Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Sunday, 27 December 2020

PROMOSI AKHIR TAHUN CEPAT QURAN 2020


🛑Asalamualaikum Sahabat Pencinta Al-Quran. Di atas Sambutan yang Mengalakkan & Pemintaan Mereka yg belum jadi Ahli CepatQuran, PROMOSI Ahli CepatQuran Diadakan Sekali Lagi dari 25 DIS 2020 sehingga 7 JAN 2021 Sahaja. JIMAT RM115 dan Bayar (RM250) SEKALI saja utk Seumur Hidup 😱.

CEPATQURAN sesuai bagi yang tinggal berjauhan dgn Tempat Pengajian, susah nak Travel Pergi belajar dan jadual kerja tak menentu boleh belajar guna Aplikasi Cepat Quran utk anda buat latihan dan belajar AlQuran dari Asas Hingga Mahir Tajwid di mana-mana & bila-bila masa anda suka! Anda pilih waktu dan tempat anda!

Bestkan ?

Apa tunggu lagi? Jangan Tunggu sehingga Promosi Tamat....Jom Jadi Ahli CepatQuran dengan layari www.cepatquran.com atau WhatsApp kami utk mendaftar di https://www.wasap.my/+601116217797

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pengajian Al-Quran, Anda boleh bertanya di link WhatsApp di atas.

Terima kasih 😄

Layari FB page kami Fatehah atau Instagram page: @cepatquran untuk maklumat lanjut.⠀

Tuesday, 19 May 2020

TERAPI HATI PALING BERKESAN ADALAH ISTIGHFAR

“Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”. Hadis Rasulullah SAW Riwayat Abu Daud (1518)⁣

Sekarang ni sangat Mudah belajar Asas Tajwid Al-Quran di mana saja Anda berada dan pada Bila-bila masa yang anda suka. Guna Handphone saja dan Anda tentukan sendiri tempat dan bila anda mahu belajar. 

Layari www.cepatquran.com untuk info lanjut atau Telefon/WhatsApp kami di no 011-1621 7797. Boleh juga pergi ke Facebook page kami: Fatehah & Instagram Page: @fatehahlearningcentre untuk info lanjut. ⁣⁣⁣⁣

LAGI Berita gembira buat mereka yang tinggal berdekatan dengan Centre kami iaitu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Satu Kelas Al Quran peringkat Asas & Tajwid akan diberikan secara PERCUMA selama Sebulan Mulai Intake Julai 2020 ini. Pendaftaran adalah terhad. Sila Whatsapp nama & detail anda ke nombor di bawah jika berminat.⁣

Download Percuma sekarang Aplikasi Cepat Quran di Google play & Apps Store bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan tempat pengajian dan jadual kerja tak menentu.⁣

http://www.wasap.my/+601116217797 (En. Farhan)⁣⁣
http://www.wasap.my/+601116217797 (En. Farhan)⁣⁣
http://www.wasap.my/+601116217797 (En. Farhan)⁣⁣


"Seronoknya Cinta Al-Quran"⁣⁣
⁣⁣
Seluruh warga FLC mendoakan anda dan keluarga sentiasa dalam 
Rahmat dan Lindungan Allah...🤲


Friday, 16 August 2019

NAK TAHU #RAHSIA DAPAT PAHALA KHATAM #QURAN SETIAP HARI?

