Friday, 13 January 2017

7 Rahsia Penting nak Seronok Belajar Tajwid & Cinta Al-Quran akhirnya terbongkar

Tapi ingat, Rahsia ini hanya khas untuk yang belum mahir & belum rasa seronok baca Al-Quran. 
.
Kalau anda bukan orang yang dimaksudkan JANGAN BACA
.
.
Menjadi seorang yang bukan berbangsa Arab, memang menjadi cabaran nak belajar Tajwid, apatah lagi nak timbulkan rasa Seronoknya Cinta Al-Quran. Tapi jangan rasa pelik, orang Arab sendiri pun ramai yang tak mahir Tajwid Al-Quran ni, so jangan bimbang, anda tidak keseorangan.
.
.
Di sini saya kongsikan 7 rahsia penting nak seronok belajar Tajwid & Cinta Al-Quran
.
1. Perbaharui Niat
.
Nak sebut huruf Arab dengan Makraj tepat ni memang mencabar, kadang-kadang rasa lemah semangat nak belajar datang setelah bersusah payah mencuba, tapi tetap gagal. 
.
Diwaktu begini, ingatkan kembali apa tujuan asal kita belajar. Kalau niat asalnya kerana mencari REDHO ALLAH, tidak pantas untuk kita rasa lemah & berputus asa dari mendapatkan redho Allah. Memang tak berbaloi.
.
.
2. Jangan takut buat silap
.
Ramai yang menyangka 'haram' baca Quran kalau salah Tajwid, sebenarnya ia hanya akan menjadi haram kalau kita tahu bacaan kita salah, Tapi tak ada usaha nak betulkan & tak pergi belajar. Jadi selagi kita dalam proses belajar nak baiki bacaan maka hukumnya tidak lah 'haram'. 
.
Jangan takut nak baca Quran walaupun belum mahir, jawapanya senang saja, Kalau tak cuba langsung , macam mana nak pandai.
.
.
3. Latihan berterusan 
.
Teruskan membuat latihan sebutan Makraj & sifat huruf. Jangan hadkan atau tentukan masa atau tempat tertentu kalau nak buat latihan, teruskan saja. 
.
Sambil masak, mengemas, lipat baju, waktu rehat di tempat kerja atau memandu pun boleh. 
.
Tengok budak baru nak belajar cakap, dia main sebut je, tanpa pedulikan apa orang cakap, dia dalam dunianya sendiri, lama-lama betul & pandai lah.
.
.
4. Dengar & Ulang 
.
Dengarlah sebanyak mungkin bacaan Al-Quran. Zaman sekarang ni semua mudah, boleh dapatkan dari YouTube atau mana-mana sumber. 
.
Untuk yang baru nak mula, carilah Qari-qari yang bacaannya perlahan & jelas supaya mudah ikut. Nak best lagi sambil buka Mushaf Al-Quran.
.
.
5. Satu hukum Tajwid pada satu masa 
.
Setiap kali belajar sesuatu hukum tajwid, pastikan buat latihan & ulang kaji hukum tersebut. 
.
Ini lebih baik dari belajar banyak jenis hukum pada satu masa, last2 satu pun tak ingat. Yang lebih teruk ia dibimbangi akan buat anda rasa 'down' & nak 'give up'.
.
.
6. Gunakan dalam percakapan harian 
.
Sebagai contoh bila dah belajar sebutan sebenar huruf A'in, gunakan sebutan sebenar bila sebut perkataan seperti Assalamua'laikum atau A'bdullah. 
.
Dan bila dan belajar huruf Ha (ada orang kata ha pedas), gunakan sebutan yang sebenar bila sebut Muhammad atau Alhamdulillah.
.
.
7. Kesabaran 
.
Rahsia terakhir ni sangat penting. Nak dapatkan sesuatu kenalah sabar sikit. Seperti kata pepatah 
.
"yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang". 
.
Jadi bersabarlah & teruskan usaha.
.
.
Diharap perkongsian ini bermenafaat buat semua. 
.
Yang baik itu dari Allah, yang lemah & kurang itu dari kejahilan saya sendiri.
.
.
Kalau ada yang nak tahu tentang aktiviti kelas Al-Quran di Fatehah Learning Centre boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut 
.
01115054812
.
Jom....apa tunggu lagi 
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

Pendaftaran Pelajar Baharu ke Kelas Al-Quran FLC

Alhamdulillah, Fatehah Learning Centre berterusan menerima kepercayaan untuk membimbing bacaan Al-Quran ahli keluarga besar FLC yang baru mendaftar
.
Kepada mereka yang berniat memperbaiki mutu bacaan Al-Quran, Boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut
.
01115054812
01115054812
01115054812

.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.


