Showing posts with label kelas mengaji orang dewasa. Show all posts
Showing posts with label kelas mengaji orang dewasa. Show all posts

Wednesday, 8 June 2022

Kelas Al-Quran Asas dan Tajwid bermula Jun 2022 ini. Jom belajar bersama-sama!

Berita GEMBIRA buat mereka yang tinggal berdekatan dengan Centre kami iaitu di Kuala Lumpur Cawangan WANGSA MAJU, kami juga menyediakan Satu Kelas Al Quran peringkat Asas & Tajwid di Centre kami bermula bulan ini, Jun 2022. Pendaftaran adalah terhad. Untuk info lanjut boleh WhatsApp kami di link ini

⁣⁣
BERITA LAGI GEMBIRA bagi yang tinggal berjauhan dengan centre, jangan risau anda Boleh Download Percuma sekarang Aplikasi Cepat Quran di Google play & Apps Store bagi mereka yang mahu belajar Al-Quran dari asas di mana jua anda berada & pada bila-bila masa anda suka 👍 . Pelajar kami adalah dari seluruh dunia telah belajar Al-Quran melalui cepatquran ini.

Jauh & kekangan waktu bukan halangan lagi. Layari www.cepatquran.com untuk maklumat lanjut tentang ini. Atau boleh Whatsapp kami di http://www.wasap.my/+601116217797 (En. Farhan)⁣ untuk mendaftar.⁣
"Seronoknya Cinta Al-Quran"⁣⁣

🔴 Kami ada untuk memberi perkhidmatan Kelas Al-Quran terbaik kepada Anda. Alhamdulillah Mereka semua telah Mendaftar Kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre.

Seluruh warga FLC mendoakan anda dan keluarga sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan Allah...🤲⁣ untuk info lanjutLayari & Follow FB page: Fatehah & IG Page: @cepatquran





Wednesday, 29 January 2020

KELAS AL-QURAN DEWASA INTAKE FEBRUARI 2020 - Belajar dari Asas

KELAS AL-QURAN DEWASA INTAKE FEBRUARI 2020 - Belajar dari Asas
.
.
Jika anda menghadapi masalah di bawah, kelas ini sangat sesuai untuk anda;
.
ANDA masih KELIRU mana perlu dibaca PANJANG dan di baca PENDEK?

❌Tak ingat hukum Tajwid.

TIDAK YAKIN pada sebutan huruf dan bacaan Al-Quran.

❌Bacaan Al-Quran TAK LANCAR.

❌atau anda perlu bimbingan memperbetulkan bacaan Al-Quran
.
JANGAN risau dulu...
.
.
Pendaftaran Kelas Asas Al-Quran kini dibuka bagi Sesi Februari 2020. Jadikan azam tahun ini untuk kita boleh membaca Al-Quran. InshaaAllah. Aamiin 🤲
.
KEISTIMEWAAN Kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre
.
✅Menggunakan Kaedah AL-BARQY dengan KUNCI KATA yang mudah bagi semua lapisan umur.

✅Jadual kelas yang bersesuaian dengan jadual harian/kerja ANDA.

✅Guru pembimbing yang bersanad, bertauliah dan berpengalaman.

✅Suasa kelas yang SELESA dan berhawa dingin.

✅DAN yang paling BEST, semua pelajar diberikan akses ke Aplikasi dan Facebook CEPAT QURAN secara PERCUMA sepanjang hayat, sebagai tempat rujukan dan latihan.
.
.
Bagi yang berminat untuk sertai Kelas Al-Quran Asas Sesi Februari 2020 di Fatehah Learning Centre Wangsa Maju Seksyen 5 Kuala Lumpur, boleh klik link di bawah 👇
.
.
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797
.
Semua yang Terkait dengan Al-Quran akan Menjadi Mulia https://youtu.be/gnyg4VsJXgk