Mungkin ada yang terfikir, 
.
.
"Betul ke boleh khatam Quran setiap hari?" 🤔
.
.
Bertenang 😁
.
.
Sama-sama kita renung & amalkan perkongsian hadis di bawah.
.
.
Lepas ni jangan biarkan hari-hari kita berlalu tanpa amalkan pesanan Nabi di bawah
.
.
Inilah RAHSIA kelebihan surah Al-Ikhlas
.
.
Keterangan tentang surat Al-Ikhlas yang nilainya sepertiga Al-Quran bersumber dari hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. 
.
.
Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu menceritakan,
.
.
Di suatu malam, ada seorang sahabat yang mendengar temannya membaca surat al-Ikhlas dan diulang-ulang. 
.
.
Pagi harinya, sahabat ini melaporkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dengan nada sedikit meremehkan amalnya. 
.
.
Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, surat al-Ikhlas itu sama nilai dengan sepertiga al-Quran.”
.
.
(HR. Bukhari dan Ahmad).
.
.
Dalam hadis lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya kepada para sahabat,
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِى لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?
.
.
Mereka bertanya, "Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran?"
.
.
Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan,
(قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) يَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.” 
.
.
(HR. Muslim 1922).
.
.
Jadi sekarang kalau nak dapat pahala sekali khatam Al-Quran, bacalah surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 3 kali sehari
.
.
Mudah, kan?
.
.
Jangan angguk je tau... 😄
.
.
Jom amalkan & kongsikan dengan ahli keluarga & rakan-rakan, semoga semua dapat pahala khatam Al-Quran setiap hari. InsyaaAllah. Aamiin. 😊
.
.
.
#Fatehah
#CepatQuran
#Surah
#AlIkhlas
#KhatamQuran


Thursday, 11 July 2019

KENAPA PERLU BACA AL-QURAN WALAUPUN TIDAK FAHAM MAKNA.

Ini ada satu kisah yang sangat menarik. Moga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
.
.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk itu akan bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh atuknya.
.
.
Pada suatu hari cucunya bertanya, 
"Atuk! Saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa yang bagusnya bila kita membaca Al-Quran?".
.
.
Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, 
.
.
"Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air".
.
.
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. 
.
.
"Kamu hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang" dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.
.
.
Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana boleh untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.
.
.
Orang tua itu berkata, 
.
.
"Saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Kamu tak cukup kuat mencubanya" dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
.
.
Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
.
.
Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. 
.
.
Meletihkan, katanya, 
.
.
"Tengok Atuk, tak guna!" 
.
.
Orang tua itu berkata, 
.
.
"Jadi anda fikir ianya tidak berguna? Tengok guni itu".
.
.
Budak lelaki itu melihat guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah BERUBAH!!!!!
.
.
Telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
.
.
"Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Kamu mungkin tak faham atau pun ingat ke semuanya, tetapi apabila kamu membacanya, kamu akan berubah dengan sendirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita." 
.
.
Sumber: https://mediapeci.blogspot.com/…/alasan-kenapa-kita-perlu-b…
.
.
Jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, jangan bertangguh lagi, muat turun secara percuma sekarang Aplikasi CEPAT QURAN di App Store dan Google Play.
.
.
Feel free to share artikel ini, semoga ianya memberi inspirasi kepada ramai lagi, dan menjadi usaha dakwah kita semua. Aamiin. 
.
.

Monday, 8 July 2019

SEORANG PEGUAM WANITA GERMAN MEMELUK ISLAM HANYA DENGAN SEKALI MEMBACA AL-QURAN.

