Showing posts with label asas alquran. Show all posts
Showing posts with label asas alquran. Show all posts

Tuesday, 14 July 2020

TAK YAKIN BACA AL-QURAN BETUL KE SALAH???

TAK YAKIN BACA AL-QURAN BETUL KE SALAH???
.

.
PERCUMA SEBULAN YURAN PENGAJIAN

.
.
Lepas PKP ni, ramai yang terkesan dari segi kewangan, jadi Fatehah Learning Centre Wangsa Maju berbesar hati nak bagi kelas Percuma selama sebulan kepada Muslim dan Muslimat yang nak tingkatkan kualiti bacaan Al-Quran.
.
.
BONUS 1: Percuma Yuran Pendaftaran
.
BONUS 2: Percuma Sebulan Yuran Pengajian Kelas Al-Quran.

.
.
Jom bersama kami dapatkan keyakinan dengan cara yang Mudah.
.
KELAS PERTAMA dijadualkan bermula SEPTEMBER 2020
.
Yang bestnyer Anda pilih sendiri nak join Kelas waktu Siang ATAU Malam
.
Anda hanya bayar harga sebuah Buku Asas dan Buku Tajwid RM50.

..

Kaedah yang digunakan telah terbukti Cepat dan Mudah. Alhamdulillah kami telah membantu ramai pelajar kami menguasai bacaan Al-Quran dengan Tepat dan Lancar.

.
PENDAFTARAN TERHAD. Boleh ajak pasangan dan kawan-kawan

.
.

Tulis #NAKMENGAJI di ruangan komen untuk kami bantu anda mendaftar. Atau Whatsapp kami dengan menekan link di bawah http://www.wasap.my/+601116217797
.

Alamat : 


FATEHAH LERNING CENTRE 27/2 Jalan Wangsa Delima 2ASekyen 5 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur.

.
#SHARE dan #TAG kawan-kawan yang nak Belajar mengaji Al-Quran









Wednesday, 20 May 2020

ILMU TAJWID MAD LAZIM HARFI MUTHAQQAL

[ILMU TAJWID]
.
.
MAD LAZIM HARFI MUTHAQQAL
.
.
Mad bermaksud panjang.
.
Lazim merujuk kepada hukum pemanjangannya dengan satu keadaan sahaja, iaitu 6 harakat.
.
Harfi bermaksud satu huruf.
.
Muthaqqal pula bermaksud berat, dan membawa maksud sesuatu diidghamkan.
.
Apabila terdapat Huruf (ل) atau (س) bertemu dengan huruf (م), ia dinamakan Mad Lazim Harfi Muthaqqal.
.
Cara bacaan mesti dipanjangkan 6 harakat, kemudian diidghamkan huruf pertama kepada huruf kedua serta didengungkan dengan kadar 2 harakat.
.
.
Dipersilakan untuk 'share'. Moga bermanfaat buat semua. 
.
.
Sekarang ini sangat Mudah belajar Asas Tajwid Al-Quran di mana saja Anda berada dan pada Bila-bila masa yang anda suka. Hanya guna Handphone saja dan Anda tentukan sendiri tempat dan bila anda mahu belajar.

Layari www.cepatquran.com untuk info lanjut atau Telefon/WhatsApp kami di no 011-1621 7797. Boleh juga pergi ke Facebook page kami: Fatehah & Instagram Page: @fatehahlearningcentre untuk info lanjut.

LAGI Berita gembira buat mereka yang tinggal berdekatan dengan Centre kami iaitu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Satu Kelas Al Quran peringkat Asas & Tajwid akan diberikan secara PERCUMA selama Sebulan Mulai Intake Julai 2020 ini. Pendaftaran adalah terhad. Sila Whatsapp nama & detail anda ke nombor di bawah jika berminat.


Download Percuma sekarang Aplikasi Cepat Quran di Google play & Apps Store bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan tempat pengajian dan jadual kerja tak menentu.

"Seronoknya Cinta Al-Quran"

Seluruh warga FLC mendoakan anda dan keluarga sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan Allah...🤲


Sunday, 15 March 2020

Jadikan Pandemik #COVID-19 sebagai Peringatan untuk kita kembali kepada Allah.