Tuesday, 26 November 2019

ISTIMEWA BELAJAR AL-QURAN DARI ASAS, KAEDAH MUDAH DAN CEPAT

#ISTIMEWA BUAT YANG INGIN BELAJAR AL-QURAN DARI ASAS, KAEDAH PENGAJIAN MUDAH DAN CEPAT.
.
.
Pendaftaran untuk pengambilan bulan DISEMBER KINI DIBUKA. Kelas pertama akan bermula 9 DISEMBER 2019 jam 8.30 - 10.30 malam.
.
.
Jika ANDA ada MASALAH di bawah, kelas ini sesuai untuk anda.
.
.
1. KELIRU mana satu nak dibaca PANJANG (mad) dan yang mana satu nak di baca PENDEK.
.
2. TAK PASTI yang mana perlu DENGUNG (ghunnah) dan di mana hanya perlu JELAS sahaja (Izhar).
.
3. NAFAS TAK CUKUP bila baca ayat Al-Quran yang panjang.
.
4. TAK YAKIN pada sebutan huruf dan bacaan Al-Quran.
.
5. MALU nak baca depan orang kerana TAKUT SALAH.
.
6. Tak tahu nak baca huruf yang bersambung-sambung.
.
7. KURANG pengetahuan dalam ilmu tajwid.
.
8. Bacaan Al-Quran TAK LANCAR.
.
.
JANGAN risau dulu..... kami sedia MEMBANTU 😄
.
✔ Kaedah baru ini menggunakan pendekatan KUNCI KATA, mudah difahami dan diikuti.
.
✔Kaedah ini bersifat CEGAH-LUPA, sekiranya pelajar susah mengingati huruf, KUNCI KATA menjadi tempat rujukan huruf.
.
✔ Jadual kelas yang bersesuaian dengan ANDA.
.
✔ Mengaji tiada exam dan tekanan.
.
✔Paling best, semua pelajar diberikan akses secara percuma ke Aplikasi CEPAT QURAN sebagai tempat rujukan dan latihan di rumah secara PERCUMA.
.
.
Sekiranya anda mendaftar ke Pusat Pengajian Al-Quran Fatehah Learning Centre sebelum 6 Disember ini, kami berikan satu TAWARAN YANG SANGAT ISTIMEWA!!!.
.
.
Daftar dan buat pembayaran sekarang, hanya RM199 sahaja.
.
.
HARGA ASAL ADALAH SEPERTI BERIKUT:
RM 50.00 - 2 buah buku Asas dan Tajwid
RM 100.00 - Yuran Pendaftaran
RM 150.00 - Yuran Pengajian 1 bulan
RM 150.00 - Akses Penuh sepanjang hayat ke Aplikasi Cepat Quran
.
.
Nilai Total yang anda akan dapat ialah RM450, jadi penjimatan sebanyak RM251 jika anda buat pendaftaran dan pembayaran hari ini.
.
.
PROMOSI HARGA TAWARAN RM199 INI SAH SEHINGGA 6 DISEMBER 2019
.
.
LOKASI:
Fatehah Learning Centre,
27-2 Jalan Wangsa Delima 2A
Seksyen 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
.
.
.
Sebarang soalan berkaitan pengambilan kelas DISEMBER, boleh hubungi:
En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797

En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797

.
.
Jika anda berjauhan dari Wangsa Maju atau jadual kerja anda TIDAK MENENTU, boleh ikuti kami melalui aplikasi CEPAT QURAN di Google Play dan Apple Store.
.
.
.
“Seronoknya Cinta Al-Quran”.
.
.
#Fatehah
#CepatQuran
#KelasQuranWangsaMaju





Thursday, 11 July 2019

KENAPA PERLU BACA AL-QURAN WALAUPUN TIDAK FAHAM MAKNA.

Ini ada satu kisah yang sangat menarik. Moga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
.
.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk itu akan bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh atuknya.
.
.
Pada suatu hari cucunya bertanya, 
"Atuk! Saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa yang bagusnya bila kita membaca Al-Quran?".
.
.
Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, 
.
.
"Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air".
.
.
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. 
.
.
"Kamu hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang" dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.
.
.
Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana boleh untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.
.
.
Orang tua itu berkata, 
.
.
"Saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Kamu tak cukup kuat mencubanya" dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
.
.
Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
.
.
Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. 
.
.
Meletihkan, katanya, 
.
.
"Tengok Atuk, tak guna!" 
.
.
Orang tua itu berkata, 
.
.
"Jadi anda fikir ianya tidak berguna? Tengok guni itu".
.
.
Budak lelaki itu melihat guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah BERUBAH!!!!!
.
.
Telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
.
.
"Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Kamu mungkin tak faham atau pun ingat ke semuanya, tetapi apabila kamu membacanya, kamu akan berubah dengan sendirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita." 
.
.
Sumber: https://mediapeci.blogspot.com/…/alasan-kenapa-kita-perlu-b…
.
.
Jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, jangan bertangguh lagi, muat turun secara percuma sekarang Aplikasi CEPAT QURAN di App Store dan Google Play.
.
.
Feel free to share artikel ini, semoga ianya memberi inspirasi kepada ramai lagi, dan menjadi usaha dakwah kita semua. Aamiin. 
.
.

