Friday 28 July 2017

QALQALAH

QALQALAH
.
Qalqalah ialah suara pantulan atau lantunan yang lahir secara sendiri (bukan dibuat-buat).
.
Pantulan ini berlaku apabila salah satu dari 5 huruf Hijaiyah berbaris mati.
.
Secara umum qalqalah terbahagi kepada 2;
1. Qalqalah Sughra
Bermaksud Pantulan Kecil. Ia berlaku pada huruf qalqalah berbaris mati yang asli, samada dipertengahan perkataan atau ayat.
.
2. Qalqalah Kubra
Bermaksud Pantulan Besar. Ia berlaku pada huruf qalqalah berbaris mati yang asli atau dimatikan huruf qalqalah tersebut kerana berhenti bacaan.
Qalqalah Kubra hanya berlaku di akhir perkataan atau ayat sahaja.
.
Namun ada juga pendapat yang mengatakan ianya terbahagi kepada 3 kategori. Yang ketiganya adalah Qalqalah Akbar.

No comments:

Post a Comment