Thursday, 9 March 2017

Jom Istiqamah Dalam Amalan

Jom istiqamah dalam amalan
.
Istiqomah menurut bahasa ertinya tetap teguh, terus menerus, konsisten atau teguh pendirian.
Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: 
.
"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Wednesday, 8 March 2017

Solat Berpuluh Tahun, Tapi Tak Perasan Banyak Kesalahan Pada Bacaan Surah Al-Fatihah Ketika Solat?

👉Solat dah berpuluh tahun, tapi tak perasan banyak lakukan Kesalahan pada bacaan surah Al-Fatihah ketika solat? 🤔🤔🤔
.
Jom revise balik bacaan kita & kenali 27 Kesalahan lazim pada bacaan surah Al-Fatihah. 😁😁😁
.
👇🏾
.
1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."
.
2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
.
3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".
.
4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"
.
5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.
.
6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
.
7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."
.
8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"
.
9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".
.
11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
.
12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
.
13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.
.
15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".
.
16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.
.
17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
.
18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
.
19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
.
20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
.
21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".
.
23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
.
24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
.
25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.
.
27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat
.
Ini baru teori, Kalau nak praktikal, Jom sertai Klinik Al-Fatihah 👍👍👍
.
✌️️Pendaftaran TERHAD & PERCUMA✌️
.
❤️❤️❤️️Bersemperna kempen Seronoknya Cinta Al-Quran, Fatehah Learning Centre Wangsamaju akan menganjurkan klinik Al-Fatihah untuk perbaiki & mengenal pasti kesalahan lazim pada surah Al-Fatihah setiap Hari sabtu minggu ketiga setiap bulan
.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️️Disamping itu anda juga akan dapat kenali satu kaedah pengajian Al-Quran yang cepat, unik & menarik.
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah 📲
www.wasap.my/601115054812
& taip - klinik Al-Fatihah & nama penuh anda 📲
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Masih Ingat Lagi Rukun Qauli dalam Solat?

Sebelum ini kami telah kongsikan tentang Rukun Solat.
.
Masih ingat lagi Rukun Qauli dalam Solat?
.
Semua Rukun Qauli wajib dilafazkan sehingga didengari oleh telinga sendiri, sama ada lelaki mahupun wanita.
.
Antara Rukun Qauli dalam solat adalah Bacaan Surah Al-Fatihah.
.
Setiap Muslim seharusnya memperbaiki dan memperelokkan bacaan Surah Al-Fatihah bagi memastikan kualiti solat sentiasa terjaga serta berada dalam kondisi yang sempurna.
.
Jika bacaan Surah Al-Fatihah ada cacat celanya, secara tidak langsung boleh merosakkan solat, bahkan boleh menyebabkan solat tidak sah.
.
Bersempena kempen Seronoknya Cinta Al-Quran, Fatehah Learning Centre Wangsa Maju akan menganjurkan klinik Al-Fatihah untuk perbaiki & mengenal pasti kesalahan lazim pada surah Al-Fatihah setiap Hari Sabtu, minggu ketiga setiap bulan.
.
Di samping itu anda juga akan dapat mengenali satu kaedah pengajian Al-Quran yang cepat, unik & menarik.
.
Untuk keterangan lanjut tentang waktu & Tarikh program sila what'sapp dengan menaip 'klinik Al-Fatihah & Nama Penuh anda ke 01115054812
.
Jomm bersama-sama kami perbaiki bacaan Al-Quran, khususnya bacaan Surah Al-Fatihah.
.
Pendaftaran PERCUMA & TERHAD
.
Hubungi segera

Tuesday, 7 March 2017

Sudahkan Anda Membaca Al-Quran Hari Ini?

Allah SWT menjanjikan kelebihan dan pahala yang amat besar kepada orang-orang yang membaca Al-Quran serta menjadikan Al-Quran itu sebagai bacaan utama di dalam kehidupan seharian.
.
Terlalu banyak ganjaran yang Allah berikan kepada pembacanya.
.
Oleh itu, janganlah kita melepaskan peluang ini dengan menjadikan bacaan Al-Quran itu sebagai budaya di dalam hidup kita serta berusaha membacanya pada setiap hari walaupun satu ayat di mana sahaja kita berada.
.
Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa memberikan kita masa yang cukup untuk membaca Al-Quran pada waktu siang dan malam. Sebagaimana doa yang selalu dibacakan ketika khatam Al-Quran:
"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami untuk membaca Al-Quran sepanjang malam dan siang, Amin ya rab al-'Alamin."
.
Jika tidak tahu mengaji, carilah masa lapang untuk mempelajari ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Semoga Allah redha.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre,
.
Hubungi 01115054812
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang

Monday, 6 March 2017

Solat Dah Berpuluh Tahun, Tapi Rukun Solat Tak Ingat?

Jom revise balik mana yang dah lupa 
.
Rukun Qauli dalam solat,
.
WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita.
.
Berbisik, tak sah.
.
suara angin, tak sah.
.
baca dalam hati, lagi tak sah.
.
Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
.
.
Rukun qauli tu apa?
.
1. Takbiratul ihram,
2. Al-Fatihah,
3. tahiyyat akhir,
4. selawat, dan
5. salam pertama. 

.
ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li & niat rukun qalbi.
.
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
.
1. Qalbi (diingat dalam hati)
.
2. Qauli (diucap dengan lidah)
.
3. Fi'li (perbuatan)

.
.
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
.
1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
.
2. Niat.[Qalbi]
.
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
.
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
.
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
.
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
.
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
.
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
.
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
.
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
.
13. Tertib (Qalbi)
.

Bersemperna kempen Seronoknya Cinta Al-Quran, Fatehah Learning Centre Wangsamaju akan menganjurkan klinik Al-Fatihah untuk perbaiki & mengenal pasti kesalahan lazim pada surah Al-Fatihah setiap Hari sabtu minggu ketiga setiap bulan
.
Disamping itu anda juga akan dapat kenali satu kaedah pengajian Al-Quran yang cepat, unik & menarik.
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila what'sapp dengan menaip 'klinik Al-Fatihah & Nama Penuh anda ke www.wasap.my/601115054812
.
Pendaftaran PERCUMA & TERHAD
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.



Syarat Untuk Mengaji Al-Quran

Syarat untuk mengaji Al-Quran
.
Ramai yang message nyatakan hasrat Nak belajar & bertanya apa syarat untuk mendaftar di FLC
.
Jawapan saya tetap sama, 
.
Syaratnya tak banyak, 3 sahaja.
.
1. Keikhlasan
.
2. Kesungguhan
.
3. Istiqamah
Kalau Ada syarat tu InsyaAllah sama2-sama kita perbaiki apa yg kurang.
Kedengaran mudah, Tapi sebenarnya memerlukan pengorbanan.
.
.
InsyaAllah Kalau ada kelapangan, nanti sama-sama kita kupaskan maksud syarat-syarat tersebut
.
.
Akhir kalam,
.
cintailah apa yang kita lakukan, nescaya nanti bertemu kedamaian.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

Al-Quran Mengajar Kita



Al-Quran Mengajar Kita
.
Gunalah bahasa yang indah dan bercakap yang baik-baik sahaja
.
Itulah Al-Quran, mukjizat teragung
.
Mengajar kita walau sekecil perkara
.
Walau dalam perbualan seharian
.
Ingin ketahui lebih lagi mengenai mukjizat teragung ini
.
Hubungi 01115054812
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.