Monday, 8 July 2019

SEORANG PEGUAM WANITA GERMAN MEMELUK ISLAM HANYA DENGAN SEKALI MEMBACA AL-QURAN.

Kisah ini berlaku dalam hidup seorang wanita di Frankfurt German, bernama Isabelle Wachter yang memeluk agama Islam pada tahun 2006. Menceritakan kisahnya yang pertama kali mengucapkan syahadah pada usia 24 tahun, yang sebelum itu merupakan seorang penganut agama Kristian Katolik. 
.
Pada mulanya, beliau menerima tentangan hebat dari kedua ibu bapanya sendiri, mereka sangat sedih dan merasakan kemasukkannya kedalam Islam sebagai satu keputusan yang salah. Ibunya menangis kerana sedih dan bapanya sangat kecewa dengan keputusannya memeluk Islam. Ini ditambah lagi dengan latar belakang mereka yang merupakan penganut tegar agama Kristian.
.
Pada mulanya, dia memutuskan untuk tidak memberitahu sesiapapun tentang keputusan besar yang telah diambil, dan ingin mempelajari dan membiasakan diri dengan perubahan ini dahulu.
.
Pencarian mengenai agama berlaku Beberapa bulan sebelum mengucapkan syahadah, hanya dengan sekali membaca terjemahan Al-Quran, Isabelle terus jatuh cinta dan memutuskan untuk memeluk Islam.
.
Dia merasakan sangat tersentuh dengan lenggok bahasa yang digunakan dalam Al-Quran, dan setelah membacanya, dia hampir pasti bahawa tidak mungkin Al-Quran ditulis oleh manusia. tambahnya lagi, setiap ilmu dan perkongsian yang terdapat didalam Al-Quran, mustahil datang dari mana-mana manusia.
.
Di sini timbullah perasaan kagum kepada “Penulis Kitab (Al-Quran), dia merasakan Al-Quran berbicara kepada setiap individu, dan secara peribadi merasakan setiap kali membaca Al-Quran, seakan-akan Allah sedang secara langsung berbicara dengannya.
.
Dia merasakan Al-Quran sangat mudah dibaca, difahami, dan dia sangat tersentuh dengan segala isi kandungan di dalamnya. Baginya walaupun perasaan ini merupakan satu perasaan yang sukar dinyatakan dengan kata-kata, tetapi sangat memberi kesan kepada jiwa. Di saat itu, dia hanya mampu menangis dan terus menangis tanpa henti.
.
Melanjutkan ceritanya setelah membaca Al-Quran, Dia merasakan ada satu perasaan yang belum pernah dialami sebelum ini. Tidak pernah terlintas sebelum ini di fikirannya ada sebuah Kitab seperti ini. Pada awalnya, dia menyangka yang Al-Quran tidak ada bezanya dari kitab Bible. Baginya Al-Quran merupakan sebuah Kitab yang sangat memberi inspirasi dan mengandungi kebenaran. Kesemua ini menambahkan lagi keyakinan bahawa mustahil Al-Quran datang dari akal manusia.
.
Setelah menjadi seorang Muslim, jemaah wanita dari sebuah masjid yang berdekatan dari rumahnya sangat memberi dukongan dan bantuan. Sekarang Isabelle telah berkahwin dengan seorang lelaki Algeria dan mempunyai 3 anak.
.
Setelah tidak lama selepas memeluk Islam, Issabell terus memakai hijab. Mengimbau kenangan sewaktu pertama kami memakainya, ramai kawan-kawanya terkejut dan bertanya apakah yang telah berlaku pada dirinya. Yang bagusnya, Isabell langsung tidak mempedulian apa jua tanggapan orang lain kepadanya, dan gembira menjalani kehidupan seharianya.
.
Menceritakan pengalamannya setelah memeluk Islam dan bertudung, usaha mendapatkan pekerjaan melalui kesukaran. Banyak permohonan dibuat ke pelbagai tempat, ini termasuk ke jawatan yang lebih rendah dari kelayakan akademiknya. Pada waktu itu, apa juga jenis pekerjaan sanggup diterimanya, asalkan pekerjaan dimana dia dapat menutup aurat. Malangnya, semua permohonan ditolak.
.
Pada mulanya, dia takut untuk bekerja sendiri, dan hanya mengharapkan pekerjaan dari majikan, mungkin waktu itu, Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk dirinya.
.
Sekarang dengan pekerjaan sebagai seorang peguam di firma sendiri, katanya dia kini bebas melakukan solat di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Melanjutkan ceritanya, Isabell mengingatkan bahawa sebagai seorang Muslim, kita mestilah menjadi contoh tauladan melalui perilaku akhlak yang baik.
.
Pada saat ini, hubungan dengan ibunya juga sudah baik, ibunya sering melawat mereka sekeluarga saban minggu.
.
Kini baginya, Islam itu adalah jalan hidup, setiap ayat Al-Quran tambahnya adalah penting dan indah, tetapi secara peribadi merasakan dekat dengan dua ayat Al-Quran paling disukainya;
.
Pertama dari Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud,
.
“Sesungguhnya hanya agama yang diterima disisi Allah, ialah Islam”,
.
dan ayat ke 56 dari Surah Az-Zariat, dimana Allah berfirman yang maksudnya,
.
“tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembahKu”.
.
Begitulah mengakhiri ceritanya.
.
Persoalanya di sini, bagaimana pula kita yang juga tidak memahami Al-Quran dan Bahasa Arab. Pernah tak sekurang-kurangnya sekali kita khatam membaca terjemahan Al-Quran? Semoga kisah Isabelle ini menginspirasi kita untuk lebih mengenali Allah melalui Al-Quran.
.
Diharap kisah yang ringkas ini, dapat memberi kesan yang positif ke dalam hidup setiap kita semua, dan jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, sila muat turun Aplikasi CEPAT QURAN secara percuma sekarang di App Store dan Google Play.
.
Feel free to ‘share’ kisah ini, semoga ianya memberi insipirasi pada pembacanya dan dakwah hasanah kepada penulis dan pengirimnya.
.
“Seronoknya Cinta Al-Quran”
.

