Friday 12 May 2017

PERSEDIAAN MENUJU 'TEMUDUGA'

YAHOO!!! 🤗
Panggilan interview dah dapat,
Tapi tarikh belum confirm
.
.
Sepanjang hidup ni dah beberapa kali pergi interview, antaranya dulu masa Nak apply tauliah mengajar, Alhamdulillah lulus, sama jugak waktu pergi interview jadi pensyarah di Taylor's University, Alhamdulillah dapat
.
Banyak juga persedian dibuat, mana tau kot2 ada soalan "cepu Mas". Buku lama2 bukak balik, sijil2 pun di susun cantik2
.
Tapi waktu tu tak fikir sangat lulus ka tidak, dalam fikiran dok fikir, "Kalau tak lulus, nanti pergi interview tempat lain pulak
.
Dalam hati memang suspend, sebab tak tahu apa soalan yang diaorang Nak tanya.
.
Tapi interview yang nak pergi ni lain sikit, sangat istimewa. Bukan sebab dah bersedia, cuma dari sumber2 yang boleh dipercayai, nama2 'penginterview' dah tahu, yang bertambah syoknyer soalan pun dah bocor.
.
Interview ni sangat penting, Kalau lulus memang YAHOOOOOOO la.
.
Nanti Kalau ada antara kita yang dapat panggilan interview ni, Saya ada beberapa tips Nak kongsi, antaranya of course la "jangan takut atau gentar".
.
dengar kata soalan yang mereka nak tanya takde la banyak sangat, Tapi jangan bimbang Saya kongsikan sedikit skema jawapan, antaranya;
.
1. Siapakah TUHAN mu ? Jawablah "Allah Tuhanku"
.
2. Siapakah NABI mu ?
Jawablah MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku"
.
3. Apakah AGAMA mu ?
Jawablah "ISLAM adalah AGAMA ku"
.
4. Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!
Jawablah "Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku"
.
5. Siapakah SAUDARA mu ?
Jawablah "SAUDARA ku ialah sekelian Muslimin dan Muslimat"
.
Tapi ingat yang nak jawab soalan interview ini bukan lagi lidah, tapi amalan kita
.
.
Bagi yang nak hadiri interview ni apa tunggu lagi, Jom buat persedian
.
Saya doakan semua yang hadiri interview ni "LULUS" dengan cemerlang, kerana jawatan penting menanti sebagai AKPS (Ahli Kehormat Penghuni Syurga).
.
Tapi Saya juga Nak ingatkan yang interview ni tak boleh "repeat"
.
Kalau "pass" Alhamdulillah,
Kalau "fail" waiyazubillah
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


No comments:

Post a Comment