Monday 6 March 2017

Solat Dah Berpuluh Tahun, Tapi Rukun Solat Tak Ingat?

Jom revise balik mana yang dah lupa 
.
Rukun Qauli dalam solat,
.
WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita.
.
Berbisik, tak sah.
.
suara angin, tak sah.
.
baca dalam hati, lagi tak sah.
.
Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
.
.
Rukun qauli tu apa?
.
1. Takbiratul ihram,
2. Al-Fatihah,
3. tahiyyat akhir,
4. selawat, dan
5. salam pertama. 

.
ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li & niat rukun qalbi.
.
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
.
1. Qalbi (diingat dalam hati)
.
2. Qauli (diucap dengan lidah)
.
3. Fi'li (perbuatan)

.
.
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
.
1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
.
2. Niat.[Qalbi]
.
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
.
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
.
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
.
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
.
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
.
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
.
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
.
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
.
13. Tertib (Qalbi)
.

Bersemperna kempen Seronoknya Cinta Al-Quran, Fatehah Learning Centre Wangsamaju akan menganjurkan klinik Al-Fatihah untuk perbaiki & mengenal pasti kesalahan lazim pada surah Al-Fatihah setiap Hari sabtu minggu ketiga setiap bulan
.
Disamping itu anda juga akan dapat kenali satu kaedah pengajian Al-Quran yang cepat, unik & menarik.
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila what'sapp dengan menaip 'klinik Al-Fatihah & Nama Penuh anda ke www.wasap.my/601115054812
.
Pendaftaran PERCUMA & TERHAD
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.



No comments:

Post a Comment