Showing posts with label al-quran Cheras. Show all posts
Showing posts with label al-quran Cheras. Show all posts

Tuesday, 2 July 2019

“Akhirnya, Aku Terpaksa Memohon Penceraian, Kerana Dia Tetap Tidak Mahu…….”

BACAAN AL-QURAN YANG MENGUBAH HIDUPKU
Kisah ini bermula bila mana pada suatu hari, bacaan Al-Quran bukan lagi satu suara yang janggal bagi ku. Tiba-tiba hatiku terpanggil ke arah alunannya, perasaan ingin mendengar aku bertambah, lagi dan lagi. Akhirnya aku membuat keputusan membeli CD supaya dapat didengar bila-bila masa saja.
Pada waktu itu aku belum lagi memeluk Islam.
MENDENGAR ALUNAN AL-QURAN
Waktu itu dalam bulan Ramadhan, setiap malam aku dapat mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca dalam solat terawih. Semenjak 10 tahun yang lalu, aku telah tinggal berhampiran dengan sebuah masjid. Tetapi bunyi yang datang dari arah masjid tidak pernah aku hiraukan. aku bekerja di sebuah Univeristy Katolik Kristian, suami ku juga bukan seorang Muslim, dan kami tinggal di Negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.
Walaupun bulan Ramadhan telah berlalu, aku masih berterusan mendengar Al-Quran. Entah kenapa, alunannya memberi aku ketenangan jiwa. Setiap kali ada masa lapang, aku pasti mendengarnya. Aku langsung tidak memahami apa yang dibacakan, tetapi sebutan-sebutan hurufnya menenangkan hatiku.  Aku merasa aman. Selepas seharian penat bekerja, inilah aktiviti yang pasti aku lakukan.
SENDIRIAN BERSAMA ALLAH
Saat itu waktu malam yang sunyi, perasaanku bertambah kuat untuk mendengar keindahan alunan Al-Quran, dan ianya tidak dapat dibendung lagi. Terasa seperti aku ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang membaca dan mendengar Al-Quran.Aku ingin merasai “perhubungan” dengan Dia, Pemilik “susunan kata-kata” yang telah sekian lama aku dengar. Aku ingin merasa tenang dalam hidupku, aku ingin Al-Quran mengisi hidup-hidupku.
Di dalam kesunyian malam itu, Allah telah membuka seluasnya hatiku kepadaNya.
SATU RAHSIA
Sepanjang dua tahun, aku masih merahsiakan “perhubunganku” dengan Allah, tidak ada seorang pun tahu. Aku risau kalau-kalau, “perhubungan” dengan Allah ini akan dihalang oleh kata-kata atau pandangan orang lain.
Aku ingin “hubungan” suci ini bertambah kuat dan bertambah erat, supaya nanti, tiada kata-kata atau komen yang buruk, dan tiada pandangan sinis dapat menjadi penghalang di antara aku dan Tuhanku.  Aku merahsiakan solatku, secara diam-diam aku belajar membaca Al-Quran dari internet. Melalui pembacaan, aku belajar tentang Tuhan dan Agama baruku.
“PERHUBUNGAN” YANG KUAT DENGAN ALLAH
Kini setelah dua tahun telah berlalu, aku merasakan “hubunganku” dengan Allah tidak dapat diganggu gugat lagi. Dengan bantuan hidayah Allah, aku terasa semakin kuat. Aku mula mencari seorang guru agama di sebuah sekolah.
Setiap Sabtu dan Ahad aku akan pergi bertemunya dan belajar beberapa buku-buku agama. Aku mula belajar dari asas, dari bagaimana untuk bersuci, cara yang betul untuk solat dan pengajian akhlak sesama manusia.
BELAJAR TENTANG ALLAH DAN ISLAM.
Semenjak suamiku membuat keputusan untuk tidak menerima Islam, aku mendaftar ke sebuah sekolah agama. Walaupun begitu aku masih terus berusaha untuk membuatkan dia percaya kepada Islam, sehingga kami pernah pergi ke sesi kaunseling, tetapi akhirnya, aku terpaksa memohon penceraian, kerana dia tetap tidak mahu menerima Islam.
Sepanjang tinggal dan belajar di sekolah agama tersebut, aku banyak berkenalan dengan pelajar-pelajar Muslim yang lain, kebanyakkannya lebih muda dariku, tetapikecintaan kepada Allah telah menghubungkan dan menyatukan kami.Kesemua kami ingin lebih mengenaliNya, dan bagaimana untuk lebih dekat denganNya.Aku pelajari bacaan Al-Quran dan Tajwid, aku juga menghafal sebahagian kecil Al-Quran. Setiap perkara baru yang aku pelajari, serasa membawa aku lebih dekat kepada Tuhanku.
PERMULAAN BERHIJAB
Bermula dari pengajian tersebut, dari situlah aku mula memakai tudung setiap hari,Alhamdulillah, syukur kepada Allah.
Kini, hatta di tempat kerja, rakan sepejabat menerima kuputusan, penampilan dan cara kehidupan baruku. Alhamdulillah, Allah telah mebuka hati mereka dan membuatkan mereka menerimaku dengan cara hidup baru ku ini.
Hari ini, tiada yang lebih menggembirakan aku, selain pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan mendengar bacaan Al-Quran ketika berdiri dalam solat. Waktu-waktu sebeginilah aku merasai “Hadiah Terindah”  yang Allah pernah berikan kepada ku dan kepada manusia keseluruhannya, iaitu Al-Quran. Aku rasa inilah “Hadiah Terbesar” dari Allah untuk kita.
Mengakhiri ceritanya.
…………….
Jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, jangan bertangguh lagi, muat turun secara percuma sekarang Aplikasi CEPAT QURAN di App Store dan Google Play.
Artikel ini adalah terjemahan dari tulisan Claudia Azizah yang bertajuk “The Recitation of Quran Changed My Life” mengenai Katrin, seorang wanita berbangsa German yang tinggal dan bekerja di Indonesia.
Diterjemah oleh Qadam Al-Quran – 
Mohd Izwan Ahmad.
Feel free to share artikel ini, semoga ianya memberi inspirasi kepada ramai lagi, dan menjadi usaha dakwah kita semua.

