ada bezanya dari kitab Bible. Baginya Al-Quran merupakan sebuah Kitab yang sangat memberi inspirasi dan mengandungi kebenaran. Kesemua ini menambahkan lagi keyakinan bahawa mustahil Al-Quran datang dari akal manusia.
.
Setelah menjadi seorang Muslim, jemaah wanita dari sebuah masjid yang berdekatan dari rumahnya sangat memberi dukongan dan bantuan. Sekarang Isabelle telah berkahwin dengan seorang lelaki Algeria dan mempunyai 3 anak.
.
Setelah tidak lama selepas memeluk Islam, Issabell terus memakai hijab. Mengimbau kenangan sewaktu pertama kami memakainya, ramai kawan-kawanya terkejut dan bertanya apakah yang telah berlaku pada dirinya. Yang bagusnya, Isabell langsung tidak mempedulian apa jua tanggapan orang lain kepadanya, dan gembira menjalani kehidupan seharianya.
.
Menceritakan pengalamannya setelah memeluk Islam dan bertudung, usaha mendapatkan pekerjaan melalui kesukaran. Banyak permohonan dibuat ke pelbagai tempat, ini termasuk ke jawatan yang lebih rendah dari kelayakan akademiknya. Pada waktu itu, apa juga jenis pekerjaan sanggup diterimanya, asalkan pekerjaan dimana dia dapat menutup aurat. Malangnya, semua permohonan ditolak.
.
Pada mulanya, dia takut untuk bekerja sendiri, dan hanya mengharapkan pekerjaan dari majikan, mungkin waktu itu, Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk dirinya.
.
Sekarang dengan pekerjaan sebagai seorang peguam di firma sendiri, katanya dia kini bebas melakukan solat di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Melanjutkan ceritanya, Isabell mengingatkan bahawa sebagai seorang Muslim, kita mestilah menjadi contoh tauladan melalui perilaku akhlak yang baik.
.
Pada saat ini, hubungan dengan ibunya juga sudah baik, ibunya sering melawat mereka sekeluarga saban minggu.
.
Kini baginya, Islam itu adalah jalan hidup, setiap ayat Al-Quran tambahnya adalah penting dan indah, tetapi secara peribadi merasakan dekat dengan dua ayat Al-Quran paling disukainya;
.
Pertama dari Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud,
.
“Sesungguhnya hanya agama yang diterima disisi Allah, ialah Islam”,
.
dan ayat ke 56 dari Surah Az-Zariat, dimana Allah berfirman yang maksudnya,
.
“tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembahKu”.
.
Begitulah mengakhiri ceritanya.
.
Persoalanya di sini, bagaimana pula kita yang juga tidak memahami Al-Quran dan Bahasa Arab. Pernah tak sekurang-kurangnya sekali kita khatam membaca terjemahan Al-Quran? Semoga kisah Isabelle ini menginspirasi kita untuk lebih mengenali Allah melalui Al-Quran.
.
Diharap kisah yang ringkas ini, dapat memberi kesan yang positif ke dalam hidup setiap kita semua, dan jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, sila muat turun Aplikasi CEPAT QURAN secara percuma sekarang di App Store dan Google Play.
.
Feel free to ‘share’ kisah ini, semoga ianya memberi insipirasi pada pembacanya dan dakwah hasanah kepada penulis dan pengirimnya.
.
“Seronoknya Cinta Al-Quran”
.

Tuesday, 2 July 2019

“Akhirnya, Aku Terpaksa Memohon Penceraian, Kerana Dia Tetap Tidak Mahu…….”

