Thursday 28 December 2017

Kelas Al-Quran Online PERCUMA...Untung ke? Sedikit Perkongsian...

Jangan ‘had’kan pandangan kita
.
Ada yang bertanya kepada saya
Kenapa Kelas Quran Online diberikan percuma dan tiada bayaran khusus, di mana datang untungnya?” 
.
Jawapan saya sangat ringkas
.
Jangan ‘had’kan perhitungan untung rugi hanya sekadar kehidupan di dunia, pandanglah pada kehidupan di akhirat”. 
.
Bukankah Nabi pernah berpesan kepada kita 
.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
.
Untuk mendaftar ke Kelas Quran Online sila layari www.cepatquran.com
.
Selamat belajar 
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang


Tuesday 19 December 2017

Kelas Al-Quran yang Sempoi dan Rileks...

Rilek Sungguh Belajar Mengaji. Sempoi Habisss..
.
"Ustaz, takde exam ke? 🤔"
.
"Nak ke? 😏"
.
"Ehh, tanye jee. Okey je mana-mana. 😬"
.
"Takde pun. Kita takde exam. Kita belajar macam biasa je. Datang kelas, belajar bagi betul-betul faham, dan balik buat ulangkaji serta latihan kat rumah. 😉"
.
"So, kat sini memang takde exam langsung lah ustaz? 😁"
.
"Ye, takde pun.. Bukan ke exam ni buat kita jadi stress??
Nak kena paksa otak ingat satu-satu yang dah belajar. Nak cover semua tajuk. Lepas tu nak kena muntahkan semua dalam exam pulak. Kadang-kadang tu apa yang kita study tak masuk exam. Ada jugak yang tetiba tak ingat bila nak jawab soalan. Yang ni memang betul-betul stress."
.
"Betul tu ustaz. Rasanya lagi stress dari nak siapkan kerja lepas office hour. 😂🤣"
.
"Hmmm agaklahh kannn...
Haaaa sebab tu jugak kita letak tagline FLC ni, "Kelas Mengaji Senang Dan Tenang". Belajar mengaji santai je. Tak payah nak stress. Kalau tak faham terus tanya ustaz dalam kelas. Kalau ade persoalan kat rumah, tanya je dalam group Whatsapp."
.
"A'ahh ye lahh. Ade satu lagi tu kalau tak silap, 'Seronoknya Cinta Al-Quran', Betul kan ustaz?."
.
"Ye betul.. Bila dah rasa rilek, tenang belajar mengaji tu, barulah timbulnya rasa suka, rasa seronok belajar al-Quran ni. Lama-lama nanti akan hadirlah rasa cinta kepada al-Quran dalam diri kita."
.
_______________
❤️ Ayuh bersama-sama kami semarakkan rasa Cinta Kepada Al-Quran ❤️
.
DAFTAR SEKARANG untuk dapatkan bonus tambahan bernilai RM590 secara PERCUMA :
.
1. Kelas Quran Online
2. eQuran Mushaf Rasm Uthmani
3. ebook Ringkasan Nota Tajwid lengkap
.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di sini, sila KLIK link di bawah 📲
& taip - KELAS QURAN & NAMA PENUH 📲
.
Akhirnya, doakan semua kita sentiasa didalam redhaNya dan menjadi penghuni syurga di Akhirat nanti. …..Aamin ya Rab..
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Thursday 14 December 2017

Ilmu dan Syurga

Kita semua menjadi saksi bahawa apa yang Rasulullah s.a.w. katakan makin hari makin benar.
.

Nabi kata, akhir zaman nanti manusia jadi huru-hara, ilmu semakin berkurang dan menghilang.
.

Allah tarik ilmu bukan dengan cara menghapuskan Al-Quran, atau lupa ilmu.
.

Akan tetapi, Allah tarik ilmu sikit demi sedikit dengan mematikan ulama'.
.

Jadi, selagi berkesempatan, pergilah mengembara ke merata tempat untuk menuntut ilmu.
.

Pasangkan niat untuk penuhkan ilmu di dada.
.

Kerana ilmu, seseorang itu diangkat menjadi mulia di kalangan masyarakat.

.
.

#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang



Cara Penggunaan Kelas Quran Online

Tonton video Cara Penggunaan Kelas Quran Online.
.
Akan dibuka kepada umum 2018 nanti, InsyaAllah
.
Semoga bermanfaat dan diterima Allah sebagai amalan hasanah dan solehah
.
www.cepatquran.com
.
#KelasQuranOnline
#FatehahLearningCentre