Kisah ini berlaku dalam hidup seorang wanita di Frankfurt German, bernama Isabelle Wachter yang memeluk agama Islam pada tahun 2006. Menceritakan kisahnya yang pertama kali mengucapkan syahadah pada usia 24 tahun, yang sebelum itu merupakan seorang penganut agama Kristian Katolik. 
.
Pada mulanya, beliau menerima tentangan hebat dari kedua ibu bapanya sendiri, mereka sangat sedih dan merasakan kemasukkannya kedalam Islam sebagai satu keputusan yang salah. Ibunya menangis kerana sedih dan bapanya sangat kecewa dengan keputusannya memeluk Islam. Ini ditambah lagi dengan latar belakang mereka yang merupakan penganut tegar agama Kristian.
.
Pada mulanya, dia memutuskan untuk tidak memberitahu sesiapapun tentang keputusan besar yang telah diambil, dan ingin mempelajari dan membiasakan diri dengan perubahan ini dahulu.
.
Pencarian mengenai agama berlaku Beberapa bulan sebelum mengucapkan syahadah, hanya dengan sekali membaca terjemahan Al-Quran, Isabelle terus jatuh cinta dan memutuskan untuk memeluk Islam.
.
Dia merasakan sangat tersentuh dengan lenggok bahasa yang digunakan dalam Al-Quran, dan setelah membacanya, dia hampir pasti bahawa tidak mungkin Al-Quran ditulis oleh manusia. tambahnya lagi, setiap ilmu dan perkongsian yang terdapat didalam Al-Quran, mustahil datang dari mana-mana manusia.
.
Di sini timbullah perasaan kagum kepada “Penulis Kitab (Al-Quran), dia merasakan Al-Quran berbicara kepada setiap individu, dan secara peribadi merasakan setiap kali membaca Al-Quran, seakan-akan Allah sedang secara langsung berbicara dengannya.
.
Dia merasakan Al-Quran sangat mudah dibaca, difahami, dan dia sangat tersentuh dengan segala isi kandungan di dalamnya. Baginya walaupun perasaan ini merupakan satu perasaan yang sukar dinyatakan dengan kata-kata, tetapi sangat memberi kesan kepada jiwa. Di saat itu, dia hanya mampu menangis dan terus menangis tanpa henti.
.
Melanjutkan ceritanya setelah membaca Al-Quran, Dia merasakan ada satu perasaan yang belum pernah dialami sebelum ini. Tidak pernah terlintas sebelum ini di fikirannya ada sebuah Kitab seperti ini. Pada awalnya, dia menyangka yang Al-Quran tidak ada bezanya dari kitab Bible. Baginya Al-Quran merupakan sebuah Kitab yang sangat memberi inspirasi dan mengandungi kebenaran. Kesemua ini menambahkan lagi keyakinan bahawa mustahil Al-Quran datang dari akal manusia.
.
Setelah menjadi seorang Muslim, jemaah wanita dari sebuah masjid yang berdekatan dari rumahnya sangat memberi dukongan dan bantuan. Sekarang Isabelle telah berkahwin dengan seorang lelaki Algeria dan mempunyai 3 anak.
.
Setelah tidak lama selepas memeluk Islam, Issabell terus memakai hijab. Mengimbau kenangan sewaktu pertama kami memakainya, ramai kawan-kawanya terkejut dan bertanya apakah yang telah berlaku pada dirinya. Yang bagusnya, Isabell langsung tidak mempedulian apa jua tanggapan orang lain kepadanya, dan gembira menjalani kehidupan seharianya.
.
Menceritakan pengalamannya setelah memeluk Islam dan bertudung, usaha mendapatkan pekerjaan melalui kesukaran. Banyak permohonan dibuat ke pelbagai tempat, ini termasuk ke jawatan yang lebih rendah dari kelayakan akademiknya. Pada waktu itu, apa juga jenis pekerjaan sanggup diterimanya, asalkan pekerjaan dimana dia dapat menutup aurat. Malangnya, semua permohonan ditolak.
.
Pada mulanya, dia takut untuk bekerja sendiri, dan hanya mengharapkan pekerjaan dari majikan, mungkin waktu itu, Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk dirinya.
.
Sekarang dengan pekerjaan sebagai seorang peguam di firma sendiri, katanya dia kini bebas melakukan solat di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Melanjutkan ceritanya, Isabell mengingatkan bahawa sebagai seorang Muslim, kita mestilah menjadi contoh tauladan melalui perilaku akhlak yang baik.
.
Pada saat ini, hubungan dengan ibunya juga sudah baik, ibunya sering melawat mereka sekeluarga saban minggu.
.
Kini baginya, Islam itu adalah jalan hidup, setiap ayat Al-Quran tambahnya adalah penting dan indah, tetapi secara peribadi merasakan dekat dengan dua ayat Al-Quran paling disukainya;
.
Pertama dari Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud,
.
“Sesungguhnya hanya agama yang diterima disisi Allah, ialah Islam”,
.
dan ayat ke 56 dari Surah Az-Zariat, dimana Allah berfirman yang maksudnya,
.
“tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembahKu”.
.
Begitulah mengakhiri ceritanya.
.
Persoalanya di sini, bagaimana pula kita yang juga tidak memahami Al-Quran dan Bahasa Arab. Pernah tak sekurang-kurangnya sekali kita khatam membaca terjemahan Al-Quran? Semoga kisah Isabelle ini menginspirasi kita untuk lebih mengenali Allah melalui Al-Quran.
.
Diharap kisah yang ringkas ini, dapat memberi kesan yang positif ke dalam hidup setiap kita semua, dan jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, sila muat turun Aplikasi CEPAT QURAN secara percuma sekarang di App Store dan Google Play.
.
Feel free to ‘share’ kisah ini, semoga ianya memberi insipirasi pada pembacanya dan dakwah hasanah kepada penulis dan pengirimnya.
.
“Seronoknya Cinta Al-Quran”
.