Jadikan Pandemik #COVID-19 sebagai Peringatan untuk kita kembali kepada Allah.
.
.
Disebalik virus COVID-19 yang sedang tular seluruh Dunia dan perubatan moden belum menjumpai vaksin tepat untuknya, Sebagai umat Islam jangan sesekali kita lupa kepada Allah, Tuhan yang Berkuasa memberikan Kesembuhan dan Kemudharatan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.
.
.
Tanpa izin Allah, tak da apa berlaku di atas Bumi ni. Jadi, mohonlah perlindungan dengan namaNya.
.
Meskipun pergerakan kita yang terbatas sepanjang Pandemik COVID-19 ini, tapi kami ada penyelesaian bagi Sahabat Pencinta Al-Quran yang boleh mengaji Al-Quran terus dari Rumah.
.
Jom sama-sama kita belajar mengaji Al-Quran dari Asas hingga Mahir Tajwid dengan menggunakan kaedah yang Cepat dan Mudah.
.
Kami akan poskan kepada Anda sebuah Buku Asas, Buku Tajwid, serta dapatkan rakaman kedua-dua buku tersebut, juga Rakaman 30 juz Al-Quran dan banyak lagi Keistimewaan sebagai Ahli Cepat Quran.
.
Jangan bimbang, tiada yuran bulanan atau tahunan, Yuran keahlian hanya dikenakan sekali seumur hidup. Dan anda dapat belajar mengaji Al-Quran dari Asas, hingga akhir hayat. In sya Allah.
.
KLIK link dibawah untuk ketahui lanjut dan Mendaftar.
.
http://cepatquran.wasap.my
.
.
Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah melindungi kita semua dari segala bahaya. Aamiin.
.

.

Wednesday, 29 January 2020

KELAS AL-QURAN DEWASA INTAKE FEBRUARI 2020 - Belajar dari Asas

KELAS AL-QURAN DEWASA INTAKE FEBRUARI 2020 - Belajar dari Asas
.
.
Jika anda menghadapi masalah di bawah, kelas ini sangat sesuai untuk anda;
.
ANDA masih KELIRU mana perlu dibaca PANJANG dan di baca PENDEK?

❌Tak ingat hukum Tajwid.

TIDAK YAKIN pada sebutan huruf dan bacaan Al-Quran.

❌Bacaan Al-Quran TAK LANCAR.

❌atau anda perlu bimbingan memperbetulkan bacaan Al-Quran
.
JANGAN risau dulu...
.
.
Pendaftaran Kelas Asas Al-Quran kini dibuka bagi Sesi Februari 2020. Jadikan azam tahun ini untuk kita boleh membaca Al-Quran. InshaaAllah. Aamiin 🤲
.
KEISTIMEWAAN Kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre
.
✅Menggunakan Kaedah AL-BARQY dengan KUNCI KATA yang mudah bagi semua lapisan umur.

✅Jadual kelas yang bersesuaian dengan jadual harian/kerja ANDA.

✅Guru pembimbing yang bersanad, bertauliah dan berpengalaman.

✅Suasa kelas yang SELESA dan berhawa dingin.

✅DAN yang paling BEST, semua pelajar diberikan akses ke Aplikasi dan Facebook CEPAT QURAN secara PERCUMA sepanjang hayat, sebagai tempat rujukan dan latihan.
.
.
Bagi yang berminat untuk sertai Kelas Al-Quran Asas Sesi Februari 2020 di Fatehah Learning Centre Wangsa Maju Seksyen 5 Kuala Lumpur, boleh klik link di bawah 👇
.
.
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
.
Semua yang Terkait dengan Al-Quran akan Menjadi Mulia https://youtu.be/gnyg4VsJXgk


