Showing posts with label tempat mengaji al quran. Show all posts
Showing posts with label tempat mengaji al quran. Show all posts

Monday, 16 March 2020

PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN DI WANGSA MAJU KINI DIBUKA

(PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN DI WANGSA MAJU KINI DIBUKA)
.
.
Assalamualaikum
.
.
Dalam video pendek ni, saya nak kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh pelajar kami.
.
Sebelum bersama dengan kami,
.
Ramai yang mengadu rasa RISAU, takut-takut Solat tak diterima Allah, kerana tak yakin dengan bacaan Al-Quran khususnya surah Al-Fatihah
.
Ada juga yang menceritakan kesedihan mereka bila ada orang tersayang meninggal Dunia, tak dapat nak hadiahkan bacaan Al-Quran.
.
Tak kurang juga mak ayah yang Ceritakan rasa malu bila anak-anak tanya tentang hukum Tajwid, Tapi tak dapat nak jawab.
.
Ada seorang abang ni, mengadu rasa malu akibat dari tak pandai baca Quran, malu nak jadi imam solat kepada isteri dan anak-anak
.
Yang paling kami terasa, ada yang kongsikan rasa TAKUT apa nak jawab kepada Allah di Akhirat nanti, bila ditanya “Kenapa tak usaha nak belajar mengaji Al-Quran?”
.
.=======
Kaedah yang nak saya kongsikan ini sangat sesuai bagi mereka yang
.
Nak belajar mengaji Al-Quran dari Asas.
.
Tak Lancar dan tak yakin membaca Al-Quran
.
Dan Tak ingat hukum-hukum Tajwid.
Di Pusat pengajian Al-Quran Fatehah Learning Centre
Kami Menggunakan Kaedah Pengajian yang mudah dan cepat untuk semua lapisan umur.
.
Setiap pelajar diberikan buku Asas dan Tajwid
Guru pembimbing yang bersanad, bertauliah dan berpengalaman.
Suasa kelas yang SELESA dan berhawa dingin.
DAN yang paling BEST, semua pelajar diberikan akses ke pengajian Online sepanjang hayat, sebagai tempat rujukan dan latihan.
.
Daftar sekarang untuk bonus pengecualian yuran pendaftaran dan pengajian Online secara percuma.
.
Anda Hanya bayar harga 2 buah buku dan yuran pengajian sahaja.
.
Jadi apa tunggu lagi, Jom tingkatkan kualiti bacaan Al-Quran bersama kami.
Seronoknya Cinta Al-Quran
.
Assalamualaikum.
.
.


Thursday, 14 March 2019

7 RAHSIA PENTING SERONOK CINTA QURAN AKHIRNYA TERBONGKAR!!!

Menjadi seorang yang bukan berbangsa Arab, memang menjadi cabaran nak belajar Tajwid, apatah lagi nak timbulkan rasa Seronoknya Cinta Al-Quran. Tapi jangan rasa pelik, orang Arab sendiri pun ramai yang tak mahir Tajwid Al-Quran ni. So, jangan bimbang, anda tidak keseorangan. ðŸ™‚
.
.
Di sini kami kongsikan 7 rahsia penting nak seronok belajar Mengaji Al-Quran:
.
.
1. PERBAHARUI NIAT
.
Nak sebut huruf Arab dengan Makraj tepat ni memang mencabar, kadang-kadang rasa lemah semangat nak belajar datang setelah bersusah payah mencuba, tapi tetap gagal.
.
Di waktu begini, ingatkan kembali apa tujuan asal kita belajar. Kalau niat asalnya kerana mencari REDHA ALLAH, tidak pantas untuk kita rasa lemah & berputus asa dari mendapatkan redha Allah. Memang tak berbaloi.
.
.
2. JANGAN TAKUT BUAT SILAP
.
Ramai yang menyangka ‘haram’ baca Quran kalau salah Tajwid, sebenarnya ia hanya akan menjadi haram kalau kita tahu bacaan kita salah, Tapi tak ada usaha nak betulkan & tak pergi belajar. Jadi selagi kita dalam proses belajar nak baiki bacaan maka hukumnya tidak lah ‘haram’.
.
Jangan takut nak belajar mengaji Al-Quran walaupun belum mahir, jawapanya senang saja, Kalau tak cuba langsung , macam mana nak pandai.
.
.
3. LATIHAN BERTERUSAN
.
Teruskan membuat latihan sebutan Makraj & sifat huruf. Jangan hadkan atau tentukan masa atau tempat tertentu kalau nak buat latihan, teruskan saja.
.
Sambil masak, mengemas, lipat baju, waktu rehat di tempat kerja atau memandu pun boleh.
.
Tengok budak baru nak belajar cakap, dia main sebut je, tanpa pedulikan apa orang cakap, dia dalam dunianya sendiri, lama-lama betul & pandai lah.
.
.
4. DENGAR DAN ULANG
.
Dengarlah sebanyak mungkin bacaan Al-Quran. Zaman sekarang ni semua mudah, boleh dapatkan dari YouTube atau mana-mana sumber.
.
Untuk yang baru nak mula, carilah Qari-qari yang bacaannya perlahan & jelas supaya mudah ikut. Nak best lagi sambil buka Mushaf Al-Quran.
.
.
5. SATU HUKUM TAJWID PADA SATU MASA
.
Setiap kali belajar sesuatu hukum tajwid, pastikan buat latihan & ulang kaji hukum tersebut.
.
Ini lebih baik dari belajar banyak jenis hukum pada satu masa, last2 satu pun tak ingat. Yang lebih teruk ia dibimbangi akan buat anda rasa ‘down’ & nak ‘give up’.
.
.
6. GUNAKAN DALAM PERCAKAPAN HARIAN
.
Sebagai contoh bila dah belajar sebutan sebenar huruf A’in, gunakan sebutan sebenar bila sebut perkataan seperti Assalamua’laikum atau A’bdullah.
.
Dan bila dan belajar huruf Ha (ada orang kata ha pedas), gunakan sebutan yang sebenar bila sebut Muhammad atau Alhamdulillah.
.
.
7. KESABARAN
.
Rahsia terakhir ni sangat penting. Nak dapatkan sesuatu kenalah sabar sikit. Seperti kata pepatah
“yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”.
.
Jadi bersabarlah & teruskan usaha.
.
.
Diharap perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Semoga dengan mengamalkan rahsia di atas anda dapat menikmati seronoknya belajar Mengaji Al-Quran.
.
.
.
#Fatehah
#CepatQuran
#KelasQuranOnline
#KelasQuranBersanad
#KelasQuranWangsaMaju
#KelasQuranCheras


Tuesday, 29 January 2019

BERITA GEMBIRA 😄 KHUSUS BUAT MUSLIMIN & MUSLIMAT SEKITAR CHERAS.

BERITA GEMBIRA ðŸ˜„ KHUSUS BUAT MUSLIMIN & MUSLIMAT SEKITAR CHERAS.
.
......................................................
Alhamdulillah perancangan yang tertangguh ini bakal direalisasikan bermula pengambilan Mac 2019. 
.
Fatehah Learning Centre dengan kerjasama Al-Fath Smart Educare Taman Cheras Utama dan Alam Damai Cheras akan menganjurkan Kelas Al-Quran khusus buat golongan dewasa.
.
Waktu pengajian akan dijalankan di waktu malam jam 8.30-10.30 atau hujung minggu (tertakluk perbincangan dengan pelajar)
.......................................................

Kaedah yang Cepat dan Mudah akan digunakan, dibantu dengan akses ke Kelas Quran Online yang akan diberikan secara Percuma bagi mereka yang mendaftar.
.
Jom sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah melalui Al-Quran
......................................................
Sesi preview akan dijalankan pada

Sabtu: 23 Februari 2019, dan
Ahad: 24 Februari 2019. 


Bertempat: Al-Fath Smart Educare
.
.
Jangan lepaskan peluang ini
.
Kami memberi 24/7 bantuan bimbingan sepanjang tempoh pengajian
.
.
Untuk pertanyaan lanjut tentang detail Preview Kelas Al-Quran atau anda ada soalan yang berkaitan sila hubungi;
.
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
.
Daftar sekarang untuk dapatkan Kelas Quran Online Percuma Sepanjang Hayat.
.
Mohon #share’ kepada sahabat dan saudara sekitar Cheras. Semoga ianya bermanfaat.
.
.
#Fatehah
#CepatQuran
#KelasQuranOnline
#KelasQuranBersanad
#KelasQuranCheras
#KelasQuranWangsaMaju



Wednesday, 26 December 2018

Pengambilan Kelas Quran Asas Januari 2019 Dibuka

JOM MULAKAN 2019 DENGAN SERTAI KELAS Al-QURAN & TAJWID BERSAMA KAMI DI WANGSAMAJU
.
.
Bayangkan kalau kita mampu kuasai ilmu Tajwid dan yakin boleh menolong pasangan dan anak-anak membaca Al-Quran..Inilah yang dinamakan RumahKu, SyurgaKu. 
……………………………………………
SERTAI kami untuk ambilan terbaru KELAS ASAS QURAN bagi JANUARI 2019. (Tarikh dan waktu seperti di dalam poster)

Fatehah Learning Centre ialah sebuah Pusat Pengajian Al-Quran secara bersemuka dan atas talian (online). Diasaskan oleh Ustaz Izwan Ahmad, Guru Al-Quran bersanad, bertauliah dan berpengalaman.
.
Alhamdulillah kami berjaya membantu seramai 852 pelajar untuk lebih berkeyakinan membaca Al-Quran dan menguasai ilmu tajwid. 
.

