Monday 4 December 2017

Cetusan Idea Kelas Quran Online - Kaedah Al-Barqy

Tercetusnya idea kelas Quran Online- Kaedah Al-Barqy
.
Semenjak awal penubuhan pusat pengajian Al-Quran Fatehah Learning Centre di wangsamaju Kuala Lumpur banyak maklum balas dari pelajar dan orang ramai yang akhirnya membuatkan kami terpanggil untuk membuatkan rakaman video pengajian Al-Quran. 
.
Antara sebab utama adalah untuk dijadikan sebagai tempat rujukan pelajar kami dan menggalakkan mereka untuk membuat latihan ulangan di rumah.
.
Selain itu, kami juga banyak menerima permintaan untuk belajar mengaji dari mereka yang berminat, tetapi tinggal berjauhan dari Wangsamaju, ada yang dari Selangor, Johor, kedah dan banyak lagi lokasi termasuk Sabah dan Sarawak, jarak yang jauh memustahilkan mereka menyertai dan menghadiri kelas secara bersemuka.
.
Disamping itu, ada juga permohonan dan minat untuk belajar dari mereka yang berkerja ‘shift’, seperti nurse, pemandu lori, polis dan ramai lagi yang mempunyai jadual kerja yang bertukar-tukar dan tak menentu. Ini membuatkan mereka tidak dapat memberi komitmen dengan jadual kelas yang ditetapkan oleh FLC di Wangsa Maju.
.
Tidak kurang juga minat untuk belajar dari rakyat Malaysia yang belajar atau berkerja di luar negara. 
.
Idea asal adalah untuk dibuat dalam bentuk CD, tetapi setelah difikirkan jalan dan cara yang terbaik dan mudah untuk semua hasrat itu bertukar. Ini kerana jika pelajar diberikan CD, sudah tentu mereka perlukan CD player, desktop atau laptop, menyedari bahawa bukan semua orang mempunyai CD player, dan jika menggunakan desktop atau laptop pun lokasi penggunaannya akan terbatas. Ditambah lagi dengan sifat CD yang tidak tahan lama dan mungkin akan rosak jika banyak kali digunakan membuatkan idea ‘CD’ dibatalkan. 
.
Setelah difikir dan dibincangkan demi memberi kemudahan dan menfaat kepada lebih ramai “Pencinta Al-Quran” diluar sana, maka lahirlah Kelas Quran Online sebagai penyelesai masalah. 
.
Kini hanya dengan smart phone, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja anda dapat belajar mengaji Al-Quran.
.
Buat masa ini www.cepatquran.com masih dalam pembikinan, doakan semoga cepat siap dan dibuka untuk umum tidak lama lagi.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang


No comments:

Post a Comment