Tuesday, 26 November 2019

ISTIMEWA BELAJAR AL-QURAN DARI ASAS, KAEDAH MUDAH DAN CEPAT

#ISTIMEWA BUAT YANG INGIN BELAJAR AL-QURAN DARI ASAS, KAEDAH PENGAJIAN MUDAH DAN CEPAT.
.
.
Pendaftaran untuk pengambilan bulan DISEMBER KINI DIBUKA. Kelas pertama akan bermula 9 DISEMBER 2019 jam 8.30 - 10.30 malam.
.
.
Jika ANDA ada MASALAH di bawah, kelas ini sesuai untuk anda.
.
.
1. KELIRU mana satu nak dibaca PANJANG (mad) dan yang mana satu nak di baca PENDEK.
.
2. TAK PASTI yang mana perlu DENGUNG (ghunnah) dan di mana hanya perlu JELAS sahaja (Izhar).
.
3. NAFAS TAK CUKUP bila baca ayat Al-Quran yang panjang.
.
4. TAK YAKIN pada sebutan huruf dan bacaan Al-Quran.
.
5. MALU nak baca depan orang kerana TAKUT SALAH.
.
6. Tak tahu nak baca huruf yang bersambung-sambung.
.
7. KURANG pengetahuan dalam ilmu tajwid.
.
8. Bacaan Al-Quran TAK LANCAR.
.
.
JANGAN risau dulu..... kami sedia MEMBANTU 😄
.
✔ Kaedah baru ini menggunakan pendekatan KUNCI KATA, mudah difahami dan diikuti.
.
✔Kaedah ini bersifat CEGAH-LUPA, sekiranya pelajar susah mengingati huruf, KUNCI KATA menjadi tempat rujukan huruf.
.
✔ Jadual kelas yang bersesuaian dengan ANDA.
.
✔ Mengaji tiada exam dan tekanan.
.
✔Paling best, semua pelajar diberikan akses secara percuma ke Aplikasi CEPAT QURAN sebagai tempat rujukan dan latihan di rumah secara PERCUMA.
.
.
Sekiranya anda mendaftar ke Pusat Pengajian Al-Quran Fatehah Learning Centre sebelum 6 Disember ini, kami berikan satu TAWARAN YANG SANGAT ISTIMEWA!!!.
.
.
Daftar dan buat pembayaran sekarang, hanya RM199 sahaja.
.
.
HARGA ASAL ADALAH SEPERTI BERIKUT:
RM 50.00 - 2 buah buku Asas dan Tajwid
RM 100.00 - Yuran Pendaftaran
RM 150.00 - Yuran Pengajian 1 bulan
RM 150.00 - Akses Penuh sepanjang hayat ke Aplikasi Cepat Quran
.
.
Nilai Total yang anda akan dapat ialah RM450, jadi penjimatan sebanyak RM251 jika anda buat pendaftaran dan pembayaran hari ini.
.
.
PROMOSI HARGA TAWARAN RM199 INI SAH SEHINGGA 6 DISEMBER 2019
.
.
LOKASI:
Fatehah Learning Centre,
27-2 Jalan Wangsa Delima 2A
Seksyen 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
.
.
.
Sebarang soalan berkaitan pengambilan kelas DISEMBER, boleh hubungi:
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797

En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797

.
.
Jika anda berjauhan dari Wangsa Maju atau jadual kerja anda TIDAK MENENTU, boleh ikuti kami melalui aplikasi CEPAT QURAN di Google Play dan Apple Store.
.
.
.
“Seronoknya Cinta Al-Quran”.
.
.
#Fatehah
#CepatQuran
#KelasQuranWangsaMaju





Tuesday, 2 July 2019

“Akhirnya, Aku Terpaksa Memohon Penceraian, Kerana Dia Tetap Tidak Mahu…….”