Monday 11 December 2017

Pendaftaran kelas Pengajian Asas Al-Quran Januari 2018 kini dibuka

Dah lama berazam nak belajar mengaji Al-Quran? 
.
.
Kelas Al-Quran kaedah Al-Barqy anjuran Fatehah Learning Centre (FLC) terbukti MUDAH untuk belajar mengaji Al-Quran dari asas permulaan mengenal huruf sehingga LANCAR dan MAHIR dalam ilmu tajwid. SISTEM TERSUSUN diharap membentuk keupayaan secara bertahap hingga mahir dalam membaca Al-Quran, disediakan khusus bagi membantu individu berkerjaya dan sibuk di siang hari. 
.
Berlainan dari kelas lain, kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre menggunakan kaedah KUNCI KATA bersifat CEGAH LUPA, mudah difahami dan diikuti khususnya disaat pelajar terlupa sebutan huruf. Selain itu kaedah ini selari dengan pengajaran bahasa Arab dimana setiap huruf TERUS DIBERIKAN BARIS melalui struktur kata dan kalimat.
.
.
HADAPI SALAH SATU CABARAN DI BAWAH????👇
.
✘ Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji. Last2 tugasan kerja semakin bertambah, tahap membaca Quran masih sama.
.
✘ Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu. Lagi banyak baca, lagi banyak salah. akhirnya takut salah, langsung tak dibaca.
.
✘ Tengok orang lain baca Al-Quran lancar jer, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut. 
.
✘ Suka tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri sendiri hanya mampu melihat, tapi sampai bila?
.
✘ Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu, tapi tak mampu. harap nanti setelah kita meninggal, adalah pahala disedekahkan zuriat keturunan kita melalui pembacaan Al-Quran.
.
.
JANGAN risau dulu… FATEHAH LEARNING CENTRE sedia MEMBANTU 😄
.
 Kaedah baru ini menggunakan pendekatan KUNCI KATA, mudah difahami dan diikuti, rangkumam kunci kata ini telah bankyak membantu pelajar kami.
.
✔KKaedd Kaedah ini bersifat CEGAH-LUPA, sekiranya pelajar susah mengingati huruf, KUNCI KATA menjadi tempat rujukan huruf. Sangat sesuai untuk belajar DARI ASAS HINGGA MAHIR tajwid.
.
 Jadual kelas tak mengganggu waktu kerja. jadual kelas Al-Quran di FLC disusun khusus bagi individu berkerja disiang hari dan nak lapangkan masa hujung minggu dengan family. jadi KELAS WAKTU MALAM penyelesaiannya.
.
 Jom ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan. Sekiranya di Dunia lagi bersama-sama memupuk Cinta TUHAN dan Cinta Al-Quran. diharap bersama-sama di syurga nanti, insyaAllah.
.
 Mengaji tiada exam dan tekanan.
.
paling best, semua pelajar diberikan KELAS QURAN ONLINE sebagai tempat rujukan dan latihan dirumah.
.
Di Fatehah Learning Centre kami percaya bahawa syurga dapat dicapai melalui Seronoknya mempelajari & mengamalkan Al-Quran
.
Oleh itu untuk menimbulkan rasa Cinta membaca Al-Quran, kami menggunakan kaedah mudah dan cepat. Di samping pendekatan senang & suasana tenang, Kami juga memberi rakaman-rakaman video untuk membantu pelajar.
.
Izinkan kami bersama-sama dalam perjalanan murni menuju dan menggapai SYURGA ini.
.
Dengan ini, Kami menjemput orang ramai di luar sana bersama-sama mendapatkan rasa SERONOKNYA CINTA AL-QURAN di Fatehah Learning Centre, Kelas mengaji senang & tenang
.
DAFTAR SEKARANG untuk dapatkan bonus tambahan bernilai RM590 secara PERCUMA :
1. Kelas Quran Online
2. eQuran Mushaf Rasm Uthmani
3. ebook Ringkasan Nota Tajwid lengkap

.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre, sila KLIK link di bawah 📲
& taip - KELAS QURAN & NAMA PENUH 📲
.
Akhirnya, doakan semua kita sentiasa didalam redhaNya dan menjadi penghuni syurga di Akhirat nanti. …..Aamin ya Rab..
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Monday 4 December 2017

Cetusan Idea Kelas Quran Online - Kaedah Al-Barqy

Tercetusnya idea kelas Quran Online- Kaedah Al-Barqy
.
Semenjak awal penubuhan pusat pengajian Al-Quran Fatehah Learning Centre di wangsamaju Kuala Lumpur banyak maklum balas dari pelajar dan orang ramai yang akhirnya membuatkan kami terpanggil untuk membuatkan rakaman video pengajian Al-Quran. 
.
Antara sebab utama adalah untuk dijadikan sebagai tempat rujukan pelajar kami dan menggalakkan mereka untuk membuat latihan ulangan di rumah.
.
Selain itu, kami juga banyak menerima permintaan untuk belajar mengaji dari mereka yang berminat, tetapi tinggal berjauhan dari Wangsamaju, ada yang dari Selangor, Johor, kedah dan banyak lagi lokasi termasuk Sabah dan Sarawak, jarak yang jauh memustahilkan mereka menyertai dan menghadiri kelas secara bersemuka.
.
Disamping itu, ada juga permohonan dan minat untuk belajar dari mereka yang berkerja ‘shift’, seperti nurse, pemandu lori, polis dan ramai lagi yang mempunyai jadual kerja yang bertukar-tukar dan tak menentu. Ini membuatkan mereka tidak dapat memberi komitmen dengan jadual kelas yang ditetapkan oleh FLC di Wangsa Maju.
.
Tidak kurang juga minat untuk belajar dari rakyat Malaysia yang belajar atau berkerja di luar negara. 
.
Idea asal adalah untuk dibuat dalam bentuk CD, tetapi setelah difikirkan jalan dan cara yang terbaik dan mudah untuk semua hasrat itu bertukar. Ini kerana jika pelajar diberikan CD, sudah tentu mereka perlukan CD player, desktop atau laptop, menyedari bahawa bukan semua orang mempunyai CD player, dan jika menggunakan desktop atau laptop pun lokasi penggunaannya akan terbatas. Ditambah lagi dengan sifat CD yang tidak tahan lama dan mungkin akan rosak jika banyak kali digunakan membuatkan idea ‘CD’ dibatalkan. 
.
Setelah difikir dan dibincangkan demi memberi kemudahan dan menfaat kepada lebih ramai “Pencinta Al-Quran” diluar sana, maka lahirlah Kelas Quran Online sebagai penyelesai masalah. 
.
Kini hanya dengan smart phone, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja anda dapat belajar mengaji Al-Quran.
.
Buat masa ini www.cepatquran.com masih dalam pembikinan, doakan semoga cepat siap dan dibuka untuk umum tidak lama lagi.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang