Showing posts with label Quran Online. Show all posts
Showing posts with label Quran Online. Show all posts

Sunday, 15 March 2020

Jadikan Pandemik #COVID-19 sebagai Peringatan untuk kita kembali kepada Allah.

Jadikan Pandemik #COVID-19 sebagai Peringatan untuk kita kembali kepada Allah.
.
.
Disebalik virus COVID-19 yang sedang tular seluruh Dunia dan perubatan moden belum menjumpai vaksin tepat untuknya, Sebagai umat Islam jangan sesekali kita lupa kepada Allah, Tuhan yang Berkuasa memberikan Kesembuhan dan Kemudharatan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.
.
.
Tanpa izin Allah, tak da apa berlaku di atas Bumi ni. Jadi, mohonlah perlindungan dengan namaNya.
.
Meskipun pergerakan kita yang terbatas sepanjang Pandemik COVID-19 ini, tapi kami ada penyelesaian bagi Sahabat Pencinta Al-Quran yang boleh mengaji Al-Quran terus dari Rumah.
.
Jom sama-sama kita belajar mengaji Al-Quran dari Asas hingga Mahir Tajwid dengan menggunakan kaedah yang Cepat dan Mudah.
.
Kami akan poskan kepada Anda sebuah Buku Asas, Buku Tajwid, serta dapatkan rakaman kedua-dua buku tersebut, juga Rakaman 30 juz Al-Quran dan banyak lagi Keistimewaan sebagai Ahli Cepat Quran.
.
Jangan bimbang, tiada yuran bulanan atau tahunan, Yuran keahlian hanya dikenakan sekali seumur hidup. Dan anda dapat belajar mengaji Al-Quran dari Asas, hingga akhir hayat. In sya Allah.
.
KLIK link dibawah untuk ketahui lanjut dan Mendaftar.
.
http://cepatquran.wasap.my
.
.
Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah melindungi kita semua dari segala bahaya. Aamiin.
.

.

Wednesday, 24 October 2018

APLIKASI CEPAT QURAN DALAM PEMBIKINAN. NANTIKAN!!!

MENYAMBUNG PERJUANGAN YANG MASIH BERBAKI.
.
.
Hari ni sambung kerja pembikinan Apps Cepat Quran yang masih belum siap, excited bercampur nervous menanti kelahiran terbaru ni. :-)
.
.
“Perjalanan masih jauh”
.
.
#Fatehah
#CepatQuran
.




Tuesday, 6 March 2018

Kelas Quran: Makhraj Al-Lisan / Lidah


[INFO TAJWID]
.
Makhraj Al-Lisan / Lidah ( الْلِّسَان )
.
Terdapat 18 huruf yg keluar dari makhraj Lisan atau Lidah ini ( ق ك ي ش ج ض ل ن ر ت د ط ث ذ ظ ص ز س )
.

Makhraj Lidah ini pula terbahagi kepada 10 bahagian:
.
1) Pangkal Lidah dekat kerongkong menyentuh bahagian ‘anak tekak’ : ( ق )
.
2) Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang : ( ك )
.
3) Tengah Lidah ditekan ke lelangit atas : ( ش ج ي ) 
.
4) Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas (bahagian dalam) : ( ض )
.
5) Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (bahagian dalam) : ( ل )
.
6) Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf Lam : ( ن )
.
7) Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan sehingga terlihat lidah bahagian belakang : ( ر )
.
8) Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah : ( ص ز س )
.
9) Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas : 
( ت ط د )
.
10) Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas : ( ذ ث ظ )
_______________
Ingin ketahui ilmu-ilmu tajwid yang lain dengan teknik yang mudah dan berkesan, bolehlah ikuti pengajian Kelas Asas Al-Quran bertempat di Fatehah Learning Centre, Wangsa Maju.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre,
.
sila klik link di bawah 📲
.
www.wasap.my/601116217797
.
& taip - kelas Quran & nama penuh anda 📲
.
.
.
#Fatehah
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang