Sunday 23 July 2017

SERONOKNYA CINTA AL-QUR'AN

SERONOKNYA CINTA AL-QUR'AN
.
Adakah Al-Qur'an itu satu bacaan yang sesuai untuk sesetengah golongan sahaja?
.
Jawapannya adalah TIDAK SAMA SEKALI !!
.
Untuk Ahli Maksiat : Perasaannya seperti setiap Ayat-Ayat Cinta dari Allah memberikan Nasihat dan Harapan kepada mereka.
.
Untuk Orang Soleh : Perasaannya seperti Al-Qur'an ingin Menguatkan lagi keimanan untuk Tetap berada di atas jalan yang Benar.
.
Untuk Orang Yang Ditimpa Musibah : Al-Qur'an sebagai Penghibur hati, menghilangkan Keresahan dan memberikan Kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
.
Untuk Orang Yang Ditindas Atau Dizalimi : Al Quran memujuk hatinya untuk sentiasa Bersabar dengan setiap ujian.
.
Untuk Orang Kaya : Al-Qur'an mengajar mereka erti Kesyukuran dan Tawadduk.
.
Bukan setakat itu sahaja, bahkan Al-Qur'an sangat sesuai untuk semua peringkat umur, dan dalam semua keadaan.
.
Bacalah Al-Qur'an, fahami setiap maksud yang terkandung di dalamnya.
.
Percayalah, memang ada mesej yang hendak Allah sampaikan kepada diri kita melalui Ayat-Ayat CintaNYA.
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.

No comments:

Post a Comment