Wednesday, 11 July 2018

MARI BELAJAR ASAS ALQURAN OGOS 2018



Nak mahir baca Al-Quran?
.
Jom sertai kami 
.
Kelas Al-Quran anjuran Fatehah Learning Centre (FLC) terbukti MUDAH untuk belajar mengaji Al-Quran dari Asas permulaan mengenal huruf sehingga LANCAR dan MAHIR dalam ilmu tajwid. 
.
SISTEM TERSUSUN
diharap membentuk keupayaan secara bertahap hingga mahir dalam membaca Al-Quran, disediakan khusus bagi membantu individu yang sibuk di siang hari. 
.
Berlainan dari kelas lain, kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre menggunakan kaedah
KUNCI KATA bersifat CEGAH LUPA, mudah difahami dan diikuti khususnya di saat pelajar terlupa sebutan huruf.
.
.
HADAPI SALAH SATU CABARAN DI BAWAH????👇
.
Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji. Last2 tugasan kerja semakin bertambah, tahap membaca Quran masih sama.
.
✘ Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu. Lagi banyak baca, lagi banyak salah. Akhirnya takut salah, langsung tak dibaca.
.
✘ Tengok orang lain baca Al-Quran lancar jer, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut. 
.
✘ Suka tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri sendiri hanya mampu melihat, tapi sampai bila?
.
✘ Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu, tapi tak mampu. Harap nanti setelah kita meninggal, adalah pahala disedekahkan zuriat keturunan kita melalui pembacaan Al-Quran.

.
.
JANGAN risau dulu… FATEHAH LEARNING CENTRE sedia MEMBANTU 😄
.
 Kaedah baru ini menggunakan pendekatan KUNCI KATA, mudah difahami dan diikuti, rangkuman kunci kata ini telah banyak membantu pelajar kami.
.
Kaedah ini bersifat CEGAH-LUPA, sekiranya pelajar susah mengingati huruf, KUNCI KATA menjadi tempat rujukan huruf. Sangat sesuai untuk belajar DARI ASAS HINGGA MAHIR tajwid.
.
 Jadual kelas tak mengganggu waktu kerja. Jadual kelas Al-Quran di FLC disusun khusus bagi individu berkerja di siang hari dan nak lapangkan masa hujung minggu dengan family. Jadi, KELAS WAKTU MALAM penyelesaiannya.
.
 Jom ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan. Sekiranya di dunia lagi bersama-sama memupuk Cinta TUHAN dan Cinta Al-Quran. Diharap bersama-sama di syurga nanti, InsyaAllah.
.
 Mengaji tiada exam dan tekanan. 
.
Paling best, semua pelajar diberikan KELAS QURAN ONLINE sebagai tempat rujukan dan latihan di Rumah secara Percuma.

.
.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang waktu dan perjalanan kelas di Fatehah Learning Centre, sila KLIK link di bawah 📲
& taip - KELAS QURAN & NAMA PENUH 📲
.
Untuk yang tidak sempat hadiri kelas bersemuka boleh ikuti Kelas Quran Online 
Layari: www.cepatquran.com
.
.
#Fatehah
#CepatQuran
.
.