Monday, 17 June 2019

NAK PANDAI BACA AL-QURAN??? #RAHSIA 4 KUNCI KATA INI DIJAMIN DAPAT MEMBANTU ANDA.[Step-By-Step Guide]

Selain dari pendedahan 4 KUNCI KATA MUDAH yang akan dikongsikan, anda juga berpeluang mendapat sebuah APLIKASI TERBARU (Cepat Quran) untuk membantu mempercepatkan proses pengajian.
.
Sekiranya anda ingin belajar SECARA BERSEMUKA dari ASAS, hingga MAHIR TAJWID, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri sesi penerangan ini.
.
.
Dijemput untuk datang ke sesi bersama Pengasas Pusat Pengajian Al-Quran, FATEHAH LEARNING CENTRE, Ustaz Mohd Izwan, yang juga GURU AL-QURAN BERSANAD, untuk ketahui tentang kaedah CEPAT dan MUDAH Belajar mengaji Al-Quran. 
.
Sertai Preview ini untuk mengetahui lanjut, bagaimana 4 KUNCI KATA teras, dapat membantu ANDA meningkatkan tahap dan kualiti bacaan Al-Quran bermula dari ASAS.
.
Sesi preview ini adalah PERCUMA.
.
.
Sesi ‘preview’ ini akan diadakan di 2 lokasi seperti di bawah:
.
FATEHAH LEARNING CENTRE
27-2 Jalan Wangsa Delima 2A Seksyen 5, Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.
(Jam 10.30 pagi, hari #SABTU, 29 JUN 2019)

.
Dan,
.
TADIKA AL-FATH ALAM DAMAI
No. 2, Jalan Damai Murni 1,
Alam Damai, Cheras,
Kuala Lumpur
(Jam 2.30 petang, hari #AHAD, 30 JUN 2019)

.
.
Pilih lokasi dan waktu yang bersesuaian dengan jadual anda. 
.
Sila WhatsApp ke nombor hotline kami http://www.wasap.my/+601116217797 (En. Farhan) dengan NAMA, LOKASI & SESI YANG DIPILIH, serta jumlah peserta untuk tempahan tempat anda. 
.
Sesi ini adalah sesi preview percuma bersama Ustaz Mohd Izwan.
.
.
MOHON KONGSIKAN dengan kawan-kawan yang berminat mendalami ilmu bacaan Al-Quran secara Bertajwid.