Itulah keyakinan kita. Itulah pegangan kita.
.
Apa yang berlaku tetap berlaku. Apa yang masih belum berlaku semuanya dalam ilmu Allah.
.
Beruntungnya kita menjadi Islam. Menjadi hamba yang beriman kerana apa pun yang terjadi pada kehidupan ini. Pada alam ini. Semuanya kita sandarkan pada Allah. Semuanya kita pulangkan kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui!
.
Sebenarnya segala musibah yang berlaku pada setiap diri. Pada alam semesta ini bukanlah sesuatu yang harus kita hairankan kerana Allah telah menjelaskan segala galanya didalam Al-Quran. Tentang kejadian dunia dan kehancurannya. Tentang asbab dan puncanya.
.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Dan inilah sebahagian proses menuju pengakhiranya!
.
Dan kita juga di dalam proses itu. Mati dan dimatikan!
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.
No comments:
Post a Comment