Tuesday 20 February 2018

Mengaji Al-Quran: Rahsia dapat khatam Al-Quran...SETIAP HARI???

Anda nak tahu Rahsia dapat pahala khatam Al-Quran" setiap hari?
.
.
Mungkin akan ada yang terfikir, 
.
"Betul ke Boleh khatam Quran setiap hari?"
.
.
Bertenang :-)
.
.
Sama-sama kita renung & amalkan perkongsian hadis di bawah
.
Selepas ni jangan biarkan hari-hari kita berlalu tanpa amalkan pesanan Nabi di bawah
.
.
Inilah rahsia kelebihan surah Al-Ikhlas
.
Keterangan tentang surat al-Ikhlas yang nilainya sepertiga al-Quran bersumber dari hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
.
Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu menceritakan,
.
Di suatu malam, ada seorang sahabat yang mendengar temannya membaca surat al-Ikhlas dan diulang-ulang.
.
Pagi harinya, sahabat ini melaporkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dengan nada sedikit meremehkan amalnya.
.
Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, surat al-Ikhlas itu sama nilai dengan sepertiga al-Quran.
.
(HR. Bukhari dan Ahmad).

.
.
Dalam hadis lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya kepada para sahabat,
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِى لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ


Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?”. 

Mereka bertanya, "Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran?"

Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan,
(قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) يَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.” 


(HR. Muslim 1922).
.
.
Jadi sekarang kalau nak dapat pahala sekali khatam Al-Quran, bacalah surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 3 kali sehari
.
Mudah kan?
.
Jangan angguk saja 😄
.
Jom amalkan & kongsikan dengan ahli keluarga & rakan-rakan, semoga semua dapat pahala khatam Al-Quran setiap hari
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


No comments:

Post a Comment