Showing posts with label Arabicara. Show all posts
Showing posts with label Arabicara. Show all posts

Tuesday, 16 July 2019

KELAS BELAJAR MENGAJI AL-QURAN PAHANG

Semoga cahaya Al-Quran terus menyinari Muslim dan Muslimat di Pahang dan semua.

KEUNIKAN APLIKASI CEPAT QURAN yang tiada pada aplikasi Al-Quran Bahasa Melayu yang lain ialah, ia membimbing pelajar untuk mengenal dari awal huruf-huruf Hijaiyyah dengan sebutan Makhraj yang betul,dan membantu pelajar menguasai hukum-hukum Tajwid secara sistematik.

Tidak seperti Aplikasi Al-Quran yang lain, dimana ianya terus kepada bacaan potongan ayat-ayat Al-Quran.

Aplikasi ini sesuai bagi mereka yang nak belajar dari ASAS dan mempunyai kekangan masa untuk menghadiri kelas secara bersemuka,dan ianya sangat sesuai dijadikan sebagai alat rujukan ilmu Tajwid Khusus buat Pencinta Al-Quran semua. Cara penyampaiannya juga sesuai untuk semua peringkat umur.

ANDA HADAPI MASALAH DI BAWAH??
  • Anda selalu keliru membaca huruf Hijaiyyah yang bersambung-sambung?
  •  
  • Bacaan Mad dalam Al-Quran selalu salah, ada yang pendek dibaca panjang, dan ada yang panjang dibaca pendek.  
  •  
  • Seronok dengar dan tengok orang lain baca Al-Quran dengan lancar, tapi anda baca tersangkut-sangkut dan tidak lancar.
  •  
  • Membaca Al-Quran dalam keadaan tidak yakin dan was-was.Ini berlaku kerana tidak tahu Hukum Tajwid.
  •  
  • Cepat sangat lupa apa yang dipelajari, khususnya ilmu Tajwid. Bagusnya Kelas Quran Online ini, anda dapat ulang-ulang dan jadikan sebagai tempat rujukan bila perlu.
  •  
  • Tak tahu macam mana nak baca 'waqf'(cara nak berhenti), khususnya sewaktu membaca ayat panjang dan nafas habis. Jangan bimbang, semua orang hadapi masalah ini sewaktu membaca ayat yang panjang. Isunya bukan dimana nak berhenti, tapi bagaimana nak berhenti.
  •  
  • Nak sangat hadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada ibu/ayah tercinta, tapi hanya mampu mengalirkan airmata. 
  •  
  • Siang hari sibuk bekerja, malam pulak badan dah letih, hujung minggu pula nak luangkan masa dengan keluarga.  Akhirnya tiada masa untuk menghadiri kelas Al-Quran di pusat-pusat pengajian Al-Quran secara bersemuka.
  •  
  • Jadual kerja yang tidak menentu dan sentiasa bertukar, ini menyukarkan anda untuk memberi komitmen menghadiri kelas Al-Quran yang jadual pengajian telah ditetapkan oleh pusat pengajian. Dengan CEPAT QURAN, masa lapang 5-10 minit pun anda boleh belajar. Bila-bila masa sahaja.
  •  
  • Menghadapi kesukaran mencari pusat pengajian Al-Quran yang berdekatan. Sebenarnya telefon ditangan anda boleh menjadi "pusat pengajian", JIKA ANDA INGINKAN.
  •  
  • Mempunyai perasaan MALU yang tinggiberhadapan guru atau kawan-kawan untuk mula belajar balik dari Asas di pusat-pusat pengajian yang sedia ada. Akhirnya level bacaan Al-Quran masih di tahap yang sama. Kini anda hanya perlu berhadapan dengan diri sendiri.
  •  
  • Mempunyai masalah kos dan pengangkutan dari rumah/tempat kerja ke pusat pengajian Al-Quran. Jadikanlah kemana sahaja anda pergi, disitulah "pusat pengajian" anda.
  •  
KEISTIMEWAAN APLIKASI CEPAT QURAN
  • Kaedah baru ini menggunakan kata kunci yang mudah diingat dan difahami untuk dijadikan sebagai sumber rujukan khususnya disaat para pelajar terlupa sebutan huruf, Ianya sangat sesuai untuk semua golongan masyarakat, khusus bagi yang nak mula dari asas sehingga mahir dalam ilmu Tajwid
  •  
  • Kaedah ini juga bercirikan anti-lupa. Selain itu ianya selari dengan pengajaran bahasa Arab yang mana setiap huruf terus diberikan baris melalui struktur kata dan kalimat.
  •  
  • Sistem yang tersusun bagi membentuk keupayaan untuk membaca Al-Quran. Bermula dengan mengenal huruf, bacaan berbaris, tanwin, hukum dan bacaan mad, nun dan mim sukun (mati), mim dan nun sabdu dan pelbagai lagi perbincangan dalam ilmu tajwid.
  •  
  • Teknik pengajaran ini telah terbukti berkesan dan membawa perubahan kepada ramai dalam mutu bacaan Al-Quran mereka.
  •  
  • Pembimbing pengajian yang bertauliah dan berpengalaman  dalam membimbing pelajar yang pelbagai peringkat dan latar belakang.
  •  
  • Masa pengajian yang fleksibel, anda TIDAK TERIKAT DENGAN JADUAL tertentu, ini memberi kebebasan untuk anda tentukan waktu belajar bersesuaian dengan rutin harian anda, hasilnya, pengurusan masa yang lebih tersusun.
  •  
  • Anda tentukan sendiri tempat untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran, boleh belajar dimana-mana sahaja mengikut kelapangan anda walaupun 5 minit, dengan penjimatan masa ini, diharap menghasilkan PROSES PENGAJIAN YANG LEBIH CEPAT. Selain itu dengan lebihan masa ini, anda boleh luangkan bersama keluarga atau aktiviti lain yang berfaedah.
  •  
  • Tiada yuran bulanan atau tahunan. Hanya dengan sekali bayar, dapat belajar sampai akhir hayat.
  •  
  • Dapat mengulang-ulang pelajaran sehingga benar-benar faham. Pelajar yang mengikuti kelas ini mempunyai akses yang TIADA HAD.  
  • Tak perlu lagi fikir soal transport, masa dan kos perjalanan dari rumah ke tempat pengajian, PENJIMATAN MASA  ini boleh anda salurkan ke urusan dan perkara yang lain.
  •  
  • Kini malu bukan lagi alasan, sesiapa yang ada keinginan, ada usaha, pasti berjayainsyaAllah.
LAYARI www.cepatquran.com untuk membaca lanjut mengenai Aplikasi CEPAT QURAN