BACAAN AL-QURAN YANG MENGUBAH HIDUPKU
Kisah ini bermula bila mana pada suatu hari, bacaan Al-Quran bukan lagi satu suara yang janggal bagi ku. Tiba-tiba hatiku terpanggil ke arah alunannya, perasaan ingin mendengar aku bertambah, lagi dan lagi. Akhirnya aku membuat keputusan membeli CD supaya dapat didengar bila-bila masa saja.
Pada waktu itu aku belum lagi memeluk Islam.
MENDENGAR ALUNAN AL-QURAN
Waktu itu dalam bulan Ramadhan, setiap malam aku dapat mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca dalam solat terawih. Semenjak 10 tahun yang lalu, aku telah tinggal berhampiran dengan sebuah masjid. Tetapi bunyi yang datang dari arah masjid tidak pernah aku hiraukan. aku bekerja di sebuah Univeristy Katolik Kristian, suami ku juga bukan seorang Muslim, dan kami tinggal di Negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.
Walaupun bulan Ramadhan telah berlalu, aku masih berterusan mendengar Al-Quran. Entah kenapa, alunannya memberi aku ketenangan jiwa. Setiap kali ada masa lapang, aku pasti mendengarnya. Aku langsung tidak memahami apa yang dibacakan, tetapi sebutan-sebutan hurufnya menenangkan hatiku.  Aku merasa aman. Selepas seharian penat bekerja, inilah aktiviti yang pasti aku lakukan.
SENDIRIAN BERSAMA ALLAH
Saat itu waktu malam yang sunyi, perasaanku bertambah kuat untuk mendengar keindahan alunan Al-Quran, dan ianya tidak dapat dibendung lagi. Terasa seperti aku ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang membaca dan mendengar Al-Quran.Aku ingin merasai “perhubungan” dengan Dia, Pemilik “susunan kata-kata” yang telah sekian lama aku dengar. Aku ingin merasa tenang dalam hidupku, aku ingin Al-Quran mengisi hidup-hidupku.
Di dalam kesunyian malam itu, Allah telah membuka seluasnya hatiku kepadaNya.
SATU RAHSIA
Sepanjang dua tahun, aku masih merahsiakan “perhubunganku” dengan Allah, tidak ada seorang pun tahu. Aku risau kalau-kalau, “perhubungan” dengan Allah ini akan dihalang oleh kata-kata atau pandangan orang lain.
Aku ingin “hubungan” suci ini bertambah kuat dan bertambah erat, supaya nanti, tiada kata-kata atau komen yang buruk, dan tiada pandangan sinis dapat menjadi penghalang di antara aku dan Tuhanku.  Aku merahsiakan solatku, secara diam-diam aku belajar membaca Al-Quran dari internet. Melalui pembacaan, aku belajar tentang Tuhan dan Agama baruku.
“PERHUBUNGAN” YANG KUAT DENGAN ALLAH
Kini setelah dua tahun telah berlalu, aku merasakan “hubunganku” dengan Allah tidak dapat diganggu gugat lagi. Dengan bantuan hidayah Allah, aku terasa semakin kuat. Aku mula mencari seorang guru agama di sebuah sekolah.
Setiap Sabtu dan Ahad aku akan pergi bertemunya dan belajar beberapa buku-buku agama. Aku mula belajar dari asas, dari bagaimana untuk bersuci, cara yang betul untuk solat dan pengajian akhlak sesama manusia.
BELAJAR TENTANG ALLAH DAN ISLAM.
Semenjak suamiku membuat keputusan untuk tidak menerima Islam, aku mendaftar ke sebuah sekolah agama. Walaupun begitu aku masih terus berusaha untuk membuatkan dia percaya kepada Islam, sehingga kami pernah pergi ke sesi kaunseling, tetapi akhirnya, aku terpaksa memohon penceraian, kerana dia tetap tidak mahu menerima Islam.
Sepanjang tinggal dan belajar di sekolah agama tersebut, aku banyak berkenalan dengan pelajar-pelajar Muslim yang lain, kebanyakkannya lebih muda dariku, tetapikecintaan kepada Allah telah menghubungkan dan menyatukan kami.Kesemua kami ingin lebih mengenaliNya, dan bagaimana untuk lebih dekat denganNya.Aku pelajari bacaan Al-Quran dan Tajwid, aku juga menghafal sebahagian kecil Al-Quran. Setiap perkara baru yang aku pelajari, serasa membawa aku lebih dekat kepada Tuhanku.
PERMULAAN BERHIJAB
Bermula dari pengajian tersebut, dari situlah aku mula memakai tudung setiap hari,Alhamdulillah, syukur kepada Allah.
Kini, hatta di tempat kerja, rakan sepejabat menerima kuputusan, penampilan dan cara kehidupan baruku. Alhamdulillah, Allah telah mebuka hati mereka dan membuatkan mereka menerimaku dengan cara hidup baru ku ini.
Hari ini, tiada yang lebih menggembirakan aku, selain pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan mendengar bacaan Al-Quran ketika berdiri dalam solat. Waktu-waktu sebeginilah aku merasai “Hadiah Terindah”  yang Allah pernah berikan kepada ku dan kepada manusia keseluruhannya, iaitu Al-Quran. Aku rasa inilah “Hadiah Terbesar” dari Allah untuk kita.
Mengakhiri ceritanya.
…………….
Jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, jangan bertangguh lagi, muat turun secara percuma sekarang Aplikasi CEPAT QURAN di App Store dan Google Play.
Artikel ini adalah terjemahan dari tulisan Claudia Azizah yang bertajuk “The Recitation of Quran Changed My Life” mengenai Katrin, seorang wanita berbangsa German yang tinggal dan bekerja di Indonesia.
Diterjemah oleh Qadam Al-Quran – 
Mohd Izwan Ahmad.
Feel free to share artikel ini, semoga ianya memberi inspirasi kepada ramai lagi, dan menjadi usaha dakwah kita semua.

