Showing posts with label mengaji Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label mengaji Al-Quran. Show all posts

Wednesday, 29 January 2020

KELAS AL-QURAN DEWASA INTAKE FEBRUARI 2020 - Belajar dari Asas

KELAS AL-QURAN DEWASA INTAKE FEBRUARI 2020 - Belajar dari Asas
.
.
Jika anda menghadapi masalah di bawah, kelas ini sangat sesuai untuk anda;
.
ANDA masih KELIRU mana perlu dibaca PANJANG dan di baca PENDEK?

❌Tak ingat hukum Tajwid.

TIDAK YAKIN pada sebutan huruf dan bacaan Al-Quran.

❌Bacaan Al-Quran TAK LANCAR.

❌atau anda perlu bimbingan memperbetulkan bacaan Al-Quran
.
JANGAN risau dulu...
.
.
Pendaftaran Kelas Asas Al-Quran kini dibuka bagi Sesi Februari 2020. Jadikan azam tahun ini untuk kita boleh membaca Al-Quran. InshaaAllah. Aamiin 🤲
.
KEISTIMEWAAN Kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre
.
✅Menggunakan Kaedah AL-BARQY dengan KUNCI KATA yang mudah bagi semua lapisan umur.

✅Jadual kelas yang bersesuaian dengan jadual harian/kerja ANDA.

✅Guru pembimbing yang bersanad, bertauliah dan berpengalaman.

✅Suasa kelas yang SELESA dan berhawa dingin.

✅DAN yang paling BEST, semua pelajar diberikan akses ke Aplikasi dan Facebook CEPAT QURAN secara PERCUMA sepanjang hayat, sebagai tempat rujukan dan latihan.
.
.
Bagi yang berminat untuk sertai Kelas Al-Quran Asas Sesi Februari 2020 di Fatehah Learning Centre Wangsa Maju Seksyen 5 Kuala Lumpur, boleh klik link di bawah 👇
.
.
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
.
Semua yang Terkait dengan Al-Quran akan Menjadi Mulia https://youtu.be/gnyg4VsJXgk


Monday, 25 November 2019

MAJLIS KHATAM QURAN DI FATEHAH LEARNING CENTRE

Alhamdulillah semalam berlangsungnya Majlis kesyukuran bersemperna Khatam Al-Quran beberapa ahli keluarga besar Cepat Quran, Fatehah Learning Centre.
.
.
Kami mendoakan agar Allah memberkati ilmu yang dipelajari dan semoga sahabat-sahabat semua memanjangkan ilmu tersebut dengan ahli keluarga dan sahabat handai.
.
.
Kepada Sehabat-sahabat Pencinta Al-Quran yang ingin bersama-sama kami memperbaiki bacaan Al-Quran, dijemput sertai kami di FLC.
.

.
“Jangan malu dan jangan segan, bersama kami lancarkan Al-Quran”.
.
.
Untuk sebarang soalan hubungi En. Farhan 01116217797

.
.
 #testimonialquranflc #fatehah #Tajwid #FatehahLearningCentre #SeronoknyaCintaAlQuran #kelasalquran #alquran #islam #muslim#motivasiislam #motivasi #motivate #muslimah #islamicquotes#kelasalquranonline #kelasquranonline #onlinequranclass #kelasquran#quran #taubat #hidayah #tarannum #kelasmengaji #belajarqurancepat#cheras #kajang #putrajaya #cyberjaya











Thursday, 11 July 2019

KENAPA PERLU BACA AL-QURAN WALAUPUN TIDAK FAHAM MAKNA.

Ini ada satu kisah yang sangat menarik. Moga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
.
.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk itu akan bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh atuknya.
.
.
Pada suatu hari cucunya bertanya, 
"Atuk! Saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa yang bagusnya bila kita membaca Al-Quran?".
.
.
Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, 
.
.
"Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air".
.
.
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. 
.
.
"Kamu hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang" dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.
.
.
Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana boleh untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.
.
.
Orang tua itu berkata, 
.
.
"Saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Kamu tak cukup kuat mencubanya" dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
.
.
Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
.
.
Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. 
.
.
Meletihkan, katanya, 
.
.
"Tengok Atuk, tak guna!" 
.
.
Orang tua itu berkata, 
.
.
"Jadi anda fikir ianya tidak berguna? Tengok guni itu".
.
.
Budak lelaki itu melihat guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah BERUBAH!!!!!
.
.
Telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
.
.
"Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Kamu mungkin tak faham atau pun ingat ke semuanya, tetapi apabila kamu membacanya, kamu akan berubah dengan sendirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita." 
.
.
Sumber: https://mediapeci.blogspot.com/…/alasan-kenapa-kita-perlu-b…
.
.
Jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, jangan bertangguh lagi, muat turun secara percuma sekarang Aplikasi CEPAT QURAN di App Store dan Google Play.
.
.
Feel free to share artikel ini, semoga ianya memberi inspirasi kepada ramai lagi, dan menjadi usaha dakwah kita semua. Aamiin. 
.
.