Wednesday, 8 March 2017

Solat Berpuluh Tahun, Tapi Tak Perasan Banyak Kesalahan Pada Bacaan Surah Al-Fatihah Ketika Solat?

👉Solat dah berpuluh tahun, tapi tak perasan banyak lakukan Kesalahan pada bacaan surah Al-Fatihah ketika solat? 🤔🤔🤔
.
Jom revise balik bacaan kita & kenali 27 Kesalahan lazim pada bacaan surah Al-Fatihah. 😁😁😁
.
👇🏾
.
1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."
.
2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
.
3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".
.
4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"
.
5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.
.
6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
.
7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."
.
8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"
.
9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".
.
11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
.
12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
.
13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.
.
15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".
.
16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.
.
17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
.
18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
.
19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
.
20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
.
21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".
.
23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
.
24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
.
25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.
.
27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat
.
Ini baru teori, Kalau nak praktikal, Jom sertai Klinik Al-Fatihah 👍👍👍
.
✌️️Pendaftaran TERHAD & PERCUMA✌️
.
❤️❤️❤️️Bersemperna kempen Seronoknya Cinta Al-Quran, Fatehah Learning Centre Wangsamaju akan menganjurkan klinik Al-Fatihah untuk perbaiki & mengenal pasti kesalahan lazim pada surah Al-Fatihah setiap Hari sabtu minggu ketiga setiap bulan
.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️️Disamping itu anda juga akan dapat kenali satu kaedah pengajian Al-Quran yang cepat, unik & menarik.
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah 📲
www.wasap.my/601115054812
& taip - klinik Al-Fatihah & nama penuh anda 📲
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


No comments:

Post a Comment