Monday, 11 February 2019

Pendaftaran Kelas Asas Al-Quran Dewasa Dibuka

JEMPUTAN KE KELAS AL-QURAN DEWASA

Kami ingin menjemput anda untuk hadir ke kelas Al-Quran bermula dari Asas yang bakal bermula pada 5 Mac Selasa 2019. Pada jam 8.30 - 10.30 malam.


Kelas Al-Quran kaedah Al-Barqy anjuran Fatehah Learning Centre (FLC) terbukti MUDAH untuk belajar mengaji Al-Quran dari asas permulaan mengenal huruf sehingga LANCAR dan MAHIR dalam ilmu tajwid. SISTEM TERSUSUN diharap membentuk keupayaan secara bertahap hingga mahir dalam membaca Al-Quran, disediakan khusus bagi membantu individu berkerjaya dan sibuk di siang hari. 

.
Berlainan dari kelas lain, kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre menggunakan kaedah KUNCI KATA bersifat CEGAH LUPA, mudah difahami dan diikuti khususnya di saat pelajar terlupa sebutan huruf. selain itu kaedah ini selari dengan pengajaran bahasa Arab di mana setiap huruf TERUS DIBERIKAN BARIS melalui struktur kata dan kalimat.
.
.
Jika ANDA HADAPI CABARAN di bawah, kelas ini sesuai untuk anda.
.
.
 Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji. Last2 tugasan kerja semakin bertambah, tahap membaca Quran masih sama.
.


 Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu. Lagi banyak baca, lagi banyak salah. akhirnya takut salah, langsung tak dibaca.
.


 Tengok orang lain baca Al-Quran lancar jer, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut. 
.


 Suka tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri sendiri hanya mampu melihat, tapi sampai bila?
.


 Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu, tapi tak mampu. harap nanti setelah kita meninggal, adalah pahala disedekahkan zuriat keturunan kita melalui pembacaan Al-Quran.
.
.

.JANGAN risau...FATEHAH LEARNING CENTRE sedia MEMBANTU ANDA ðŸ˜„
.


 Kaedah baru ini menggunakan pendekatan KUNCI KATA, mudah difahami dan diikuti, rangkuman kunci kata ini telah bankyak membantu pelajar kami.
.


Kaedah ini bersifat CEGAH-LUPA, sekiranya pelajar susah mengingati huruf, KUNCI KATA menjadi tempat rujukan huruf. Sangat sesuai untuk belajar DARI ASAS HINGGA MAHIR tajwid.
.


 Jadual kelas tak mengganggu waktu kerja. jadual kelas Al-Quran di FLC disusun khusus bagi individu berkerja di siang hari dan nak lapangkan masa hujung minggu dengan family. jadi KELAS WAKTU MALAM penyelesaiannya.
.


 Jom ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan. Sekiranya di Dunia lagi bersama-sama memupuk Cinta TUHAN dan Cinta Al-Quran. diharap bersama-sama di syurga nanti, insyaAllah.
.


 Mengaji tiada exam dan tekanan. 
.


✔ Paling best, semua pelajar diberikan KELAS QURAN ONLINE sebagai tempat rujukan dan latihan di rumah.



Di Fatehah Learning Centre, kami percaya bahawa syurga dapat dicapai melalui Seronoknya mempelajari & mengamalkan Al-Quran
.


Oleh itu untuk menimbulkan rasa Cinta membaca Al-Quran, kami menggunakan kaedah mudah dan cepat. Di samping pendekatan senang & suasana tenang, Kami juga memberi rakaman-rakaman video untuk membantu pelajar.
.