Wednesday, 12 June 2019

KETAHUI RAHSIA BAGAIMANA SEBUAH APLIKASI, BOLEH MENGUBAH KUALITI BACAAN AL-QURAN ANDA KEPADA LEBIH BAIK. [Step-By-Step Guide]

KEUNIKAN APLIKASI CEPAT QURAN yang tiada pada aplikasi Al-Quran Bahasa Melayu yang lain ialah, ia membimbing pelajar bermula DARI ASAS untuk mengenal huruf-huruf Hijaiyyah dengan sebutan Makhraj yang betul, dan membantu pelajar menguasai hukum-hukum Tajwid secara SISTEMATIK.
.
.
Tidak seperti Aplikasi Al-Quran yang lain, dimana ianya terus kepada bacaan potongan ayat-ayat Al-Quran.
.....................

Aplikasi ini sesuai bagi mereka yang mempunyai KEKANGAN MASA untuk menghadiri kelas secara bersemuka, dan sangat sesuai dijadikan sebagai ALAT RUJUKAN ilmu Tajwid bagi Pencinta Al-Quran semua.
.
.
Cara penyampaiannya MUDAH dan SESUAI UNTUK SEMUA peringkat umur.
.
.
KINI, DIMANA-MANA DAN BILA-BILA MASA ANDA DAPAT BELAJAR MENGAJI.
.
.
.....................
Mungkin KEKANGAN MASA untuk hadiri kelas secara bersemuka, atau masih mempunyai perasaan MALU, dan tidak tahu bagaimana untuk bermula.
.
Izinkan kami bersama-sama anda menguasai bacaan Al-Quran secara MUDAH dan CEPAT.
.
.
.....................
Mengikut pengalaman kami, ramai dikalangan pelajar yang pada awalnya KELIRU membaca huruf-huruf bersambung, telah dapat membaca dengan baik, disamping menjaga bacaan panjang dan pendek harakat.
.
Ada juga antara mereka, yang pada awalnya, bacaan TERSANGKUT-SANGKUT, Alhamdulillah telah lancar membaca, setelah mengikuti kaedah pengajian bersama kami.
.
Ini termasuklah perkongsian yang diberikan untuk bagaimana berhenti ketika membaca ayat-ayat Al-Quran yang panjang.
.
.
.....................
Antara berberapa KEISTIMEWAAN Menjadi Ahli CEPAT QURAN;
.
.
1. Dapat mengulang-ulang akses kesemua 155 video pengajian Al-Quran bermula dari Asas mengenal dan sebutan huruf Hijaiyyah. Ini beerti anda akan dibimbing secara berperingkat sehingga menguasai ilmu Tajwid dengan baik.
.
2. Mempelajari Kaedah Al-Barqy, satu kaedah pengajian Al-Quran yang menggunakan KATA KUNCI dan bersifat anti-lupa, MUDAH DIINGAT dan DIIKUTI.
.
3. Mengikuti satu kaedah pengajian yang SISTEMATIK dan TERSUSUN, dari mula menyebut huruf sehingga mahir Tajwid, insyaAllah.
.
4. BOLEH DIULANG-ULANG TANPA HAD sehingga mahir.
.
5. Dapat belajar mengikut fleksibiliti dan KESELESAAN tempat dan masa ANDA sendiri.
.
6. Guru pembimbing Al-Quran bersanad, bertauliah dan berpengalaman.
.
7. TIADA YURAN BULANAN atau TAHUNAN, dengan hanya membayar sekali yuran keahlian (RM50), anda akan mendapat akses kesemua video pengajian SEPANJANG HAYAT.
.
8. Anda akan dibenarkan menyertai ‘Closed Group’ Facebook kami, dimana banyak lagi video-video pengajian secara ‘live’ atau rakaman di dalam kelas untuk jadikan bahan pengajian.
.
