Wednesday 22 March 2017

UJIAN DAN MUSIBAH

UJIAN DAN MUSIBAH
Tipulah kalau diri tak pernah dibebani masalah dan ujian yang berat.
.
Setiap kesulitan dan musibah yang menimpa pasti ada jalan keluarnya. Berputus asa itu bukanlah solusi yang terbaik bagi seorang Muslim.
.
Bersangka baiklah dengan Allah...
Percayalah bahawa setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersirat dan tersurat. Secara tidak langsung akan mendekatkan lagi diri kita kepada Sang Pencipta.
.
Allah datangkan ujian kerana Dia rindukan hambaNya. Dia sayangkan kita.
.
Ada orang yang kaya harta dan berduit, tetapi miskin dari sudut kesihatan. Ada juga yang sihat tak pernah sakit, tapi kain baju jarang sekali ditukar baru. Makan pula kena catu.
.
Kerana apa?
.
Sudah pasti kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui akan kebaikan untuk setiap hambaNya.
.
Jadilah orang yang makin banyak ujian dan musibah mendatang, makin dekat dirinya kepada Allah.
.
Dan jangan berasa selesa bila berada dalam kesenangan. Kerana itulah musibah terbesar bila diri semakin lupakan Tuhan.
.
___________________
Ayuh bersama-sama kami semarakkan rasa Cinta Kepada Al-Quran.
.
Untuk mengetahui perjalanan kelas Al-Quran yang unik dan berkesan di Fatehah Learning Centre,
bolehlah hubungi
.
01115054812
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang


No comments:

Post a Comment