Tuesday, 10 January 2017

Pantun Al-Quran

.
Tempat menuntut dipanggil madrasah
Kalau diterjemah ertinya sekolah
Diawali dengan ucapan Bismillah
Kalam teragung kurnian Allah
.
Pergi berdua menuju pekan
Sampai di simpang membawa haluan
Di malam Al-Qadr Al-Quran di turunkan
Sebagai pedoman yang tiada keraguan
.
Islam tersebar ke Nusantara
Dulu Malaya kini Malaysia
Jibril datang sebagai pengantara
Ke atas Muhammad kepada manusia
.
Alat penimbang namanya neraca
Menimbang pahala dan juga dosa
Menyeru manusia agar membaca
Dengan Nama Allah yang Maha Esa
.
Melayu campur Cina dipanggil nyonya
Sedangkan manusia semunya sama
23 tahun tempoh turunnya
Sempurnalah Islam sebagai ugama
.
Disangka berlian rupanya kaca
Ilmu dan kejahilan tidaklah sama
Mari mengaji mari membaca
Selangkah kita mengenal agama
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

Pendaftaran Pelajar Baharu Kelas Al-Quran Februari Fatehah Learning Centre

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah
.
Hari ini FLC menerima lagi pertambahan ahli keluarga untuk sertai kelas Al-Quran di FLC
.
Semoga ini menjadi bukti kesungguhan kita dalam mendekatkan diri kepada Allah di akhirat nanti 
.
.
Ingin tahu bagaimana untuk sertai mereka?
Hubungi Kami


Monday, 9 January 2017

Alhamdulillah... Lagi Pertambahan Ahli Keluarga Fatehah Learning Centre. Kelas Al-Quran Feb 2017.

Alhamdulillah
Bertambah lagi ahli keluarga FLC yang akan ikuti kelas Al-Quran bagi pengambilan February 2017
.
Pendaftaran masih dibuka bagi yang ingin bersama kami dalam perjalanan murni ini
.
.
Hubungi kami untuk konsultasi percuma dan penilaian tahap bacaan anda
.
01115054812
01115054812
01115054812
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.


Friday, 6 January 2017

Pendaftaran Kelas Al-Quran February 2017 kini dibuka

#KHUSUS kepada yang Nak rasa SERONOK dan YAKIN membaca Al-Quran.
.
Anda mempunyai salah satu dari cabaran ini?
.
✘ Siang hari sibuk bekerja, akhirnya tiada masa untuk mengaji?
.
✘ Boleh membaca Al-Quran, tapi hukum Tajwid tak tahu?
.
✘ Tengok orang lain baca Al-Quran lancar sahaja, tapi diri sendiri baca, tersangkut-sangkut?
.
✘ Best je tengok orang lain baca Al-Quran tapi diri ini hanya mampu melihat?
.
✘ Nak hadiahkan bacaan Al-Quran untuk arwah ayah/ibu tapi tak mampu?
.
.
JANGAN risau dulu… inshaAllah Fatehah Learning Centre boleh membantu😊
.
✔ Kaedah yang digunakan sangat cepat dapat dan anti-lupa
.
✔ Jadual kelas tidak mengganggu waktu kerja anda
.
✔ Boleh ajak satu family belajar bersama-sama, di samping belajar Al-Quran, dapat eratkan hubungan dengan pasangan dan anak-anak
.
✔ Mengaji tiada exam dan tekanan
.
.
Di Fatehah Learning Centre Kami percaya bahawa syurga Allah boleh dicapai melalui Seronoknya mempelajari & mengamalkan Al-Quran
.
Oleh itu untuk menimbulkan rasa Cinta membaca Al-Quran, Kami menggunakan kaedah yang cepat dapat dan anti-lupa. Disamping pendekatan yang senang & suasana belajar yang tenang, Kami juga memberi rakaman-rakaman yang terbukti membantu.
.
Dalam mencapai impian anda dalam menggapai syurga, Kami ingin bersama-sama anda dalam perjalanan murni ini.
.
Dengan ini, Kami menjemput orang ramai diluar sana bersama-sama mendapatkan rasa Seronoknya Cinta Al-Quran di Fatehah Learning Centre, Kelas mengaji senang & tenang
.
Berminat ingin menyertai kami dan kawan-kawan yang lain untuk Rasa Seronok dan Cintakan Al-Quran?
.
Daftar sekarang, TEMPAT TERHAD.
.
Boleh Telefon
03-41319057 (Pejabat)
012-2437962 (Farhan)

.
Atau Whatsapp
012-2437962 (Farhan)
.
Alamat Pusat Pendidikan
Fatehah Learning Centre
27-2 Jalan Wangsa Delima 2A, 53300 Seksyen 5
Kuala Lumpur
.

Kami doakan anda dan seluruh ahli keluarga anda menjadi ahli syurga di akhirat nanti dan sentiasa dalam redha Allah di dunia ini.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.


Pendaftaran Pelajar ke Kelas Al-Quran Fatehah Learning Centre

Alhamdulillah
Selamat datang kepada ahli keluarga baharu FLC
.
Semoga Allah tetapkan hati kita dalam jalan ibadah 
.
Dan hanya Allah yang selayaknya disembah
.
Kepada yang ingin bersama kami dalam perjalanan ini boleh hubungi