Tapi ingat, Rahsia ini hanya khas untuk yang belum mahir & belum rasa seronok baca Al-Quran.
.
Kalau anda bukan orang yang dimaksudkan JANGAN BACA
.
.
Menjadi seorang yang bukan berbangsa Arab, memang menjadi cabaran nak belajar Tajwid, apatah lagi nak timbulkan rasa Seronoknya Cinta Al-Quran. Tapi jangan rasa pelik, orang Arab sendiri pun ramai yang tak mahir Tajwid Al-Quran ni, so jangan bimbang, anda tidak keseorangan.
.
.
Di sini saya kongsikan 7 rahsia penting nak seronok belajar Tajwid & Cinta Al-Quran
.
1. Perbaharui Niat
.
Nak sebut huruf Arab dengan Makraj tepat ni memang mencabar, kadang-kadang rasa lemah semangat nak belajar datang setelah bersusah payah mencuba, tapi tetap gagal.
.
Diwaktu begini, ingatkan kembali apa tujuan asal kita belajar. Kalau niat asalnya kerana mencari REDHO ALLAH, tidak pantas untuk kita rasa lemah & berputus asa dari mendapatkan redho Allah. Memang tak berbaloi.
.
.
2. Jangan takut buat silap
.
Ramai yang menyangka 'haram' baca Quran kalau salah Tajwid, sebenarnya ia hanya akan menjadi haram kalau kita tahu bacaan kita salah, Tapi tak ada usaha nak betulkan & tak pergi belajar. Jadi selagi kita dalam proses belajar nak baiki bacaan maka hukumnya tidak lah 'haram'.
.
Jangan takut nak baca Quran walaupun belum mahir, jawapanya senang saja, Kalau tak cuba langsung , macam mana nak pandai.
.
.
3. Latihan berterusan
.
Teruskan membuat latihan sebutan Makraj & sifat huruf. Jangan hadkan atau tentukan masa atau tempat tertentu kalau nak buat latihan, teruskan saja.
.
Sambil masak, mengemas, lipat baju, waktu rehat di tempat kerja atau memandu pun boleh.
.
Tengok budak baru nak belajar cakap, dia main sebut je, tanpa pedulikan apa orang cakap, dia dalam dunianya sendiri, lama-lama betul & pandai lah.
.
.
4. Dengar & Ulang
.
Dengarlah sebanyak mungkin bacaan Al-Quran. Zaman sekarang ni semua mudah, boleh dapatkan dari YouTube atau mana-mana sumber.
.
Untuk yang baru nak mula, carilah Qari-qari yang bacaannya perlahan & jelas supaya mudah ikut. Nak best lagi sambil buka Mushaf Al-Quran.
.
.
5. Satu hukum Tajwid pada satu masa
.
Setiap kali belajar sesuatu hukum tajwid, pastikan buat latihan & ulang kaji hukum tersebut.
.
Ini lebih baik dari belajar banyak jenis hukum pada satu masa, last2 satu pun tak ingat. Yang lebih teruk ia dibimbangi akan buat anda rasa 'down' & nak 'give up'.
.
.
6. Gunakan dalam percakapan harian
.
Sebagai contoh bila dah belajar sebutan sebenar huruf A'in, gunakan sebutan sebenar bila sebut perkataan seperti Assalamua'laikum atau A'bdullah.
.
Dan bila dan belajar huruf Ha (ada orang kata ha pedas), gunakan sebutan yang sebenar bila sebut Muhammad atau Alhamdulillah.
.
.
7. Kesabaran
.
Rahsia terakhir ni sangat penting. Nak dapatkan sesuatu kenalah sabar sikit. Seperti kata pepatah
.
"yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang".
.
Jadi bersabarlah & teruskan usaha.
.
.
Diharap perkongsian ini bermenafaat buat semua.
.
Yang baik itu dari Allah, yang lemah & kurang itu dari kejahilan saya sendiri.
.
.
Kalau ada yang nak tahu tentang aktiviti kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut
.
01115054812
.
Jom....apa tunggu lagi
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
No comments:
Post a Comment