Rata-rata pelajar kami awalnya menghadapi masalah di bawah:
TIDAK PASTI samada sebutan Makraj Huruf BETUL atau SALAH.
- KELIRU membaca huruf-huruf bersambung.
- TIDAK PASTI perbezaan kadar PANJANG dan PENDEK Hukum Mad.
- TIDAK TAHU membezakan bunyi dan kadar dengung Izhar, Ikhfa’ dan Idgham.
- RAGU-RAGU cara yang betul untuk Waqf (berhenti) bila membaca ayat yang panjang.
- Bacaan Al-Quran TIDAK LANCAR.
- MENCURI NAFAS sewaktu membaca ayat Al-Quran.
.
Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan kesungguhan dari Guru dan Pelajar, akhirnya ramai yang berjaya dibantu menguasai teknik dan cara bacaan yang betul.
.
Antara kelebihan belajar di sini:
- KAEDAH YANG CEPAT dan anti-lupa.
- Jadual yang tidak mengganggu jadual kerja.
- Pelajar dalam KUMPULAN YANG KECIL.
- Suasana belajar yang SELESA DAN BERSIH.
- Guru yang BERTAULIAH dan BERPENGALAMAN.
- KUMPULAN SOKONGAN 24/7, sepanjang tempoh pengajian.
- Akses ke KELAS QURAN ONLINE SEPANJANG HAYAT.
…………………………………………..

Untuk melihat testimony pelajar kami, klik link di bawah.
http://bit.ly/testimoniFLC
.
Jika anda rasa kelas ini sesuai untuk anda, jangan berlengah lagi.
.
Daftar sekarang untuk mendapatkan 3 BONUS ISTIMEWA di bawah secara Percuma:
1. Akses SEPANJANG HAYAT ke Kelas Quran Online.
2. E-book Nota Ringkasan Tajwid.
3. PENGECUALIAN yuran 2 buah buku pengajian.

DAFTAR SEKARANG dengan klik link di bawah untuk belajar Al-Quran bersama kami di FATEHAH LEARNING CENTRE, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.
.
…………………………………………..
.
Jika anda berjauhan dari Wangsa Maju atau jadual kerja anda TIDAK MENENTU dan tidak dapat hadiri kelas BERSEMUKA, boleh ikuti KELAS QURAN ONLINE dengan layari,
www.cepatquran.com
www.cepatquran.com
www.cepatquran.com
………………………………………….
Mohon kongsikan dengan rakan-rakan. Terima Kasih.
.
SERONOKNYA CINTA AL-QURAN”.
.




Monday, 17 September 2018

KELAS QURAN OKTOBER 2018 DIBUKA

ISTIMEWA Bagi yang Nak Mahir Membaca Al-Quran
.
.
Pengambilan Oktober 2018 akan bermula 8 Oktober (SIANG) dan 10 Oktober (MALAM). Masing-masing  pada jam 9.00 pagi dan 8.30 malam di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
.
Jika ANDA ada MASALAH di bawah, Kelas ini sesuai untuk anda.
.
.
1. Keliru mana satu nak dibaca panjang (mad) dan yang mana satu nak di baca pendek.
.
2. Tak pasti yang mana perlu dengung (ghunnah) dan dimana hanya perlu jelas sahaja (Izhar).
.
3. Nafas tak cukup bila baca ayat Al-Quran yang panjang.
.
4. Tak yakin pada sebutan huruf dan bacaan Al-Quran.
.
5. Malu nak baca depan orang kerana takut salah.
.
6. Tak tahu nak baca huruf yang bersambung-sambung.
.
7. Kurang pengetahuan dalam ilmu tajwid.
.
8. Bacaan Al-Quran tak lancar.

.
.
Sebarang soalan boleh hubungi:
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797

Fatehah Learning Centre 
Wangsa Maju Kuala Lumpur.
.
Jika tidak keberatan mohon kongsikan dengan rakan taulan yang berminat untuk perbaiki bacaan Al-Quran mereka 
.
Terima kasih
.
Seronoknya Cinta Al-Quran
.
#Fatehah
#CepatQuran


Sunday, 2 September 2018

WAJAH-WAJAH PENCINTA AL-QURAN

WAJAH-WAJAH PENCINTA AL-QURAN
.
.
Pelajar Al-Quran di Fatehah Learning Centre yang datang dari pelbagai latar belakang.
.
.
Ingin sertai mereka dalam perjalan mendekatkan diri kepada Allah melalui pengajian Al-Quran? 
.
.
4 September ini (ESOK) akan ada satu sesi pengambilan baru. 
.
Hubungi 01116217797 - En. Farhan untuk keterangan lanjut.
.
.
#Fatehah
#CepatQuran