Izinkan kami bersama-sama dalam perjalanan murni menelusuri dan menggapai SYURGA ini.
.
Dengan ini, Kami menjemput orang ramai di luar sana bersama-sama mendapatkan rasa SERONOKNYA CINTA AL-QURAN di Fatehah Learning Centre, Kelas mengaji senang & tenang


.
Ingin ketahui lanjut berkenaan kelas Al-Quran ini?

Hubungi nombor berikut bagi mendapatkan sesi konsultasi dan penerangan percuma:

En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797

Mohon ‘share’ dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang berminat.

Terima kasih.

"Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang"

#Fatehah
#CepatQuran
#KelasQuranOnline
#KelasQuranCheras
#KelasQuranWangsaMaju






Sunday, 3 February 2019

Preview & Pendaftaran Kelas Al-Quran Baru untuk Penduduk Cheras

ORANG CHERAS, JOM JOIN ‘PREVIEW’ KELAS AL-QURAN DEWASA, 23 FEB 2019 DI CHERAS UTAMA & ALAM DAMAI.
.
.
Kami berbesar hati menjemput semua Yang berada sekitar Cheras ke Al-Fath Smart Educare Cheras Utama dan Alam Damai 23 Februari ni ke sesi ‘preview’ kelas Al-Quran
.
Kami akan perkenalkan anda dengan Kaedah yang Cepat dan Mudah belajar mengaji.
.
Butiran Majlis;
.
Lokasi 1: Al-Fath Smart Educare Taman Cheras Utama
Hari: Sabtu
Tarikh: 23 Februari 2019
Waktu: 10 pagi.
.
Lokasi 2: Al-Fath Smart Educare Alam Damai Cheras
Hari: Sabtu
Tarikh: 23 Februari 2019
Waktu: 2.30 petang
.
Ada HADIAH ISTIMEWA yang anda boleh gunakan sepanjang hayat menanti pencinta Al-Quran semua. :-)






Wednesday, 2 January 2019

Pendaftaran KELAS QURAN & FARDHU A'IN Februari 2019

HADIAH TERBAIK UNTUK IBU AYAH TERCINTA TAHUN 2019. KELAS QURAN & FARDHU A’IN, PENGANGKUTAN DISEDIAKAN.
.
.
Berita gembira buat mereka yang mempunyai ibu ayah sekitar Wangsa Maju Kuala Lumpur.
.
DAFTAR SEGERA ke KELAS AL-QURAN & FARDHU A’IN di Fatehah Learning Centre Wangsa Maju.
.
Kelas adalah sebanyak LAPAN (8) kali sebulan
.
*Perkhidmatan PENGANGKUTAN DISEDIAKAN (sekitar 5 Kilometer dari FLC Wangsa Maju). Bagi mereka yang sibuk dengan urusan kerja dan tiada masa menghantar ibu ayah ke kelas Al-Quran, kami akan datang jemput dan hantar ibu ayah yang dikasihi.
.
.
Kelas ini sesuai bagi yang nak mula dari PENGAJIAN ASAS AL-QURAN sehingga MAHIR TAJWID.
.
Di samping itu, ilmu Asas FARDHU A’IN akan juga diberikan sepanjang pengajian.
.
.
Biasanya kita selalu menghadiahkan diri sendiri, pasangan dan anak-anak, sehingga kadang-kadang terlupa memberikan sesuatu yang bermakna kenapa ibu ayah.
.
Tidak ternilai harga sebuah kasih sayang ibu ayah kepada kita, tapi sekurang-kurangnya, dengan mendaftarkan mereka ke kelas ini merupakan satu TANDA CINTA KITA KEPADA MEREKA.
.
Di kesempatan ini kami juga mendoakan anda dan keluarga bersatu kembali di Syurga Allah sepertimana telah bersama di Dunia ini.
.
Untuk sebarang soalan lanjut hubungi
.
Alamat:
FATEHAH LEARNING CENTRE,
27-2, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur.
.
DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN PENGECUALIAN YURAN PENDAFTARAN DAN KELAS QURAN ONLINE PERCUMA. *tertakluk terma & syarat.
.
.
Mohon kongsikan, supaya lebih ramai mendapat manfaat.
.