Friday, 28 July 2017

QALQALAH

QALQALAH
.
Qalqalah ialah suara pantulan atau lantunan yang lahir secara sendiri (bukan dibuat-buat).
.
Pantulan ini berlaku apabila salah satu dari 5 huruf Hijaiyah berbaris mati.
.
Secara umum qalqalah terbahagi kepada 2;
1. Qalqalah Sughra
Bermaksud Pantulan Kecil. Ia berlaku pada huruf qalqalah berbaris mati yang asli, samada dipertengahan perkataan atau ayat.
.
2. Qalqalah Kubra
Bermaksud Pantulan Besar. Ia berlaku pada huruf qalqalah berbaris mati yang asli atau dimatikan huruf qalqalah tersebut kerana berhenti bacaan.
Qalqalah Kubra hanya berlaku di akhir perkataan atau ayat sahaja.
.
Namun ada juga pendapat yang mengatakan ianya terbahagi kepada 3 kategori. Yang ketiganya adalah Qalqalah Akbar.

[INFO TAJWID]. IZHAR MUTLAQ

[INFO TAJWID]
.
IZHAR MUTLAQ
.
Izhar bermaksud jelas. Manakala mutlaq bermaksud nyata dan terang.
.
Apabila huruf Nun Mati ( نْ ) bertemu dengan huruf ي atau و dalam satu perkataan, maka wajib dijelaskan sebutan Nun Mati tersebut, tanpa diidghamkan.
.
Terdapat 4 perkataan sahaja untuk hukum Izhar Mutlaq di dalam Al-Qur'an; seperti yang dinyatakn di dalam gambar.
.
Nama lain bagi Izhar Mutlaq adalah Izhar Wajib.
Jadi lepas ni janganlah tertukar antara Idgham Bi Ghunnah dengan Izhar Mutlaq.

Ahli Keluarga Baharu Kelas Al-Quran FLC

Selamat datang kepada ahli keluarga terbaru FLC
.
Semoga niat & usaha kita dalam mendekatkan diri kepada Allah dipermudahkan.
.
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah 📲

Video Adik Batrisya Membaca Al-Quran

Alhamdulillah 
.
Adik Batrisya bermula dgn hanya mengenal huruf & tidak boleh membaca huruf bersambung walaupun 2 huruf, hari ini sudah boleh membaca Al-Quran.
.
Alhamdulillah 
.
Kami doakan adik Batrisya suatu hari nanti dapat menjadi guru Al-Quran & memberi sumbangan kepada perkembangan Islam
.
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang
.
.
.


Tuesday, 25 July 2017

NAMA-NAMA AL-QUR'AN SERTA MAKSUD

[ NAMA-NAMA AL-QUR'AN SERTA MAKSUD ]
.
1) AZ-DZIKR (PEMBERI PERINGATAN)
Allah menyebut nama Az-Dzikr di antaranya dalam surat Al Hijr: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Az-Dzikr, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya” (Surah Al-Hijr: 9).
.
2) AL-FURQAN (PEMBEZA)
Disebut sebagai Al Furqan (Pembeza) kerana Al Quran membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Allah menyebut nama ini dalam firmanNya: “Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Qur’an) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.” (Surah Al-Furqan: 1).
.
3) AL KITAB (BUKU)
Nama Al Kitab Allah gunakan dalam awal surah Al Baqarah: “Inilah Al Kitab yang tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa” (Surah Al-Baqarah: 2).
.
4) AL-QUR'AN (BACAAN/ YANG MENGUMPULKAN)
Nama ini merupakan nama yang paling utama dan digunakan oleh Allah di banyak tempat, seperti contoh dalam dua ayat ini :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Quran kepadamu (wahai Muhammad) dengan beransur-ansur.” (Surah Al-Insan: 23).
.
“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.” (Surah Yusuf: 2).
.
5) AT-TANZIL (YANG DITURUNKAN)
Nama ini Allah gunakan dalam firmanNya (yang artinya): “Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam” (Surah As-Syu’ara’: 192).

Rasa Cinta Al-Quran di Usia Muda

Bersama menyemai rasa Cinta Al-Quran di usia muda di Halamanda Gombak
.
.
#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran
#KelasMengajiSenangDanTenang



Al-Quran Inspirasi Hidup

Al-Quran Inspirasi Hidup
.
Jom sertai kami 1 Ogos ini, kelas Al-Quran bermula dari asas bacaan
.
Untuk ketahui lanjut tentang waktu & Tarikh program sila click link dibawah 📲