BACAAN AL-QURAN YANG MENGUBAH HIDUPKU
Kisah ini bermula bila mana pada suatu hari, bacaan Al-Quran bukan lagi satu suara yang janggal bagi ku. Tiba-tiba hatiku terpanggil ke arah alunannya, perasaan ingin mendengar aku bertambah, lagi dan lagi. Akhirnya aku membuat keputusan membeli CD supaya dapat didengar bila-bila masa saja.
Pada waktu itu aku belum lagi memeluk Islam.
MENDENGAR ALUNAN AL-QURAN
Waktu itu dalam bulan Ramadhan, setiap malam aku dapat mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca dalam solat terawih. Semenjak 10 tahun yang lalu, aku telah tinggal berhampiran dengan sebuah masjid. Tetapi bunyi yang datang dari arah masjid tidak pernah aku hiraukan. aku bekerja di sebuah Univeristy Katolik Kristian, suami ku juga bukan seorang Muslim, dan kami tinggal di Negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.
Walaupun bulan Ramadhan telah berlalu, aku masih berterusan mendengar Al-Quran. Entah kenapa, alunannya memberi aku ketenangan jiwa. Setiap kali ada masa lapang, aku pasti mendengarnya. Aku langsung tidak memahami apa yang dibacakan, tetapi sebutan-sebutan hurufnya menenangkan hatiku.  Aku merasa aman. Selepas seharian penat bekerja, inilah aktiviti yang pasti aku lakukan.
SENDIRIAN BERSAMA ALLAH
Saat itu waktu malam yang sunyi, perasaanku bertambah kuat untuk mendengar keindahan alunan Al-Quran, dan ianya tidak dapat dibendung lagi. Terasa seperti aku ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang membaca dan mendengar Al-Quran.Aku ingin merasai “perhubungan” dengan Dia, Pemilik “susunan kata-kata” yang telah sekian lama aku dengar. Aku ingin merasa tenang dalam hidupku, aku ingin Al-Quran mengisi hidup-hidupku.
Di dalam kesunyian malam itu, Allah telah membuka seluasnya hatiku kepadaNya.
SATU RAHSIA
Sepanjang dua tahun, aku masih merahsiakan “perhubunganku” dengan Allah, tidak ada seorang pun tahu. Aku risau kalau-kalau, “perhubungan” dengan Allah ini akan dihalang oleh kata-kata atau pandangan orang lain.
Aku ingin “hubungan” suci ini bertambah kuat dan bertambah erat, supaya nanti, tiada kata-kata atau komen yang buruk, dan tiada pandangan sinis dapat menjadi penghalang di antara aku dan Tuhanku.  Aku merahsiakan solatku, secara diam-diam aku belajar membaca Al-Quran dari internet. Melalui pembacaan, aku belajar tentang Tuhan dan Agama baruku.
“PERHUBUNGAN” YANG KUAT DENGAN ALLAH
Kini setelah dua tahun telah berlalu, aku merasakan “hubunganku” dengan Allah tidak dapat diganggu gugat lagi. Dengan bantuan hidayah Allah, aku terasa semakin kuat. Aku mula mencari seorang guru agama di sebuah sekolah.
Setiap Sabtu dan Ahad aku akan pergi bertemunya dan belajar beberapa buku-buku agama. Aku mula belajar dari asas, dari bagaimana untuk bersuci, cara yang betul untuk solat dan pengajian akhlak sesama manusia.
BELAJAR TENTANG ALLAH DAN ISLAM.
Semenjak suamiku membuat keputusan untuk tidak menerima Islam, aku mendaftar ke sebuah sekolah agama. Walaupun begitu aku masih terus berusaha untuk membuatkan dia percaya kepada Islam, sehingga kami pernah pergi ke sesi kaunseling, tetapi akhirnya, aku terpaksa memohon penceraian, kerana dia tetap tidak mahu menerima Islam.
Sepanjang tinggal dan belajar di sekolah agama tersebut, aku banyak berkenalan dengan pelajar-pelajar Muslim yang lain, kebanyakkannya lebih muda dariku, tetapikecintaan kepada Allah telah menghubungkan dan menyatukan kami.Kesemua kami ingin lebih mengenaliNya, dan bagaimana untuk lebih dekat denganNya.Aku pelajari bacaan Al-Quran dan Tajwid, aku juga menghafal sebahagian kecil Al-Quran. Setiap perkara baru yang aku pelajari, serasa membawa aku lebih dekat kepada Tuhanku.
PERMULAAN BERHIJAB
Bermula dari pengajian tersebut, dari situlah aku mula memakai tudung setiap hari,Alhamdulillah, syukur kepada Allah.
Kini, hatta di tempat kerja, rakan sepejabat menerima kuputusan, penampilan dan cara kehidupan baruku. Alhamdulillah, Allah telah mebuka hati mereka dan membuatkan mereka menerimaku dengan cara hidup baru ku ini.
Hari ini, tiada yang lebih menggembirakan aku, selain pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan mendengar bacaan Al-Quran ketika berdiri dalam solat. Waktu-waktu sebeginilah aku merasai “Hadiah Terindah”  yang Allah pernah berikan kepada ku dan kepada manusia keseluruhannya, iaitu Al-Quran. Aku rasa inilah “Hadiah Terbesar” dari Allah untuk kita.
Mengakhiri ceritanya.
…………….
Jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, jangan bertangguh lagi, muat turun secara percuma sekarang Aplikasi CEPAT QURAN di App Store dan Google Play.
Artikel ini adalah terjemahan dari tulisan Claudia Azizah yang bertajuk “The Recitation of Quran Changed My Life” mengenai Katrin, seorang wanita berbangsa German yang tinggal dan bekerja di Indonesia.
Diterjemah oleh Qadam Al-Quran – 
Mohd Izwan Ahmad.
Feel free to share artikel ini, semoga ianya memberi inspirasi kepada ramai lagi, dan menjadi usaha dakwah kita semua.