Download SEKARANG di Google Play dan App Store

"Seronoknya Cinta Al-Quran"

SELAMAT BELAJAR MENGAJI AL-QURAN KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA PAHANG

feel free to share, semoga usaha dakwah kecil kita ini di terima Allah sebagai satu amalan hasanah


Monday, 9 May 2016

PENGAMBILAN BARU KELAS AL-QURAN ASAS JUN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah Al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

➡Berikutan kelas Al-Quran pengambilan bagi bulan April & Mei sudah penuh, kami ada satu berita baik untuk anda iaitu pengambilan baru Kelas Al-Quran Peringkat Asas bulan JUN akan bermula iaitu pada SETIAP HARI SABTU, 8.00 PAGI - 10.00 PAGI. PENGAMBILAN ADALAH TERHAD. (Jadual berkemungkinan akan berubah selepas bulan Ramadhan mengikut perbincangan)

➡Untuk melihat TESTIMONI PELAJAR, sila pergi ke file photo Testimoni dan juga video di FB dan YouTube Fatehah Learning Centre. #testimonialquranflc

➡Hubungi 011-15054812 / 013-2002970 / 03-41319057 untuk keterangan lanjut.

➡Untuk membantu mempercepatkan proses pembelajaran pelajar, pihak kami juga menyediakan pengajian atas talian secara percuma.

➡Alamat:
FATEHAH LEARNING CENTRE,
27-2, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur. (7 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Sri Rampai)
Boleh juga cari di 'Waze' & 'Google Maps'
Taip: Fatehah Learning Centre.

➡Facebook & YouTube : Fatehah Learning Centre
Instagram & Twitter: fatehah_lc






Monday, 14 March 2016

PENGAMBILAN BARU KELAS AL-QURAN INTAKE APRIL 2016

" Jika kau berada di jalan Allah, berlarilah dengan kencang. Jika kau merasa sukar dan mencabar, maka tetaplah berlari walau ia hanya lari-lari kecil. Bila kau lelah, berjalanlah. Apabila semua itu tidak mampu dilakukan, tetaplah maju ke depan meskipun dengan merangkak. Jangan pernah berpatah balik. " [Imam Syafie Rahimahullah] 
Berikutan Kelas Al-Quran intake Feb & March sudah penuh. Kami membuka satu lagi intake baru bermula APRIL ini iaitu KELAS AL-QURAN PERINGKAT ASAS. Pengambilan TERHAD.
Untuk melihat TESTIMONI PELAJAR, sila pergi ke file photo Testimoni dan juga Video testimoni di laman facebook dan youtube kami.
Untuk membantu mempercepatkan proses pembelajaran pelajar, pihak kami juga menyediakan pengajian atas talian secara percuma.
Hubungi 011-15054812/013-2002970/03-41319057 untuk keterangan lanjut.
Alamat:
FATEHAH LEARNING CENTRE,
27-2, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur. (7 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Sri Rampai)
Boleh juga cari di 'Waze' & 'Google Maps'
Taip: Fatehah Learning Centre.
Facebook & YouTube : Fatehah Learning Centre
Instagram & Twitter: fatehah_lc




Tuesday, 12 January 2016

PENDAFTARAN BAHARU KELAS BAHARU ARAB MELALUI KAEDAH ARABICARA.

Assalamualaikum

Al-Quran ditulis dalam bahasa Arab. Bacaan dalam solat juga adalah bahasa Arab. Mari belajar bahasa Arab untuk rasa dekat lagi dengan Allah.

Wah!!! Bestnya belajar bahasa Arab..Teknik yang digunakan pun memang mudah untuk diikuti.. Kaedah yang diajarkan ialah ARABICARA yang mana tidak perlu menghafal dan sangat mudah untuk dipelajari. :-) Pendaftaran Kelas Bahasa Arab kaedah ARABICARA kini dibuka. Dibimbing oleh Ustaz Masran, personaliti TV dan  juga pengasas kepada teknik ini.

Untuk membantu mempercepatkan proses pembelajaran pelajar, kami  menyediakan pengajian atas talian secara percuma.

Utk maklumat lanjut sila telefon/whatsApp: 03-41319057 / 011-15054812 / 013-2002970.

FATEHAH LEARNING CENTRE,
27-2, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

'Waze' & 'Google Maps'
Taip: Fatehah Learning Centre. 7 mins walking distance from Stesen LRT Sri Rampai.

Facebook & YouTube: Fatehah Learning Centre
Instagram & Twitter: fatehah_lc