Thursday, 22 September 2016

BUKU MANUAL

Setiap kali kita beli telefon baru, 
Pasti ada buku manual dalam kotak
.
Kita baca tak buku tu?
.
Apa tujuan buku tu?
.
Ringkasnya, buku itu sebagai panduan
Bagaimana untuk menggunakan telefon
.
Apa akan jadi Kalau kita lakukan sesuatu
Yang bertentangan?
.
Sudah tentu telefon kita akan cepat rosak
.
Begitu juga Al-Quran
.
Setelah Allah ciptakan manusia
Di berikan panduan untuk jalani hidup yang selamat
.
Dan bagi umat Nabi Muhammad s.a.w
Buku Panduannya ialah Al-Quran
.
Apa akan jadi Kalau BUKU PANDUAN itu tidak dibaca?.
.
Sudah tentu kita tak tahu apa Isi kandungannya
.
Apa akan jadi kalau kita baca
Tapi tak di ikuti?
.
Sudah tentu Ia tak dapat beri menafaat
.
Jadi bacalah
.
Fahamilah
.
Amalkanlah BUKU PANDUAN itu.

Wednesday, 21 September 2016

PENDAFTARAN PELAJAR KELAS AL-QURAN OKTOBER. TEMPAT MASIH DIBUKA. DAFTAR SEGERA.

20 September 2016.

Mereka telah mendaftar.
Anda bila lagi.


Sertai mereka untuk sama-sama dalam
Perjalanan menuju Redha Allah.


#FatehahLearningCentre
#SeronoknyaCintaAlQuran



Hukum Nun Sukun (mati) & Tanwin (baris dua)

Antara hukum tajwid yang paling famous.

Senang diingat, mudah diamalkan.

Selain mengingati huruf-huruf, ada tanda-tanda yang dapat membantu kita.

Perhatikan pada setiap tanda di atas nun mati dan perbezaan baris tanwin.

Harus diingat hanya terguna pakai untuk Al-Quran Rasm Uthmani.

Di entry yang lain akan saya kongsikan apa itu Rasm Uthmani.

Selamat ber'amal


BIAR KAMI PENUHI IMPIAN ANDA.

Biar kami penuhi impian anda untuk membaca Al-Quran dengan baik & tepat tajwidnya.

Tuesday, 20 September 2016

JADI INSAN BERMANFAAT KEPADA MANUSIA

Jadilah kita insan yang bermanfaat kepada manusia.

Kerana ianya memberi matlamat & tujuan kehidupan.

Sekiranya kita tidak dapat menjadi sebatang pensil
Untuk menulis kegembiraan.

Biarlah kita menjadi seperti pemadam
Yang bisa memadam kedukaan & kesedihan


ZAID IBN THABIT Insan Terpilih

Pernah dengar nama di atas?

Kenal siapa dia?

Apa sumbangan beliau kepada
Perkembangan Islam dan Al-Quran?

Semua maklum bahawa proses penurunan
Al-Quran berlaku sepanjang 23 tahun.
Ada yang dihafal oleh para Sahabat Nabi s.a.w
ada yang ditulis atas pelbagai alat.

Antara sumbangan besar beliau ialah menjadi
insan yang diamanahkan untuk mengumpul
dan menulis Al-Quran menjadi satu manuskrip / jilid.

Setiap kali manusia memenafaatkan Al-Quran
setiap kali itu juga Ada saham pahala untuk beliau.

Beruntunglah Insan Terpilih...
ZAID IBN THABIT



Monday, 19 September 2016

KUNCI UTAMA untuk Belajar Membaca Al-Quran

Anda sudah lama membaca Al-Quran, tetapi kualiti bacaan masih lagi sama?

Mungkin ramai di luar sana yang membaca Al-Quran, tetapi masih kurang yakin dengan mutu bacaan.

Perkara di atas mungkin berlaku kerana KUNCI UTAMA telah ditinggalkan.

Kunci yang paling mustahak ialah 'berguru'.

Selagi KUNCI UTAMA ini diabaikan, selagi itu mutu bacaan yang sebenar tidak tercapai.

Jadi kuncinya "BERGURU"

Sertai kelas Al-Quran peringkat Asas kami di Fatehah Learning Centre. 
Tel / WhatsApp: 03-41319057 (Pejabat) / 011-15054812 / 013-2002970 untuk maklumat lanjut tentang kelas Al-Quran tersebut.