9. Selepas menjadi ahli Cepat Quran, segala penambahbaikan yang ciri-tambahan akan dapat diakses secara percuma (untuk ahli sahaja).
.
.
.....................
APLIKASI INI SANGAT SESUAI BAGI;
.
.
1. Mereka yang menjalani jadual kerja yang tidak tentu masa dan sering bertukar-tukar.
.
2. Sesuai bagi mereka yang ingin belajar membaca Al-Quran dari Asas dan berperingkat.
.
3. Untuk dijadikan sebagai tempat rujukan untuk mengingati kembali hukum-hukum tajwid dan cara bacaan Al-Quran secara bertajwid dengan cara yang mudah diikuti.
.
4. Dijadikan alat bantuan awal membaca Al-Quran bagi semua peringkat umur.
.
.
.....................
Di setiap telefon kita, mungkin ada Aplikasi Facebook, instagram, WhatsApp, dan perbagai lagi Aplikasi yang lain untuk tujuan yang berbeza.
.
Kini dengan adanya Aplikasi CEPAT QURAN, sekurang-kurangnya ianya dapat memenuhi keperluan Rohani kita, untuk mengingati Allah melalui pembacaan Al-Quran, yang juga merupakan MUKJIZAT dari ALLAH.
.
Kami ingin menjemput Muslimin dan Muslimat untuk menjadi AHLI CEPAT QURAN, untuk merasai sendiri perubahan pada kualiti bacaan Al-Quran anda, semoga dengan itu dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan ALLAH.
.
.
.....................
Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store bagi pengguna iphone, KLIK LINK untuk download https://itunes.apple.com/my/app/cepat-quran/id1460001511…
.
dan Google Play bagi pengguna Android yang lain, KLIK LINK untuk Download https://play.google.com/store/apps/details…
MUAT TURUN SEKARANG, dan rasai sendiri peningkatan mutu bacaan Al-Quran anda.
KINI, DIMANA-MANA DAN BILA-BILA MASA ANDA DAPAT BELAJAR MENGAJI.
.
.
.....................
Hubungi kami untuk sebarang persoalan mengenai Aplikasi CEPAT QURAN, En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
.
Atau anda dijemput datang ke pejabat operasi kami
.
FATEHAH LEARNING CENTRE,
27-2, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5,Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.
.
.....................
Sila Layari https://cepatquran.com/ untuk meneruskan bacaan mengenai CEPAT QURAN.
.
.

Sunday, 3 February 2019

Preview & Pendaftaran Kelas Al-Quran Baru untuk Penduduk Cheras

ORANG CHERAS, JOM JOIN ‘PREVIEW’ KELAS AL-QURAN DEWASA, 23 FEB 2019 DI CHERAS UTAMA & ALAM DAMAI.
.
.
Kami berbesar hati menjemput semua Yang berada sekitar Cheras ke Al-Fath Smart Educare Cheras Utama dan Alam Damai 23 Februari ni ke sesi ‘preview’ kelas Al-Quran
.
Kami akan perkenalkan anda dengan Kaedah yang Cepat dan Mudah belajar mengaji.
.
Butiran Majlis;
.
Lokasi 1: Al-Fath Smart Educare Taman Cheras Utama
Hari: Sabtu
Tarikh: 23 Februari 2019
Waktu: 10 pagi.
.
Lokasi 2: Al-Fath Smart Educare Alam Damai Cheras
Hari: Sabtu
Tarikh: 23 Februari 2019
Waktu: 2.30 petang
.
Ada HADIAH ISTIMEWA yang anda boleh gunakan sepanjang hayat menanti pencinta Al-Quran semua. :-)