Monday 11 September 2017

Hasil Kajian ke atas Pembaca/Pendengar Al-Quran

SEORANG penyelidik di sebuah klinik di Florida, Amerika Syarikat (AS), Dr. Al Qadhi dalam kajiannya berjaya membuktikan bahawa dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seseorang itu akan dapat merasakan perubahan pada dirinya.
.
Perubahan itu melibatkan penurunan tekanan darah, kesedihan berkurangan dan memperoleh ketenangan jiwa. Kajian itu disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung dan regangan otot.
.
Hasil ujian itu, beliau membuat kesimpulan, bacaan ayat-ayat al-Quran mempunyai kesan besar sehingga 97 peratus untuk menenangkan fikiran dan menyembuhkan penyakit.
.
Kesimpulan itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kajian lain yang dilakukan oleh doktor berbeza. Misalnya, kajian oleh Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston, AS.
.
Terlibat dengan kajian itu adalah lima sukarelawan iaitu tiga lelaki dan dua wanita. Kelima-lima mereka tidak memahami bahasa Arab dan tidak diberitahu akan diperdengarkannya bacaan ayat-ayat al-Quran.
.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali itu dibahagikan kepada dua sesi, iaitu diperdengarkan ayat-ayat al-Quran dan petikan dalam bahasa Arab yang bukan daripada kitab suci itu.
.
Hasilnya, sebanyak 65 peratus responden memaklumkan merasa tenang ketika mendengar bacaan al-Quran berbanding 35 peratus yang menyatakan mendapatkan ketenangan apabila dibacakan ayat-ayat yang bukan daripada kitab suci berkenaan.
.
Al-Quran juga dikatakan boleh memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi.
.
Menurut beberapa penyelidikan yang dijalankan sebelum ini, bayi berusia dua hari yang diperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran akan tersenyum dan menjadi lebih tenang.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.

No comments:

Post a Comment